Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 16 January 2026

BUKIT PELANDOK


"Dulu Satu Kampung Kaya Raya Hasil Ternak Babi. Tiba-Tiba Bertukar Jadi Pekan Hantu. 105 Nyawa Melayang, 1 Juta Babi Ditembak Mati."

Tuan-tuan masih ingat tahun 1998 dan 1999?
Masa tu Malaysia sedang sibuk dengan Sukan Komanwel. Kuala Lumpur meriah.

Tapi di satu sudut di Negeri Sembilan, ada satu pekan kecil bernama Bukit Pelandok yang sedang menikmati kemewahan luar biasa.

Pekan ini digelar "Pork Capital of Asia" atau Ibu Kota Babi Asia.

Ekonomi penduduk di sini sangat dahsyat. Hampir setiap rumah ada ladang babi. Bukan seekor dua, tapi beribu-ribu ekor.

Duit masuk macam air. Tuan-tuan boleh nampak kereta Mercedes dan BMW parking bersepah di depan rumah papan.

Baunya? Jangan cakaplah. Memang menusuk hidung.

Tapi bagi penduduk di situ, bau najis itu adalah "bau duit". Mereka tak kisah, asalkan poket tebal.
Namun, mereka lupa satu perkara.

Apabila manusia terlalu rakus mengejar untung dan mengabaikan kebersihan alam, malapetaka sedang menunggu masa untuk meletup.

Menjelang hujung tahun 1998, suasana di Bukit Pelandok mula berubah.

Mula-mula, ada beberapa ekor babi yang jatuh sakit. Babi-babi ni batuk kuat. Nafas berbunyi. Ada yang sawan dan mati.

Penternak tak ambil pusing sangat. "Biasa la tu, sakit haiwan," fikir mereka.

Tapi kemudian, "sakit" itu mula melompat kepada manusia.

Seorang demi seorang penternak mula demam panas.

Bukan demam biasa. Ini demam yang pelik.

Kepala sakit macam nak pecah. Badan menggigil. Dan yang paling menakutkan, mereka mula meracau.

Ada yang tiba-tiba jadi gila. Ada yang koma.
Klinik desa penuh. Hospital Seremban mula sesak.

Doktor pun buntu. Mula-mula, kerajaan ingat ini penyakit Japanese Encephalitis (JE) yang dibawa oleh nyamuk.

Maka berduyun-duyunlah lori pengasap (fogging) masuk kampung. Asap putih memenuhi Bukit Pelandok pagi petang siang malam.

Rakyat disuruh pakai baju lengan panjang. Nyamuk dituduh sebagai pembunuh.

Tapi, kematian tidak berhenti.

Malah makin ramai yang mati.

Bayangkan tuan-tuan, dalam satu keluarga, hari ni bapa meninggal. Esok anak lelaki pula meninggal. Lusa abang ipar pula tumbang.

Keranda diusung keluar hari-hari macam kilang.
Suasana di Bukit Pelandok bertukar menjadi sunyi sepi dan menyeramkan.

Kedai-kedai tutup. Orang kampung berkurung dalam rumah ketakutan.

Anjing menyalak sayu, babi di kandang terpekik melolong kelaparan sebab tuannya dah mati atau lari.

Rupa-rupanya, diagnosis JE itu SALAH.

Pembunuh sebenar bukan nyamuk.

Saintis dari Universiti Malaya akhirnya menemui punca sebenar. Ia adalah virus baru yang belum pernah wujud dalam sejarah dunia.

Mereka namakan virus itu: Virus Nipah.

Nama itu diambil sempena nama Kampung Sungai Nipah, tempat virus itu diasingkan.

Dan yang paling mengejutkan, virus ini bukan datang dari nyamuk.

Ia datang terus dari babi!

Babi-babi itu telah dijangkiti oleh kelawar buah yang memakan buah-buahan di sekitar ladang, kemudian najis dan air liur kelawar itu jatuh ke dalam kandang babi.

Babi makan, babi sakit.

Dan apabila penternak pergi mandikan babi atau terkena air liur babi yang sedang batuk, virus itu melompat masuk ke dalam badan manusia.

Ia menyerang otak manusia. Ia menyebabkan radang otak (encephalitis) yang membawa maut.

Bila punca sebenar diketahui, akhirnya kerajaan tiada pilihan lain.

Satu keputusan paling drastik dan "berdarah" dalam sejarah Malaysia terpaksa dibuat.

"Operasi Pusat" dilancarkan.

Tentera Darat Malaysia, Polis dan pasukan veterinar dikerahkan masuk mengepung Bukit Pelandok.

Arahan pihak atasan mudah tetapi kejam: "Setiap ekor babi di kawasan ini mesti dibunuh. Tiada kompromi."

Tuan-tuan bayangkan suasananya.

Bunyi tembakan bergema tanpa henti siang dan malam. Bang! Bang! Bang!

Askar kita terpaksa menembak mati haiwan-haiwan ini satu persatu.

Darah merah membasahi bumi Bukit Pelandok.

Jentolak mengorek lubang-lubang gergasi.

Bangkai-bangkai babi ditolak masuk ke dalam lubang kubur besar (mass grave).

Ada penternak yang menangis melutut di kaki askar.

"Tuan, janganlah bunuh semua. Ini saja harta kami. Macam mana kami nak hidup?"

Tapi askar kita terpaksa keraskan hati. Mereka jalankan tugas demi menyelamatkan nyawa manusia lain.

Kalau tak dibunuh, virus ini boleh merebak satu Malaysia. Silap-silap satu dunia boleh mati.

Operasi pemusnahan ini sangat besar.

Angka rasmi mencatatkan hampir 1 JUTA ekor babi telah dimusnahkan.

Bukit Pelandok yang dahulunya lubuk duit, sekelip mata menjadi padang jarak padang terkukur.

Ekonomi penternak hancur lebur. Jutawan segera jatuh miskin dalam sekelip mata.

Tapi yang lebih menyedihkan adalah nyawa manusia.

Statistik akhir tragedi ini sangat menyayat hati.

105 orang meninggal dunia.

Ratusan lagi yang terselamat, hidup dengan kecacatan otak kekal akibat serangan virus tersebut.

Ada yang sampai hari ini masih trauma bila dengar bunyi babi atau nampak kandang.

Bukit Pelandok mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih dari gelaran "Pekan Hantu".

Tragedi hitam ini mengajar kita satu pengajaran yang sangat mahal harganya.

Pengajaran tentang ZONING dan KESIHATAN.

Kita tak boleh sewenang-wenangnya buka ladang ternakan berimpak tinggi di celah-celah penempatan manusia.

Kita tak boleh ambil mudah isu kebersihan, sistem kumbahan dan jarak penampan (buffer zone).

Mungkin hari ini kita rasa, "Ah, takpe. Baunya sikit je. Boleh tahan lagi."

Tapi virus dan bakteria tak kenal erti kasihan.

Bila alam sekitar dah tercemar, bila haiwan dan manusia duduk terlalu rapat tanpa kawalan biosekuriti yang ketat... ia adalah bom jangka.

Hari ini mungkin baunya sahaja yang masuk ke rumah kita.

Esok lusa, mungkin penyakit yang mengetuk pintu.

Sejarah di Bukit Pelandok adalah bukti bahawa duit dan keuntungan ekonomi tidak bermakna apa-apa jika nyawa menjadi galang gantinya.

Janganlah kita ulang kesilapan yang sama.

Biarlah sejarah 105 nyawa yang terkorban itu menjadi benteng peringatan buat kita semua.

Bahawa dalam bab kesihatan dan keselamatan rakyat, tiada istilah "lesen sementara" atau "tutup sebelah mata".

Kena tegas. Kena ikut peraturan.

Sebab bila wabak dah menyerang, air mata darah pun tak guna lagi. Nyawa manusia takde galang gantinya. 

MasyaAllah, sesungguhnya setiap musibah yang berlaku itu adalah peringatan dari Allah SWT agar manusia tidak melampaui batas dalam mengejar dunia.

Tragedi ini mengingatkan kita bahawa kebersihan itu sebahagian daripada iman dan menjaga nyawa (Hifz an-Nafs) adalah keutamaan tertinggi dalam agama.

Moga kita semua terpelihara daripada wabak penyakit yang membinasakan, dan dikurniakan pemimpin serta masyarakat yang sentiasa peka dengan keselamatan bersama.

Takkan nak kena tunggu nyawa hilang lagi kan.

Kredit : Mazlan Syafie 

Semoga Allah merahmati sahabat dunia dan akhirat. Amin ya Allah

https://www.facebook.com/share/p/14RVtkci1Wj/

 ___

Jumlah haiwan penternakan iaitu lembu dan juga babi di Malaysia


SEBUAH KISAH CATATAN DARIPADA TUN CARLOS

Cerita aku ni mungkin akan buat korang terkejut atau mungkin tidak.

Sekitar 2008 dulu aku kenal seorang Dato ni, tapi takdelah rapat. Orang Melayu. Dia ada syarikat supply mesin untuk industri. Aku kerja dulu pun buat service marketing, so dah biasalah kenal orang-orang VIP ni. 

Rajin juga dia ajak lepak dekat penthouse dia dekat sebelah KL Sentral. Ingat lagi dia kata Siti Nurhaliza pun ada penthouse dekat situ juga. 

Kekadang aku jumpa Dato tu kat mana-mana club sekitar KL. Setiap kali lepak mesti driver dan budak-budak dia akan join

Nak dijadikan cerita, pernah sekali tu aku terdengar dia suruh budak dia transfer RM1 juta ke akaun kawan dia. Dalam hati aku, pergh selamber ja main transfer juta-juta.

Dia macam perasan yang aku dengar perbualan tu. Lepas tu dia senyum. Sedut asap rokok dalam beberapa saat, kemudian tanya aku.

"Kau tau tak Carlos, bisnes apa yang legal, modal kecil tapi untung besar gila dalam masa beberapa bulan saja? ."

Aku cuba la jawab, forex kot. 

"Tak Carlos, jawapan dia..jual babi.."

Otak aku macam jem. Biar betul Dato ni. 

Dato sambung lagi "Kau tau tak modal beli anak babi berapa? RM80 saja seekor. Babi ni cepat membiak. 4 atau 5 bulan dah besar boleh jual dalam RM650 hingga RM800 seekor..profit margin tinggi.

"Kau beli 1000 ekor anak babi, kau upahlah apek tua sorang tolong manage kandang tu. Kau kira lah berapa untung. Lagi untung kalau babi-babi tu beranak banyak. Free saja. Skarang kau bagitau aku, ada tak bisnes lain yang untung dia macam ni?" 

Aku geleng kepala. 

Aku tanya, Dato ternak babi dekat mana. Dia jawab masa tu dekat Perak. 

Terkejut juga aku. Rupanya sejak dulu ada juga orang Melayu jual babi. Owner kandang nama Cina, tapi belakang ada Melayu. 

Aku ingatkan dia takat teguk arak saja, rupanya babi pun dia jual. Makan ke tidak aku tak tahu lah. Gila betul bagi anak bini makan hasil babi. 

Nasib baiklah aku rapat sekejap saja dengan Dato tu. Kalau tak ntah-ntah dengan aku pun terjebak jual babi.  

So, yang sekarang ni kat Selangor aku tak tau lah apa cerita. Patutlah ada yang beria backup.

-TunCarlos

ada telegram? join telegram aku https://t.me/tuncarlos

https://www.facebook.com/share/p/18A1EGVcuQ/

____

MEMO JEMPUTAN
Perkara : Jemputan Menyertai Bantahan Pembinaan Kandang Babi di Bukit Tagar

Bila memo dah keluar, maknanya sabar pun ada had. 
Mereka atas meja lukis pelan, orang kampung yang hidu bau & tanggung kesan.
Sebab itu kami bersuara.Nak bela babi, belalah di kawasan pemakan babi.
Jangan campak masalah ke kampung orang.

#FeldaSgTengi #feldasgtengiselatan #feldasoeharto #FELDAgedangsa #selangordarulehsan


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...