Umat Islam India Boikot Beli Lembu Sempena Aidiladha
Krisis Penyembelihan Lembu di Bengal : Akibat Polisi Yang Mendiskriminasi
Ada sesuatu yang 'lucu' sedang berlaku di India sekarang ini.
Sebagai reaksi kepada tindakan kerajaan tempatan yang baru dilantik di Bengal Barat yang melarang daripada penyembelihan lembu secara terbuka bersempena dengan hari raya Aidiladha yang bakal tiba, malah mengugut untuk menghukum pelaku dengan hukuman yang keras, umat Islam di India telah melancarkan boikot terhadap pembelian lembu untuk ibadah korban.
Akibatnya?
Ramai para penternak lembu yang majoritinya terdiri daripada mereka yang beragama Hindu kini mengalami kerugian teruk. Umat Islam yang selama ini menjadi sumber pendapatan utama mereka pada musim hari raya korban, tidak lagi membeli lembu-lembu daripada mereka.
Para penternak ini bukan sahaja mengeluh tentangnya, malah ada yang menyatakan hasrat mahu membunuh diri kerana kerugian yang dialami terlalu besar!
Inilah akibat daripada sesebuah polisi yang dilaksanakan demi kepentingan sesebuah kelompok sahaja dan bertujuan mendiskriminasikan kelompok yang lainnya.
Bukan satu rahsia lagi polisi-polisi kerajaan BJP pimpinan Modi seringkali menekan dan menganak-tirikan umat Islam di India, terutamanya dalam hal-hal berkaitan dengan urusan agama. Malah bukan sedikit kes orang Islam di India diseksa malah dibunuh hanya kerana menternak lembu!
Bayangkanlah di Malaysia ini kalau kerajaan mengharamkan terus masyarakat bukan Islam untuk makan babi! Sesiapa yang didapati makan babi akan ditangkap dan dihukum!
Ini baru dicadangkan agar tiada ladang-ladang ternakan babi di Selangor pun dah ramai yang bising dan kecam. Kalau haramkan terus, mahu tunggang terbalik negara ni!
(Jika ada yang mahu berhujah lembu adalah haiwan suci bagi masyarakat hindu maka tidak boleh disamakan dengan babi, ini hujah balas saya:
Babi adalah haiwan yang haram dimakan di sisi agama Islam. Memakannya adalah satu bentuk kemungkaran dan pelanggaran hukum Allah di sisi Islam!)
Sebab itulah hukum Allah mesti ditegakkan di muka bumi ini. Syariat mesti menjadi perlembagaan yang tertinggi yang mengurus dan mengatur kehidupan kita sehari-hari.
Kerana Allah S.W.T. yang menciptakan manusia, yang menciptakan haiwan dan alam ini, adalah Allah yang sama yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk para hamba-Nya.
وَسَخَّرَ لَكُم مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مِّنْهُ
“Dan Dia menundukkan untuk kamu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya (sebagai rahmat) daripada-Nya.” (Surah al-Jathiyah, 45:13)
Modi dan konco-konconya boleh buat undang-undang yang menindas umat Islam, tapi mereka takkan sesekali boleh halang sunnatullah yang memerintah alam!
----------------------------------------------------------------
LEMBU- Menjelang Aidiladha, lembu tiba-tiba menjadi trending keyword di Bengal.
Isu ini mula meletup selepas pilihan raya negeri West Bengal 2026 apabila BJP berjaya mengambil alih pemerintahan negeri itu buat kali pertama di bawah Ketua Menteri Suvendu Adhikari.
Tidak lama selepas kemenangan tersebut, kerajaan baharu BJP mula menguatkuasakan semula undang-undang penyembelihan lembu lama dari tahun 1950 secara lebih agresif dan ketat.
Ironinya, respon masyarakat pula jadi terbalik.
Sebahagian besar masyarakat Muslim sendiri mula menyeru supaya tidak melakukan korban lembu. NGO dan influencer Muslim pula galakkan orang ramai pilih kambing untuk korban tahun ini.
Alasannya demi “menjaga keharmonian” dan mengelakkan masalah dengan pihak berkuasa selepas kerajaan BJP mula menguatkuasakan undang-undang penyembelihan dengan lebih agresif.
Tidak lama kemudian, media sosial Bengal mula dipenuhi video-video sarcastic dan agak ironik.
Netizen pula mula memanggil situasi ini sebagai “UNO Reverse”.
Ada pemuda Muslim menghalang penjual lembu Hindu sambil berkata:
“Kenapa kamu cuba jual ibu kamu? Bawa balik dan jaga dia. Kamu dapat duit, nanti kami pula masuk penjara.”
Ada juga video pemuda Muslim menegur cara lembu diangkut menggunakan motor modified:
“Kenapa ikat ibu kamu macam ni? Bawalah dengan hormat.”
Pada 13 Mei, kerajaan BJP yang baru dibentuk mengumumkan penguatkuasaan lebih ketat terhadap West Bengal Animal Slaughter Control Act, 1950.
Antara syarat yang dikenakan:
• Lembu hanya boleh disembelih jika berumur lebih 14 tahun atau tidak lagi sesuai bekerja
• Penyembelihan hanya dibenarkan di rumah sembelihan yang diluluskan kerajaan
• Penyembelihan terbuka dilarang
• Pelanggaran boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan dan denda Rs 1,000 (sekitar RM55)
Selepas pengumuman itu, kumpulan nasionalis Hindu dan polis dilaporkan mula menahan lori pengangkut lembu dan memeriksa dokumen di jalan raya.
Malah seorang ADUN BJP dilaporkan menghentikan lori lembu dan meminta “sijil kelahiran” untuk lembu-lembu tersebut.
Dalam masa yang sama, ramai penternak dan penjual lembu Hindu mula panik sebab pasar lembu menjelang Aidiladha tiba-tiba jadi sunyi.
Biasanya pasar penuh dengan ratusan ekor lembu dan pembeli Muslim datang berunding sampai malam. Tahun ini banyak pasar hampir kosong. Ada pasar yang kebiasaannya menjual 200 hingga 300 ekor haiwan tetapi akhirnya tinggal dua ekor sahaja.
Yang lebih ironik, majoriti penternak dan penjual lembu di Bengal sebenarnya Hindu, khususnya komuniti Ghosh yang memang terkenal sebagai kasta penternak tenusu tradisional.
Komuniti inilah juga yang secara sejarahnya antara penyokong awal dan kuat BJP serta RSS di Bengal.
Sekarang merekalah antara yang paling terkesan.
Ramai mula bercerita tentang hutang bank, pinjaman along, makanan ternakan dan kos ubat haiwan.
Seorang penternak mendakwa dia bakal rugi Rs 15–16 lakh (sekitar RM82,000–RM87,000) jika lembu tidak dapat dijual.
Seorang lagi berkata dia mempunyai pinjaman bank Rs 1 crore (sekitar RM545,000).
Ada juga yang mengaku sudah terhutang berjuta-juta rupee dan tidak tahu bagaimana mahu terus memberi makan kepada lembu yang sudah tidak menghasilkan susu.
Masalah utama bagi mereka ialah kebanyakan lembu berhenti menghasilkan susu selepas tujuh atau lapan tahun. Tetapi undang-undang baharu pula menetapkan lembu hanya boleh disembelih selepas umur 14 tahun.
Maksudnya penternak terpaksa menanggung kos makanan dan penjagaan bertahun-tahun untuk haiwan yang sudah tidak memberi pulangan ekonomi.
Malah terbaru kelmarin Mahkamah Tinggi Calcutta turut menjadi perhatian selepas kenyataan bahawa penyembelihan lembu bukanlah sebahagian wajib daripada Eid atau Islam mula tersebar luas di media sosial.
Ada yang kata kalau keadaan berterusan, mereka mungkin terpaksa tutup ladang atau lebih teruk lagi membunuh diri.
Ironi sebenarnya sebab ketika masyarakat Muslim Bengal pula mula menyeru orang ramai memilih kambing untuk korban kerana takut ditahan, diganggu atau berdepan tindakan undang-undang..

Golongan yang selama ini melaungkan slogan “cow protection” kini antara yang paling berharap lembu terus disembelih demi menyelamatkan ekonomi mereka sendiri.
Sekian.
https://www.facebook.com/share/p/1Jdh8xgkim/
Sekian.
https://www.facebook.com/share/p/1Jdh8xgkim/
----------------------------------------------------------------
KAMBING DAN BABI - Kalau sebelum ini kita bercerita tentang perdebatan dan ketegangan berkaitan lembu di Bengal, kali ini kita beralih kepada ketegangan daripada kambing dan babi di Mumbai pula.
“Bakrid” ialah istilah yang biasa digunakan di India dan beberapa kawasan Asia Selatan untuk merujuk kepada Eid al-Adha atau Hari Raya Korban. Di sana, istilah seperti “Bakrid” atau “Bakra Eid” memang digunakan secara meluas dalam media dan percakapan harian.
Namun menjelang Bakrid tahun ini, selain lembu di Bengal, kehadiran kambing pula mula menjadi punca ketegangan di beberapa kawasan di Mira Road, dalam daerah Thane, Mumbai.
Di Poonam Sagar Complex misalnya, sekitar 25 ekor kambing yang ditempatkan di pondok/khemah sementara akhirnya dipindahkan selepas bantahan penduduk dan ketegangan mula tercetus di kawasan tersebut.
Dalam satu lagi kejadian berasingan di JP North, Vinay Nagar, sekitar 12 ekor kambing korban turut dialihkan selepas pertikaian mengenai tempat simpanan sementara menjelang Bakrid.
Pada asalnya, isu itu hanya berkaitan pondok simpanan sementara dan kambing yang disimpan sebelum korban.
Ada penduduk membantah atas alasan kebersihan, bau, peraturan housing society dan isu keselamatan.
Tetapi keadaan kemudian mula bertukar menjadi jauh lebih tegang apabila aktivis Hindutva termasuk kumpulan berkaitan BJP seperti Bajrang Dal dan VHP mula turun ke lokasi sambil melaungkan slogan keagamaan Hindu serta membaca Hanuman Chalisa dan mengadakan protes terbuka.
Kemuncaknya berlaku apabila beberapa aktivis didakwa membawa seekor babi ke lokasi protes sebagai simbol “counter protest”.
Video polis berlari sambil mengangkat babi dari lokasi kejadian kemudian menjadi viral di media sosial India.
Dalam kekecohan itu juga, berlaku pergaduhan dan insiden tikam yang menyebabkan beberapa individu cedera. Polis Mumbai diletakkan di dalam keadaan berjaga jaga khuatir akan berlaku rusuhan besar besaran.
Apa yang menarik, keseluruhan isu ini pada asalnya hanyalah mengenai tempat simpanan sementara ambing korban menjelang Bakrid.
Tetapi dalam masa singkat, ia berubah menjadi ketegangan komuniti, simbol politik dan provokasi agama secara terbuka.
Akhir kata banyak yang Malaysia boleh belajar dari kejadian menjelang Hari Raya Korban di India pada hari ini.
Baik kaum majoriti atau minoriti.
Sekian.
https://www.facebook.com/share/p/1CwxfGARyu/

No comments:
Post a Comment