INI BUKAN ULASAN FILEM DARIPADA SAYA
Fakta menarik pengakhiran filem Michael (2026). Minor spoiler ahead..
Tahukah Anda? ๐️
Ramai ingat bila Michael Jackson umum tour terakhir bersama Jackson 5, ia cuma berita mengejutkan buat Joe Jackson.
Hakikatnya? Itu antara keputusan paling penting dalam sejarah muzik.
Fakta menarik:
Kejutan yang mungkin merisaukan Joe ketika itu akhirnya membuka jalan kepada lahirnya Off the Wall dan Thriller — dua album yang mengubah budaya pop selamanya dan mengejutkan seluruh dunia.
๐ด๐ฝBayangkan kalau Billie Jean sebenarnya hampir ditolak. Ya, lagu ikonik itu hampir tak wujud seperti yang kita kenal.
๐ด️Lebih mengejutkan, Thriller hampir keluar dengan tracklist berbeza. Bayangkan sejarah pop berubah terus.
๐ด๐ฝJackson 5 pula debut dengan 4 lagu No.1 berturut-turut — macam skrip filem underdog yang terlalu sempurna untuk jadi nyata.
๐ด๐ฟDan paling mindblown… Michael Jackson baru 11 tahun masa dah jadi fenomena global.
Macam saat Joe Jackson terkejut bila Michael umum tour terakhir dengan Jackson 5… semua ni fakta yang rasa macam plot twist.
๐ Kadang kisah sebenar lagi hebat dari filem.
#DidYouKnow #MichaelJackson #Jackson5 #MusicHistory #KingOfPop #FunFact
https://www.facebook.com/share/p/18cgDCdyoo/
-------------------------------------------------------------
Review Filem : Michael
Sebagai penggemar King of Pop, Michael Jackson sejak kecil, kerana aku lahir di zaman kegemilangannya 1984 dan membesar menonton persembahannya di TV era album Dangerous dan HIStory 1990-an serta menyimpan koleksi VHS, Kaset & DVD Konsert serta Muzik Video MJ. Aku tak nak lepaskan peluang untuk menjadi penonton terawal di panggung. Kebetulan tarikh tayangan pertama 22 April 2026 aku sedang bercuti. Aku kongsi review, maaf jika terdapat spoiler dan aku sangat kagum dengan lakonan Jaafar Jackson yang cukup berkesan dalam penjiwaan watak Michael Jackson.
Filem ini mengangkat perjalanan luar biasa keluarga Jackson, dengan fokus utama kepada figura ikonik Michael Jackson. Ia bermula dengan didikan tegas oleh bapa mereka, Joseph Jackson, yang membentuk lima beradik lelaki menjadi kumpulan sensasi Jackson 5. Ketegasan itu mungkin keras, tetapi jelas menjadi asas kepada disiplin dan kejayaan mereka.
Naratif kemudian berkembang dengan memberi tumpuan kepada Michael, dari seorang kanak-kanak berbakat kepada bintang global. Filem ini berjaya menunjukkan bagaimana bakat semula jadi, digabungkan dengan kerja keras, menjadikan beliau kekal relevan dari tahun ke tahun. Peralihan penting berlaku apabila Michael memilih untuk bergerak solo, mencipta identiti muziknya sendiri tanpa bayangan keluarga.
Kemuncak cerita terletak pada penghasilan album solo seperti Off the Wall dan fenomena global Thriller. Kedua-duanya bukan sekadar album, tetapi titik perubahan dalam industri muzik. Filem ini turut menonjolkan elemen persembahan Michael yang memukau, terutamanya gaya tarian ikonik seperti moonwalk yang masih menjadi rujukan hingga hari ini. Turut dipaparkan ialah insiden tragis ketika penggambaran iklan Pepsi, di mana rambut Michael terbakar, satu detik yang memberi kesan besar dalam hidup dan kerjayanya.
Lebih menarik, pengalaman menonton filem ini terasa seperti menghadiri konsert langsung. Lagu-lagu legenda seperti Beat It, Billie Jean, Thriller, dan Don't Stop 'Til You Get Enough disusun dengan baik, membangkitkan nostalgia dan keinginan untuk turut menari.
Namun begitu, filem ini tidak menyentuh langsung tentang adiknya, Janet Jackson, yang juga merupakan ikon besar dalam industri muzik. Ketiadaan ini terasa ketara memandangkan pengaruh Janet dalam legasi keluarga Jackson. Selain itu, cerita berakhir sekitar era Bad pada tahun 1988, seolah-olah membuka ruang untuk kesinambungan kisah dalam sebuah sekuel pada masa akan datang.
Sebuah filem yang wajib ditonton, terutamanya bagi peminat muzik pop dan peminat Michael Jackson. Ia bukan sekadar biografi, tetapi satu pengalaman yang menghidupkan semula keajaiban seorang legenda, dengan potensi kesinambungan cerita yang masih dinanti.
Rating: 5/5 ⭐⭐⭐⭐⭐
https://www.facebook.com/share/p/18Qqh6Azec/
-------------------------------------------------------------
Mari kita betulkan sikit fakta ini :Popularity tarian Mj merudum disebabkan breakdance?
Kalau kita sebut pasal penurunan imej dan populariti Michael Jackson pada era 1990-an dan 2000-an bukanlah sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba, ia ada banyak faktor yang menyumbang dalam perkara itu.
Antara faktor utama ialah perubahan trend muzik dunia. Jika pada tahun 1980-an Michael Jackson menguasai pentas pop dengan gaya muzik dan persembahan yang luar biasa, memasuki tahun 1990-an citarasa pendengar mula berubah. Genre seperti grunge, hip-hop, rap moden, serta gelombang baru R&B mula mendapat tempat di hati generasi muda. Industri muzik sentiasa bergerak pantas, dan artis baharu muncul dengan identiti yang segar serta dekat dengan zaman mereka. Walaupun Michael masih berjaya menghasilkan karya hebat, landskap muzik tidak lagi sama seperti ketika era kegemilangannya.
Selain itu, pengaruh media tabloid turut memberi kesan besar terhadap imej beliau. Kehidupan peribadi Michael Jackson sering menjadi bahan sensasi media. Setiap tindakan, penampilan, dan cerita mengenai dirinya dijadikan tajuk utama. Dalam banyak keadaan, perhatian masyarakat terhadap kontroversi peribadinya lebih besar daripada perhatian terhadap muziknya sendiri. Ini menyebabkan sebahagian orang mula melihat Michael melalui lensa gosip, bukan sebagai seorang penghibur legenda.
Faktor seterusnya ialah kes mahkamah dan pelbagai tuduhan yang melibatkan namanya. Walaupun keputusan undang-undang mempunyai proses tersendiri, kontroversi sebegini sudah cukup untuk memberi kesan kepada reputasi seseorang selebriti. Ramai peminat tetap setia, namun tidak dapat dinafikan bahawa imej beliau di mata umum terjejas apabila isu-isu tersebut berlarutan dan terus dibincangkan di media seluruh dunia.
Di samping itu, kadar pengeluaran album baharu Michael Jackson juga tidak sekerap era sebelumnya. Pada tahun 1980-an, beliau hadir dengan karya besar yang memberi impak global. Namun apabila memasuki dekad seterusnya, jarak masa antara album menjadi lebih panjang. Dalam industri hiburan yang sentiasa bergerak, kehadiran yang kurang konsisten boleh menyebabkan artis kehilangan momentum, terutama apabila pesaing baharu sentiasa muncul dengan muzik dan gaya terkini.
Berbalik kepada fakta tarian Mj merundung disebabkan breakdance,itu adalah kurang tepat kerana kalau sebut pasal tarian Michael Jackson,ia kekal sebagai salah satu warisan seni paling berpengaruh dalam dunia hiburan dan tidak pernah benar-benar merundum. Sehingga hari ini, identiti tariannya masih dianggap ikonik dan sukar ditandingi. Gerakan seperti moonwalk, toe stand, glide, isolations, robotic movement, serta ketepatan pergerakan yang tajam dan kemas terus dikenang oleh peminat di seluruh dunia.Malah, banyak penari muda masih cuba mempelajari dan meniru gaya persembahan beliau kerana keunikan tersebut tidak lapuk ditelan zaman.Saya lahir lewat 90 an dan membesar di awal tahun 2000an.Kali pertama buat moonwalk kat shopping mall tu memang seronok๐.Setiap kali nama Michael Jackson disebut, tarian beliau hampir pasti menjadi antara perkara pertama yang diingati.
Selain itu, pengaruh Michael Jackson merentas generasi juga membuktikan bahawa tariannya tidak pernah jatuh nilainya. Ramai artis selepas zamannya menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi, sama ada dari segi koreografi, cara mengawal pentas, mahupun gabungan nyanyian dan tarian dalam satu persembahan lengkap. Michael bukan sekadar menari, tetapi beliau menjadikan persembahan pentas sebagai satu pengalaman visual yang luar biasa. Kesan pengaruh itu masih dapat dilihat dalam ramai penyanyi moden yang menitikberatkan persembahan bertenaga dan koreografi kreatif.Tengok kumpulan Kpop banyak terinspirasi dari Michael Jackson.
Mungkin di awal tahun 2000an apabila beliau sudah meningkat usia, gaya tariannya sememangnya mengalami perubahan dari segi intensiti fizikal. Stamina, kelajuan, dan kecergasan seseorang tidak akan sama seperti ketika muda.Untuk performance dia sendiri di pentas mungkin ada sedikit menurun lah.
Dan kesimpulannya, penurunan imej dan populariti Michael Jackson pada era kemudian bukan berpunca daripada satu sebab mudah seperti breakdance atau trend tarian tertentu. Ia berlaku hasil gabungan perubahan muzik, tekanan media, kontroversi peribadi, penghasilan karya yang kurang kerap, dan persaingan artis baharu. Sekian.
https://www.facebook.com/share/p/1DkfVaYbsx/
-------------------------------------------------------------
INI ULASAN FILEM DARIPADA SAYA
ANAK-ANAK ADALAH HARAPAN IBU DAN AYAH
Besar sungguh harapan ibu dan ayah apabila anak telah dilahirkan daripada isteri tersayang. Ada anak-anak yang dibelai dengan penuh kasih sayang sejak kecil sehinggalah ke dewasa. Ada juga yang mengalami trauma yang agak dahsyat apabila anak-anak jadi mangsa penderaan ibu bapa yang lebih mempunyai kepentingan diri mereka sendiri.
Tidak semua artis-artis di Hollywood, Amerika Syarikat mempunyai latarbelakang keluarga yang baik dalam mendidik anak-anak mereka. Kebanyakan mereka adalah terdiri daripada keluarga ibu bapa yang bercerai berai. Ada juga yang telah membina hidup baharu dengan berkahwin pasangan baharu. Namun masalah lain yang timbul selepas berkahwin ialah bapa tiri yang seharusnya memberikan perlindungan kepada anak-anak telah menjadi punca anak-anak tiri didera.
Sekadar menyebut beberapa nama di sini antara artis ataupun komposer yang pernah berhadapan dengan situasi tersebut adalah seperti, Ludwig van Beethoven, Axl Rose (penyanyi Guns N Roses) dan Michael Jackson (penyanyi utama Jackson 5). Setakat artikel ini ditulis, sepanjang pengetahuan saya, Jason Mraz antara artis penyanyi lelaki yang hidup dalam keadaan suasana yang aman damai. Anda boleh nilai sendiri hasil karya yang beliau nyanyikan dalam suasana yang tenang.
Secara perbandingan, di antara kehidupan masa kecil Ludwig van Beethoven mempunyai ciri-ciri persamaan yang hampir serupa seperti seorang Michael Jackson pada zaman moden. Beliau telah dididik oleh bapanya agar beliau menjadi seorang komposer setaraf dengan Mozart ketika itu. Tabiat buruk bapa beliau ialah bapanya selalu dalam keadaan mabuk. Maka apabila bapanya telah hilang kewarasannya, maka Beethoven jadi tempat sasaran tersebut. Akibat daripada perbuatan bapanya yang asyik menampar ketika sedang marah, maka Beethoven telah pun kehilangan pendengaran dan menjadi seorang Orang Kelainan Upaya (OKU). Namun begitu, beliau adalah antara komposer di Eropah yang terkenal dengan menghasilkan karya seperti Fur Elise, Moonlight Sonata dan lain-lain lagi.
Bagi kisah Michael Jackson pula, beliau telah mulakan kehidupan beliau sejak kecil ketika berumur 5 tahun. Keluarga beliau bukanlah keluarga yang hidup senang. Namun, hasil daripada matlamat hidup ayah beliau, dengan bermain muzik sahaja dapat mengubah kehidupan mereka sekeluarga ketika dewasa.
Tidak dapat dipastikan pula kehidupan seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee ketika kecil sehingga ke waktu dewasa. Adakah beliau juga pernah menjadi mangsa trauma penderaan ketika kecil? Wallahualam. Ibu bapa beliau serta keturunan beliau sendiri adalah daripada Tun Sri Lanang. Maka tidak mustahil karya beliau di bidang seni adalah merupakan kelebihan bakat yang ada daripada susur galur beliau sendiri.
Bagi kisah Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad pula, beliau dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ibu. Namun begitu, beliau lebih berminat untuk meneruskan minat dalam bidang seni suara berbanding dengan kerjaya sebagai seorang peguam professional. Oleh itu, ini adalah antara sebab utama apabila kerjaya yang sedang dibina olehnya iatu seorang penyanyi dan penghibur rakyat tidak mendapat sokongan yang penuh daripada isteri. Akhirnya, selain daripada mengangkat kisah masyarakat dalam lirik lagunya, kisah-kisah sedih percintaan dengan bekas isterinya selepas itu telah menjadi kisah utama dalam lagu-lagu yang dinyanyikan.
Sebagai penutup, kisah Michael Jackson ini sedikit mirip dengan kisah keluarga adik beradik 5 bersaudara Haji Sidek. Kesemua anak-anak Allahyarham Haji Sidek menjadi terkenal dalam bidang sukan badminton selepas memenangi Piala Thomas pada tahun 1992. Daripada 5 orang adik beradik tersebut hanya Dato' Misbun Sidek sahaja yang masih meneruskan kerjaya sehingga menjadi jurulatih badminton. Beliau adalah antara jurulatih terbaik dan telah melatih Dato Lee Chong Wei sehingga dapat mengharumkan nama negara Malaysia kita. Latihan yang beliau berikan kepada Dato LCW agak keras dengan berdisiplin. Mungkin latihan tersebut menyamai latihan yang pernah diberikan oleh Allahyarham Dato Haji Sidek dulu-dulu. Kisah Misbun bersama-sama adik-beradik beliau ketika kecil boleh dibaca melalui Komik dan juga Animasi Anak-anak Sidek di Saluran YouTube.
Akhir kata, anak-anak ibarat kain putih. Yang mencorakkan kehidupan mereka waktu kanak-kanak sehingga meningkat dewasa adalah ibu bapa. Di dalam Agama Islam, perkara utama dalam pendidikan anak-anak adalah didikan agama. Sekiranya mereka tersesat jauh, tidak mustahil mereka akan kembali semula ke pangkal jalan. Kembali semula kepada Yang Maha Esa yang telah menentukan semua kehidupan di sekelian alam. Semoga kita semua sentiasa dalam Rahmat Dan Lindungan Allah Taala. Aamiin Ya Robbal'alamiin.
[DISCLAIMER]
Saya tak beberapa minat untuk ulas lebih lanjut lagi tentang aspek-aspek kekurangan dalam filem ini (sekiranya ada) kerana rata-rata penonton yang sudah menonton filem ini sudah mahir tentang isu tersebut. Saya menulis di sini sebab tertarik dengan faktor-faktor seperti :-
- Ini adalah penerbitan produksi filem iaitu Liongates, GK Films dan Optimum Production. Pengarah filem ini ialah Antoine Fuqua.
- Filem ini terdiri daripada para pelakon seperti, Jaafar Jackson, Nia Long, Juliano Valdi, KeiLyn Durrel Jones, Laura Harrier, Jessica Sula, Mike Myers, Miles Teller dan Colman Domingo.
- Filem ini mendapat inspirasi daripada kisah sebenar mengenai kisah kehidupan seorang artis dari Amerika Syarikat yang terkenal di seluruh dunia iaitu Michael Jackson.
- Kisah dalam filem ini bermula pada tahun 1966 ketika Michael berumur 5 tahun. Pada awal babak filem ini kita boleh lihat bahawa Michael tidak membesar seperti kanak-kanak yang lain yang bebas untuk bermain.
- Keluarga Michael bukanlah seorang yang berada. Maka, didikan penuh daripada bapanya ialah dengan memberikan motivasi kejayaan dengan menjadi seorang bintang penghibur kepada orang ramai.
- Band The Jackson 5 ditubuhkan selepas Michael genap berumur 5 tahun. Pada tahun 1969, band ini berjaya memintas kedudukan The Beatles dalam carta pada kedudukan nombor satu. Band ini juga telah mendapat tawaran untuk merakamkan album ketika Michael berumur 10 tahun.
- Minat Michael semakin mendalam di dalam bidang muzik tanpa paksaan apabila mendapat peluang untuk belajar ketika sesi rakaman album dalam studio.
- Michael sebenarnya mengalami sedikit trauma ketika kanak-kanak apabila telah dipaksa untuk melakukan latihan persembahan. Paling beliau rasa tertekan apabila latihan persembahan sebelah malam sebelum tidur wajib diadakan walaupun selepas selesai buat persembahan pada siang hari. Sekiranya beliau tidak mengikuti arahan ayahnya itu, maka dia akan dihukum dengan dirotan tali pinggang ayahnya (Spoiler Alert!).
- Peristiwa itu masih berterusan sehingga beliau meningkat remaja. Di sebalik masalah yang sedang dihadapi olehnya, beliau agak rapat dengan kakaknya dan juga ibunya. Beliau selalu menemani ibunya setiap kali menonton televisyen. Gambaran kehidupan beliau sejak kecil hingga dewasa hanya berkisarkan ruang lingkup sosial di dalam rumah. Selain itu, beliau juga agak rapat dengan pengawal peribadinya sendiri. Kedua-kedua insan yang rapat ini telah sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan beliau dalam membuat keputusan ketika dewasa ialah ibu dan juga pengawal peribadinya (tonton sendiri untuk dapat rasakan impak babak tersebut).
- Kerjaya beliau mula berubah arah selepas beliau menerima tawaran untuk merakamkan album solo yang pertama. Perkara ini tidak menjadi halangan kepada bapanya, asalkan tidak mengganggu jadual band yang sibuk daripada pukul 9 pagi hingga pukul 5 petang. Oleh itu, beliau merakamkan album solo beliau pada sebelah malamnya.
- Selain itu, atas nasihat peribadi yang beliau terima selepas mesyuarat bersama ahli-ahli keluarga (atas urusan persembahan dan konsert), beliau telah mula mencari rakan-rakan dan juga pasukan beliau sendiri termasuklah pengurus peribadinya. Tujuan tersebut adalah untuk mengurangkan pengaruh daripada urusan ayahnya dalam kerjaya.
- Beliau telah pun menerima kebebasan sepenuhnya apabila pengurus peribadinya telah memecat peranan ayahnya dalam menguruskan kerjaya selepas beliau bergerak solo. Beliau juga telah mulakan langkah untuk mengubah wajahnya terutamanya pada bahagian hidup sebagai penampilan terkini beliau seterusnya.
- Selepas itu, kita boleh lihat secara belakang tabir bagaimana beliau merakamkan setiap klip video yang dihasilkan selepas album diterbitkan. Selain itu, kita juga boleh melihat bagaimana beliau menulis dan juga mengubah lagu baru setiap hasil karya yang beliau hasilkan sebelum dirakamkan dalam studio. Beliau juga telah dapat mengumpulkan lagu-lagu baru beliau serentak untuk dua album. Akan tetapi album yang dihasilkan pada jarak 5 tahun yang berbeza antara satu dengan yang lain.
- Sisi kehidupan lain dalam diri beliau ialah beliau suka membela haiwan liar seperti zirafah, chimpanzee dan juga ular sawa dalam rumah. Ini adalah untuk mengisi masa lapang dan juga bertujuan untuk mengisi kesunyian hidupnya. Selain itu, beliau juga amat prihatin dengan membuat lawatan ke hospital untuk melawat kanak-kanak yang sakit dan memerlukan rawatan susulan.
- Tragedi telah menimpa diri beliau apabila beliau ditimpa kecelakaan sehingga mengakibatkan kecederaan akibat rambutnya terbakar ketika sedang mengadakan latihan persembahan bersama band Jackson 5. Latihan persembahan tersebut di bawah tajaan pengiklanan Pepsi.
- Ketika berada di hospital, beliau sempat meninggalkan pesanan kepada pengurus peribadinya agar diberikan bantuan derma kepada pesakit hospital.
- Filem ini secara keseluruhannya seperti filem muzikal dan juga dokumentari kisah peribadi Michael. Persembahan konsert yang diadakan sama ada secara berkumpulan band, ataupun solo adalah seperti keadaan sebenar di dunia nyata. Hampir sama seperti keadaan konsert filem Taylor Swift yang dirakamkan dalam format filem sebelum ini.
- Secara keseluruhannya, filem ini dapat menyelami hati dan perasaan seorang bintang bersama peminat, namun begitu hubungan beliau semakin rapuh dengan bapanya sendiri.
- Sekiranya haters Michael lebih berminat untuk melihat kisah kontroversi seperti dalam akhbar tabloid, maka filem ini tak sesuai buat mereka. Tidak menghairankan langsung sekiranya mereka meninggalkan rating yang paling rendah untuk filem ini. Hmmm...
- Filem ini sesuai untuk ditonton oleh para peminat Michael Jackson di seluruh dunia. Filem ini telah dihasilkan dan diterbitkan adalah untuk meraikan semua peminat beliau sejak dahulu hingga kini. Terbaik !!!
Akhir kata, bagi para peminat yang tidak puas menonton rakaman konsert terakhir This Is It, maka anda boleh tonton filem ini sebagai lanjutan daripada konsert tersebut. Selain itu, lakonan Jaafar Jackson telah mencuri perhatian saya kerana beliau secara peribadi mirip seperti pakciknya. Dari segi suara, lakonan nyanyian, gerakan tarian hampir menyamai 99% persis Michael Jackson.
P/S : Terima kasih sudi baca tulisan saya ini. Saya berikan rating filem ini 10/10 infinity ♾️ stars ✨⭐(sebab saya salah seorang peminat Michael Jackson sejak umur 5 tahun pada 1987 dulu-dulu).
-------------------------------------------------------------
BACAAN TAMBAHAN !
This weekend, the film MICHAEL, starring our amazing nephew Jaafar Jackson, opened with record-breaking numbers around the world.
With an estimated $97 million domestic opening weekend and over $217 million worldwide, the film has already become the biggest opening ever for a musical biopic.
But beyond the numbers, what truly matters is the love.
Thank you to everyone going to the theaters, sharing the story, and continuing to support the journey of a legacy that lives on through music, family, and generations of fans around the world.
https://www.facebook.com/share/p/1AxiGmH6SJ/
The comparisons between the cast of #Michael and the real-life people that they played! ⭐️๐ค
The resemblance and acting were truly 99% identical, the only way to understand is to WATCH MICHAEL NOW! ๐ฌ
Get your tickets here and celebrate with TGV ๐️ bit.ly/TGV-MJhttps://bit.ly/48YxfwO
#ConcertsAtTGV #MichaelJackson #KingOfPop
As ‘Michael’ dominates the box office, the transformation of actors into the Jackson family and their inner circle has sparked conversations.
The biopic centers on the early years of the singer and his journey to becoming the King of Pop. Along the ride, some people played a significant role in his life, including his family. From veteran actors to fresh faces, the film did justice to the real-life figures who were part of the legendary musician’s life.
Jafaar Jackson looks strikingly similar to his late uncle in the titular role in the film. Oscar-nominated actor Colman Domingo stars as Michael’s father, Joe Jackson, alongside Nia Long, who portrayed his mother, Katherine. Miles Teller stars as John Gregory Branca, who served as Michael Jackson’s entertainment lawyer, manager, and business advisor. He is also the co-executor of Jackson’s estate. Nathaniel Logan McIntyre and Joseph David-Jones as Jackie Jackson, Judah Edwards and Rhyan Hill as Tito Jackson, Jaylen Lyndon Hunter and Tre Horton as Marlon Jackson, Jayden Harvill and Jamal R. Henderson as Jermaine Jackson complete the ensemble.
The much-anticipated biopic Michael has made a historic debut, becoming the first biographical film to cross $100 million worldwide on its opening day. Based on the life of global pop icon Michael Jackson, the film has drawn massive crowds across continents, driven by immense fan curiosity and strong advance bookings. Early reports suggest packed theatres, record-breaking ticket sales, and overwhelming audience reactions, especially praising the performances and musical recreations. Trade analysts believe the film could set even bigger milestones in the coming days, marking a new benchmark for music-based biopics globally.
#MichaelJackson #Biopic #BoxOfficeRecord #Hollywood #GlobalCinema
https://www.facebook.com/share/1CbZkEMnpy/
Fame isn't new territory for Jaafar Jackson — it's the family business.
The rising star is the nephew of Michael Jackson, born in 1996 to Jermaine Jackson and Alejandra Genevieve Oaziaza. The pair, who married in 1995 and later divorced in 2008, also share a younger son, Jermajesty Jermaine Jackson, born in 2000.
https://www.facebook.com/share/p/1GuLSniky2/
"The Jacksons in TEARS: Jaafar’s Heartwarming Gesture Sparks Emotional Response!" -ZZ
In a moment that has touched the hearts of fans everywhere, the Jackson family found themselves broken in tears over a poignant gesture from Jaafar Jackson. This emotional encounter reveals the deep connections and challenges faced by the iconic family. What did Jaafar do that elicited such an intense reaction, and how does it illuminate the love and strength that define the Jackson legacy?
https://www.facebook.com/share/1B8Q76iLW5/
There is something deeply emotional about this moment. Jaffar Jackson standing beside his grandmother Katherine Jackson feels like more than just a premiere appearance. It feels like a family coming together to honor a legacy that changed the world. In that single frame, you can see generations connected by love, memory, and something far greater than fame.
For Jaffar, this was never just another red carpet event. Portraying Michael Jackson meant stepping into the life of someone who wasn’t only an icon to millions, but family to him. Standing next to his grandmother in that moment must have carried a quiet weight, knowing he was helping tell a story that meant everything to her.
Katherine Jackson has always been the foundation of the family. As the mother of Michael Jackson, she witnessed his journey from the very beginning. Through every success and every challenge, she remained a steady presence. Seeing her at the premiere, watching her grandson carry forward that story, must have been filled with emotion that words can’t fully express.
Behind the scenes, Jaffar put in immense effort to capture not just Michael’s performances, but his essence. It wasn’t about copying moves or expressions, it was about understanding the heart behind them. That kind of dedication comes from a place of respect and connection, something that runs deep in moments like this.
In the end, this image is not just about a film premiere. It is about legacy, family, and remembrance. A grandmother standing beside her grandson, both connected to a story that continues to live on, reminding the world that some legacies never fade.
https://www.facebook.com/share/1J7waUXf4C/
Michael has officially become the biggest biopic opening of all time ๐๐ฅ
๐ฐ The film debuted with a massive $217.4M worldwide, setting a new benchmark for the genre
A global phenomenon right out of the gate proving the power of one of music’s most iconic legends
๐ This is more than just a strong opening… it’s history in the making
๐ Did you expect Michael to dominate the box office like this?
#Michael #BoxOffice #MovieNews #Biopic #FilmUpdates #Hollywood
https://www.facebook.com/share/p/18eUfgNFGf/
Michael, the much-anticipated biopic about late superstar Michael Jackson, debuted atop the North American box office this weekend with a thriller-ing US$97 million (S$123.8 million), industry estimates showed Sunday (Apr 26).
The film, directed by Antoine Fuqua and distributed by Lionsgate, chronicles the legendary artist's rise from a child star to one of the world's most famous pop icons.
In the starring role is Jaafar Jackson, the popstar's nephew.
"This is a record-shattering opening for a musical biography," said analyst David A Gross of Franchise Entertainment Research.
The film has strong audience approval, "playing as a feel good, nostalgic appreciation", he said, but "reviews are weak".
"Most critics feel the film is superficial and avoids the complicated parts of the performer's life, including allegations of sexual misbehaviour," Gross said, while noting a Part 2 is in the works.
With the film already released in Europe, it has globally taken in nearly US$220 million, according to Exhibitor Relations.
In second place at the US and Canadian box office was The Super Mario Galaxy Movie, with another US$21.2 million.
After spending the last three weeks in the top spot, the animated sequel from Universal and Illumination Studios has hauled in over US$775 million at the global box office, Exhibitor Relations reported.
Third place went to Amazon MGM's hit sci-fi adventure comedy Project Hail Mary, with US$13.2 million.
The film, which stars Ryan Gosling as a teacher-turned-astronaut who must save Earth from a dimming sun, has earned nearly US$600 million worldwide, in an extended theatrical run.
In fourth place with US$5.6 million was Lee Cronin's The Mummy, an original horror flick from Warner Bros about a young girl possessed by a demon in an ancient mummification ritual.
#Y1S26
https://www.facebook.com/share/p/1DjH6TN9ch/
Jaafar Jackson Sets the Record Straight on If He’s Really Singing in ‘Michael’
Michael Jackson fans, it’s time to take a stroll down memory lane.
The world knows the beloved singer for hits like “Thriller,” “Beat It,” and “Man in the Mirror,” and he’s long been immortalized as the King of Pop. Now, there’s a biopic that shows what his life was like. Debuting in movie theaters on April 24, 2026, Michael follows the performer from his time in the Jackson 5 through his rise to international superstar. Viewers will see Michael brought to life by his nephew, Jaafar Jackson.
And obviously, the film will feature some of Michael’s biggest hits. So, we had to wonder: Is Jaafar Jackson singing in Michael?
Yes, Jaafar Jackson sings in Michael. But as he explained on the Today show on April 2, it’s not only his voice that fans hear when watching the movie.
“When I was doing all the performances, I was actually singing out live in the microphone on top of Michael’s track,” he stated in a clip on Instagram. “So, it’s a blend of my vocal and Michael’s … but even, you know, the moments where there’s no backing track, it’s actually me singing the acapellas, which was really fun to do.”
๐๐ผ๐น๐น๐ผ๐ • ๐ฆ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ฒ • ๐๐ผ๐บ๐บ๐ฒ๐ป๐
https://www.facebook.com/share/p/1CwWXcqDeK/
The Michael Jackson biopic is being called spotless because it completely ignores the abuse allegations — and the Wall Street Journal review that used that word was not offering it as a compliment. The critic who reviewed Michael described Jackson openly as a horrible human being and referenced what they called many credible accusations of child molestation.
They then explained how the film resolves the problem those accusations present for a celebratory biopic. It does not address them. It ends the story in the late 1980s — before the most controversial and contested chapters of his life — and focuses instead on his early years, his rise to stardom, and the performance moments that defined his cultural legacy. The 1983 Motown 25 moonwalk. Billie Jean.
The spectacle of a performer operating at a level the review compares to Elvis Presley's first television appearance.Jaafar Jackson — Michael's nephew — reportedly delivers a technically extraordinary performance. The impersonation is described as awe-inspiring. The recreations of iconic moments are described as electrifying.
The film, by all accounts, does what it set out to do with considerable craft and success.What it set out to do is a deliberate choice. A spotless biopic means a film that has been cleaned of the parts that are most difficult to watch, most damaging to the subject's legacy, and most important to the people who say they were harmed.
It means a version of history where the controversy is treated as optional — something that can be cut for reasons of legal strategy and estate cooperation without fundamentally changing the story being told. Who gets to decide which parts of a legend's life are included in the official version is a question with a clear answer in this case.The estate decides. The lawyers decide. The studio decides. The survivors and the audience are presented with the result and invited to enjoy the moonwalk.
https://www.facebook.com/share/p/1BNK3qnQZu/
It is so easy to judge someone you know nothing about. But if you feel that urge, turn it inward and judge yourself first. That is where truth lives.
Look at Michael Jackson. A soul shaped by a painful childhood, a life under constant scrutiny, misunderstood by the world. Yes, he had money, but money cannot buy peace, healing, or love. And still, he was called weird. Many of us are called weird simply for being ourselves.
I live how I choose. I wear what I want. I create my own world. I do not harm anyone, I do not ask anything from anyone. I stand in my truth and build everything with my own hands.
So be careful when you judge. What you put into the world has a way of finding its way back to you. Karma sees everything.
#StayAuthentic #JudgeYourselfFirst #KarmaIsReal #LiveYourTruth #UnapologeticallyMe
https://www.facebook.com/share/v/1ApDsxwv9L/
๐ฅ Reports suggest Michael 2 is officially in the works, continuing the story forward.
⏳ Production is expected to begin around 2027, though no confirmed release date yet.
๐ Fans are already curious about the sequel’s direction and cast details.
#Michael2 #MovieNews #Hollywood #UpcomingMovies #unitedstate
https://www.facebook.com/share/p/1H2FuUELg2/
A sequel to Michael is in development at Lionsgate, with talks underway involving the Jackson Estate. ๐๐ฅ
Antoine Fuqua is expected to return, with filming targeted for 2027 depending on his schedule.
๐ What this means
• Continued story of Michael Jackson
• Building on the success of the first film
• Potential deeper dive into later career and legacy
๐ฅ The King of Pop’s story isn’t over yet.
Would you watch Michael 2?
#MovieNews #films
https://www.facebook.com/share/p/18oMkZs3iC/
Jaafar Jackson just confirmed a Michael sequel is officially in the works and the reason he gave explains everything about why this story demands more than one film. ๐๐ฅ๐ค
His exact words? "You can't fit it all in one movie. It's impossible." The first film focused on Michael's rise to superstardom. The sequel is going to explore the later years of his career and his legacy. Two films. Two eras. One complete portrait of the King of Pop. ๐ค๐ฅ
The first Michael film made back its entire budget in 48 hours and became the biggest biopic opening of all time. That kind of success signals to studios that audiences are hungry for more of this story. And Michael Jackson's life is absolutely massive enough to warrant a full continuation. ⚡๐ฌ
The later years of Michael's career carry different weight than his rise. The complexity. The scrutiny. The isolation alongside the continued artistry. That material deserves its own film to explore properly. ✨๐ฅ
Jaafar Jackson stepping into his uncle's legacy again for a sequel shows he believes deeply in telling this complete story the right way. The King of Pop's journey is only just beginning on screen. ๐ค๐
What are your thoughts on this? Drop them below! ๐
#MichaelJackson #Sequel #JaafarJackson #KingOfPop #MovieNews #Biography #Legacy #FilmDevelopment #MusicIcon #EarlyDevelopment
https://www.facebook.com/share/p/18va2HM17f/
Original ending untuk filem Michael. Untuk pengetahun korang filem Michael berakhir pada tahun 1988. Kalu ikut original ending ni dah ke tahun 1993.
Min rasa better ending yang sekarang ni. Harap part 2 boleh buat sampai tahun 1993 macam plan asal dan part 3 kisah akhir kehidupnya sehingga tahun 2009.
Bagi min patut jadi trilogy la kisah Michael ni. Apa pendapat korang? Jom bincang
https://www.facebook.com/share/p/1GJSb7bXV2/
MJ live in Malaysia 1996
๐ทayana.jazlynn
https://www.facebook.com/share/v/18cjtY4Dpg/




















No comments:
Post a Comment