Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 5 November 2026

BIPOLAR AWARENESS

 

Nak tahu? Bipolar ni dia ada 2 orang dalam 1 jasad

Tapi untuk harini akak cerita fasa depression iaitu low mood untuk bipolar. Nak tahu ciri2 pesakit bipolar dalam fasa depression?

Bila di fasa low.. Hati dia sangat sensitif. Bahaya jika salah kata. Dia akan rasa diri sangat tak berguna. Masa tulah hadir perasaan nak m4ti perasaan nak tamatkan hidup.

Waktu sebegini sebaiknya jangan terlebih nasihat, senang kata jangan melebih lebih.. Cukup duduk sebelah.. Tanya soalan simple.

Bila dia penat, diam.. Tak ceria dan banyak termenung jangan ganggu.. Itu tanda dia di fasa low mood (depression)
Bila dia sedih cukup 1 pertanyaan.. Nak bantuan? Pelukan? Luahkan apa2? Pilih salah 1 je. Jangan ulang banyak kali.

Awak nak apa2 x?

Jika dia geleng.. Jangan tanya lagi..

Beri peluang lain.. Dalam 1 2minit baru tanya lagi.

Awak nak peluk?
Jika dia diam. Tanpa respon. Peluk lah.. Biar dia rasa di sayangi. Saat low mood ni dia memang rapuh sangat. Lebih rapuh dari ranting reput.

Sebab tu waktu macam ni. Jangan bagi nasihat keagamaan.. Kenapa? Kan orang islam.

Baca baik2. Saya sebagai pesakit bipolar. Bila dalam fasa depression mood ni segala kata nasihat itu adalah penyeksaan buat kami. Kerana otak ni manipulate ayat tu. Bukan di buat2. Memang dia sendiri hadir. Walau kita lawan utk positif kan. Nanti suara tu akan manipulate. Biasa org panggil (syaitan) hasut.

Contoh.

Solat lah k. Maybe ko kurang solat ni. Mana tau lebih tenang.
Pesakit = selama ni aku tak tenang sebab tak solat? Allah benci aku. Baik aku mati je. Selama ni aku solat Allah tak terima tu aku jadi macam ni.

Contoh kedua.

Orang lain lagi berat ujian tau.
Pesakit = Kiranya aku tak penting sampai orang tak nak bantu aku? Baik aku m4ti

Ni antara contoh yang mudah faham. Tapi ni waktu pesakit bipolar dalam keadaan fasa depression.

Sebab tu kena kenali keadaan pesakit. Biasa penjaga da boleh bezakan. Jika orang tak biasa atau tak tahu. Mereka akan cakap lemah iman tak kuat semangat. Pernah dengar juga. Antibodi lemah. πŸ˜…

Mood depression ni senang sangat nak nampak.
Dia lebih banyak berdiam, muka lesu kusam, susah bersosial, suka bersendirian. Malas bercakap. Banyak tidur atau tak tidur.

Jika d luar selalunya kita akan nampak dia banyak termenung. Tak fokus.. Sebab x respon bila d panggil. Muka nampak sedih dan stress. Jika dpt tgk mata dia kosong tak tahu apa di tenung. Paling mudah nak tahu tepat ke x dia sedang mood depress.. Tanya lah. Ada apa2 nak luah?

Dia akan geleng kepala. Tanda dia taknak berkongsi kerana dia rasa takde siapa akan faham. Malah lg menyakitkan.

Tetapi jika orang tu memahami cara ambil hati pesakit dan pesakit mula percaya.. Memang dia akn nangis tanpa bercerita. Tangisan sekadar melepaskan apa yang membebankan diri.

Sebenarnya bipolar ni. Dia bukan tahu bila akan depress. Dia datang tiba2. Macam akak sendiri. Baru2 ni PDPR kan? Akak rasa akk boleh handle.

3 hari je akak hadap. Akak da beritahu suami. Akak tak boleh teruskan. Akak da rasa lain macam. Rasa penat nak nangis. Mudah marah (menjerit jerit). Rasa nak ki11 ank2. Bisikan n bayangan datang balik. Nanti akak ambil masa 1 minggu juga utk pulih ke normal.

Terus akak stop dan suami ambil alih lepas balik keje. Dekat situ akak da faham diri akak. Nak faham ni bukan sekejap ok. Akak ambil masa 5tahun nak faham.

Baru tahun ni akak boleh ajar diri akak utk tenang n taknak push diri. Itu pun suami banyak bimbing.

Kalau dia nampak akak da tak ok. Ayat dia simple.
"dah stop. Kang awak yang xok. Abg je buat"

Jadi akak x melawan. Sbb akk tahu dia lebih faham keadaan akak.

Tapi.. Ada tapinya.

Dulu akak lawan. Memberontak.. Sebab akak menafikan sakit akak. Akak nak tunjuk akak boleh lawan. Padahal gagal berkali kali. Tu appointment jadi kerap aje. Sebab degil taknak berhenti n taknak dengar kata.

Sekarang da reti bahasa org tua kataπŸ˜†

Ok nanti kita, story fasa maniac tau.. Ni fasa paling akk suka 😝😝

#mentalhealthsupport #bipolarawareness

https://www.facebook.com/share/p/1DXjmdsDEb/

POSTING SEBELUM INI : 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...