Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 15 March 2012

Inilah Dia Gambar Ruangan Dalam Kapal Titanic


Semua orang di dunia ini pasti tahu tentang kisah kapal mewah Titanic yang tenggelam setelah melanggar iceberg pada pelayaran yang pertama.  Kapal Titanic ini tenggelam pada 15 April 1912 di dalam perjalanan ke New York City dari Southampton, England.  Angka kematian ialah 1517 orang dan merupakan salah satu bencana maritim yang paling dashyat dalam sejarah dunia.


Pada era tersebut, kapal Titanic merupakan kapal yang sangat mewah.  Ia ditunjukkan melalui ruang dalaman yang paling terperinci serta kecanggihan sistem mekanikal yang tinggi.


Kemewahan kapal ini diserikan lagi dengan ukiran tangan yang sangat terperinci pada kayu oak, jati dan maple yang terdapat di merata-rata bahagian pada kapal ini.  Hanya perabot yang paling mewah sahaja digunakan.  Bilik mandi dibina dalam gaya yang paling moden pada masa itu yang lengkap dengan pancuran, tab mandi dan singki berkembar.  Terdapat juga tandas flush di atas kapal tersebut.  Ia turut dilengkapi dengan beberapa dewan makan besar yang mampu menampung sehingga beratus-ratus tetamu dan juga terdapat juga lounge kkas untuk mereka yang suka merokok dan berjudi.


Kapal Titanic merupakan kapal yang paling mewah pada ketika itu dan reputasinya mengatasi segalanya.  Tetapi, kapal yang mewah ini berakhir dan dikenang sebagai bencana laut yang paling buruk di dalam sejarah dunia.

















Pautan artikel lain yang berkaitan :-

KISAH TENGGELAMNYA RMS TITANIC KEKAL MAHSYUR SEHINGGA KE HARI INI


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...