Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 25 March 2013

KISAH TENGGELAMNYA RMS TITANIC KEKAL MAHSYUR SEHINGGA KE HARI INI


HIASAN DALAMAN TITANIC

RMS Titanic (juga SS Titanic) merupakan yang kedua daripada tiga kapal penumpang yang bertujuan mengawal perniagaan sepanjang perjalanan merentasi Lautan Atlantik. Dimiliki oleh White Star Line dan dibina di limbungan Harland and Wolff, Titanic merupakan kapal wap penumpang terbesar di dunia pada masa pelancarannya. Semasa kapal inu melakukan pelayaran pertamanya, ia berlanggar dengan sebuah aisberg pada jam 11:40 PM (waktu setempat kapal) pada pagi Ahad 14 April 1912, dan tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada jam 2:20 AM pagi Isnin.


Bencana tersebut mengakibatkan kematian lebih 1,500 orang penumpang lalu menjadikannya sebagai bencana laut terburuk semasa zaman aman dalam sejarah dan paling termashyur sehingga kini. Kejadian ini sangat mengejutkan lagi-lagi dengan pengetahuan ramai mengenai kelengkapan Titanic dengan teknologi yang termaju serta anak kapal yang berpengalaman tinggi pada zamannya sehingga ia disangka “tidak mungkin tenggelam”. Keghairahan media awam mengenai mangsa terkenal Titanic, legenda mengenai apa yang berlaku di atas kapal, penukaran undang-undang laut, dan penemuan bangkai kapal pada 1985 oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan Robert Ballard menjadikan penimpaan terhadap kapal ini kekal masyhur pada tahun-tahun berikutnya.



------------------------------------------------------------------------------------------------

KOLEKSI GAMBAR-GAMBAR HIASAN DALAMAN TITANIC YANG LAIN





Pautan artikel menarik yang berkaitan :-

Sejarah : Inilah Dia Gambar Ruangan Dalam Kapal Titanic


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...