Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Monday 15 April 2013

Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Ikon Pemodenan Pengangkutan Awam

Arkib : 15 April 2013

Oleh KAMIL MASLIH


Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan yang menjadi mercu tanda baharu kejayaan negara dalam sistem pengangkutan moden.

Kuala Lumpur 14 April- Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) merupakan mercu tanda baharu bagi kejayaan negara dalam memodenkan lagi sistem pengangkutan awam. Stesen bas bersepadu bagi perkhidmatan bas ke selatan Semenanjung Malaysia ini mempunyai kelengkapan infrastruktur dan prasarana yang bertaraf antarabangsa Malah, sebahagian daripada pengguna begitu mengagumi TBS-BTS sehingga meletakkannya setanding dengan kemudahan yang disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Objektif utama TBS-BTS adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu kota dan konsisten dengan inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan 'KL Greater Plan'. Terminal itu menyediakan perkhidmatan bas secara bersepadu untuk destinasi di selatan Semenanjung iaitu Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor di samping negara Singapura.

Mula beroperasi pada 1 Januari 2011, TBS-BTS dikendalikan oleh Maju Terminal Management and Services Sdn. Bhd. (Maju TMAS), sebuah syarikat subsidiari milik penuh Maju Holdings Sdn. Bhd.
Syarikat yang dilantik oleh kerajaan itu memainkan peranan agar pengusaha bas menikmati penggunaan terminal secara percuma tanpa dibebani kos operasi.

Dibina di kawasan berkeluasan 1.026 juta kaki persegi, TBS-BTS yang mempunyai enam tingkat itu direka untuk menampung sehingga 40,000 penumpang dan 3,000 perjalanan bas setiap hari. Terminal itu mempunyai 19 kawasan perlepasan bas, 18 kawasan ketibaan bas serta 31 ruang untuk teksi jarak jauh. Kelebihan yang dimiliki TBS-BTS adalah turut memiliki kawasan ruang legar bas yang dilengkapkan dengan kantin, surau, tandas dan pas minyak khusus untuk pemandu berehat dan menyegarkan diri bagi perjalanan jauh.

TBS-BTS juga mempunyai jaringan dengan pengangkutan awam bandar raya dengan kemudahan jambatan pejalan kali untuk khidmat penukaran kepada KTM Komuter, Express Rail Link (ERL) untuk ke KLIA dan Rapid KL bagi rel bersepadu dan rangkaian bas.

Kemudahan yang disediakan di TBS-BTS turut merangkumi 1,269 kawasan tempat letak kereta dengan bayaran RM3 sehari serta 350 kawasan untuk kenderaan motosikal. Terminal itu juga menyediakan tempat letak kereta khas untuk orang kurang upaya dan pemandu wanita. Ciri eksklusif yang dimiliki TBS-BTS adalah kawasan ketibaan dan perlepasan yang berhawa dingin dengan 1,800 kerusi menunggu serta lengkap dengan kemudahan WiFi percuma. Sebanyak 60 kedai runcit, makanan, dan minuman turut ditempatkan di terminal itu di samping khidmat Klinik 1Malaysia dan Perkhidmatan Pelanggan yang dibuka 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

Terminal itu juga memiliki paparan elektronik untuk sistem makluman awam bagi memudahkan akses penumpang kepada nombor bas, jadual masa, berlepas dan nombor kawasan bas. Selain ruang menunggu eksekutif untuk berehat dalam suasana selesa dan bergaya, terminal itu dilengkapi dengan kemudahan untuk orang kurang upaya dengan jubin berarah yang dibina khas, serta kemudahan kaunter, tandas, lif dan tanjakan. Turut disediakan adalah kemudahan tempat simpan bagasi, kemudahan mesin wang serta kemudahan motel transit.

Ciri moden yang turut dimiliki terminal itu adalah sistem pengumpulan sisa kumbahan secara automatik untuk memastikan kawasan sentiasa bersih. Dari segi keselamatan, TBS-BTS diawasi 542 kamera litar tertutup (CCTV) dan dilengkapkan balai polis yang diuruskan Unit Polis Bantuan Maju Holdings serta disokong Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Rela.


Pautan artikel menarik yang berkaitan :-


No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...