Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Monday 15 April 2013

1.88 juta tiket bas terjual sepanjang 2012


Penumpang bas membeli tiket di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan.
KUALA LUMPUR 14 April - Berdasarkan statistik, sebanyak 1.88 juta tiket perjalanan bas telah berjaya dijual di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) untuk tempoh sepanjang 2012.

Jumlah berkenaan adalah peningkatan sebanyak 73.8 peratus berbanding tahun 2011 yang mencatatkan jualan sebanyak 1.08 juta tiket.
Di samping itu, sebanyak 306,154 perjalanan bas telah dicatatkan di TBS-BTS pada 2012 iaitu peningkatan sebanyak 21.1 peratus berbanding 252,736 perjalanan pada 2012.
Dari segi nilai kutipan tiket, jumlah yang dicatatkan pada tahun 2012 adalah sebanyak RM34.4 juta dan merupakan peningkatan sebanyak 61.1 peratus berbanding RM21.3 juta pada 2011.
Selain kemudahan kaunter tiket bersepadu dan kiosk e-tiket di terminal berkenaan, pengguna boleh membeli tiket perjalanan secara talian di laman web www.tbsbts.com.my sebagai usaha mencegah aktiviti penjualan tiket secara haram.
Pada masa kini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah pun mengiktiraf TBS-BTS sebagai ikon masa depan dan penanda aras bagi operasi terminal bas di negara ini.
Terminal itu juga dijangka berupaya mengendalikan destinasi lain pada masa hadapan seperti kawasan utara atau pantai timur Semenanjung untuk memaksimumkan penggunaan harian semasa.
TBS-BTS juga mencatatkan sejarah menjadi Operator Terminal Bersepadu yang pertama di Malaysia diperakui di bawah ISO 9001:2008 bagi 'Operasi dan Penyelenggaraan Terminal Bersepadu Selatan' oleh SIRIM Berhad.
Malah, TBS-BTS turut menepati piawaian antarabangsa oleh Sistem Pengurusan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Sistem Pengurusan IQNet, United Kingdom.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130415/dn_07/188-juta-tiket-bas-terjual-sepanjang-2012#ixzz2QXkYfif6
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...