Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 14 April 2013

Tidak semua kerajaan sama - PM

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak menunjukkan tiket bas ekspres ke Johor Bahru yang dibelinya ketika membuat lawatan dan tinjauan di kaunter-kaunter tiket sewaktu Majlis Perasmian Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Ali Hamsa (kanan). - utusan/DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR 14 April - Rakyat perlu bijak membuat keputusan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dengan mengekalkan kerajaan sedia ada dan tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang untuk mengubah kerajaan sekarang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hakikatnya, menurut Perdana Menteri, kerajaan yang diterajuinya berjaya membuktikan setiap pelaksanaan program khususnya melibatkan Dasar Transformasi Nasional menjurus kepada menjaga kepentingan rakyat.
Malah, beliau berkata, kewujudan kompleks Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan di sini merupakan salah satu contoh bagaimana kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah rakyat terutama dalam usaha menyediakan khidmat pengangkutan awam terbaik kepada warga kota.
''Ada orang kata bahawa semua kerajaan adalah sama. Bukti dan dalilnya adalah sebaliknya. Bukan semua kerajaan adalah sama. Ada kerajaan yang membawa kebaikan dan ada kerajaan yang disebabkan kurang kemampuan akan membawa kepada kekecewaan.
''Ada juga pihak tertarik dengan perkataan ubah. Soalnya adakah kita perlu mengubah kerajaan yang ada pada hari ini untuk mendapatkan keberhasilan diharapkan atau kita kekalkan kerajaan sedia ada kerana berjaya membuktikan keberhasilan yang mampu diperjuangkan (demi kesejahteraan rakyat),'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan kompleks TBS di Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa dan Pengerusi Eksekutif Maju Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Abu Sahid Mohamed.
TBS merupakan hab pengangkutan yang canggih bagi kawasan selatan Lembah Klang dan terminal itu telah pun memulakan operasinya sejak dua tahun lalu.
Najib menegaskan, mercu tanda yang banyak jumlahnya di negara ini pada waktu ini terutama dalam bentuk kemudahan untuk rakyat jelas menggambarkan kejayaan kerajaan sekarang.
''Tidak perlu saya memberi banyak contoh tetapi cuba bayangkan segala-galanya. Cuba bayangkan Malaysia tanpa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tanpa Putrajaya, tanpa TBS tanpa KLCC, tanpa Jambatan Pulau Pinang, tanpa Lebuh Raya Utara Selatan dan pelbagai kemudahan lain yang telah disediakan oleh kerajaan selama ini,'' katanya
Ujarnya, segala kemudahan itu pada peringkat awalnya telah disangsi dan dikutuk oleh pihak-pihak tertentu tetapi akhirnya mereka menerima bahkan mengidamkan, jika boleh mahu memiliki tempat-tempat dan kemudahan-kemudahan tersebut.
''Inilah hakikat sebenarnya dan inilah ketentuan yang akan dibuat oleh rakyat Malaysia pada 5 Mei akan datang,'' katanya.
Di dalam ucapannya, beliau turut mengumumkan pembinaan projek Terminal Bersepadu Timur Gombak yang bertujuan mengurangkan kesesakan serta melicinkan pergerakan pengguna pengangkutan awam untuk keluar masuk ke pusat bandar.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130415/px_06/Tidak-semua-kerajaan-sama---PM#ixzz2QUCzpIvy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...