Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 19 October 2013

Mengapa Islam Tidak Menggalakkan Umatnya Membela Anjing


Merujuk kepada Al-Qur’an dan hadis tiada satu ayat pun dalam Qur’an atau hadis yang mengajarkan umat Islam untuk membenci anjing. Bahkan tidak ada satu ayat pun dalam Al-Quran dan Hadis yang melarang untuk memelihara anjing sekiranya ada kepentingan. Islam tidak menggalakkan memelihara anjing jika sekadar suka-suka. Rasulullah hanya berpesan Muhammad (Hadis) yang melarang menyentuh air liur anjing, sekiranya barang dijilat oleh anjing maka perlu disamak tetapi tidak pernah Islam mengajarkan untuk membenci anjing.
Ini berdasarkan Hadis Muhammad :
Sekiranya barangan dijilat oleh anjing maka basuhlah dengan air sebanyak tujuh kali (Sahih Muslim).
Mungkin itu hanya budaya orang melayu tidak memelihara anjing sejak dahulu lagi kerana jika kita lihat di luar negara ramai juga muslim yang memelihara anjing tetapi dijaga supaya anjing tidak masuk ke dalam rumah sebab dikhuatirkan akan menjilat barangan rumah. Oleh sebab itu orang melayu tidak memelihara anjing di rumah untuk memudahkan penjagaan daripada dijilat oleh anjing.
Adapun sebab orang muslim tidak memelihara anjing atas beberapa alasan iaitu:-
1. Anjing adalah haiwan buas dan ganas, sungguhpun anjing sudah dipelihara bertahun-tahun dengan menjaga makanannya tetapi banyak kes tuan anjing digigit oleh anjing peliharaannya.
2. Anjing adalah haiwan yang kotor sebab air liurnya sentiasa menitis dari mulutnya dan lidahnya sentiasa terjulur sehingga akan menitis di merata tempat
3. Anjing adalah haiwan yang bising sehingga dapat menganggu kenyamanan jiran dan tuannya, anjing suka menjalak di tengah malam sehingga mengganggu jiran yang tidur.
4. Kos penjagaan anjing adalah tinggi termasuk makanan dan juga suntikan antibiotik untuk memastikan anjing tersebut tidak dijangkiti penyakit terutama virus.
Sains moden telah membuktikan bahawa dalam air liur anjing mengandungi bakteri yang dapat menyebabkan penyakit anjing gila, padahal sains masa kedatangan Muhammad tidak secanggih hari ini tetapi macamna beliau mengetahui semua ini. Ini menunjukkan bahawa Muhammad adalah utusan Allah sehingga apa yang beliau lakukan dan pesan adalah atas bimbingan dan petunjuk daripada Allah semata-mata.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...