Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 10 November 2013

Penangan nasi kandar



NASI kandar terus popular walaupun amalan menggalas atau mengandar bakul makanan tidak lagi diamalkan pengusaha hari ini.


POPULARITI nasi kandar cukup menakjubkan. Ia bukan sahaja popular di Pulau Pinang, di mana nasi itu diperkenalkan ratusan tahun dahulu, tetapi aroma dan kelazatannya boleh dinikmati di seluruh negara.

Restoran menyajikan nasi yang kaya dengan rempah ratus itu terus dikunjungi dan diminati ramai, tidak kira usia dan latar belakang keturunan.

Selain mampu memenuhi cita rasa selera masyarakat, pelbagai faktor lagi menyumbang kepada ‘keajaiban’ itu termasuk perkhidmatannya yang dikatakan pantas.

Sisi lain yang boleh diperkatakan apabila berbicara tentang restoran nasi kandar adalah ia merupakan lambang jerih perih golongan India-Muslim dalam perniagaan makanan.

Ini kerana banyak restoran nasi kandar yang terkenal hari ini bermula dari bawah, dari peringkat paling asas.

Ada yang berniaga secara bergerak dengan menggalas atau mengandar bakul mengandungi nasi dan lauk-pauk.

Ada juga yang bermula dengan gerai di bawah pokok atau di celah-celah bangunan, pangsapuri, sebelum menjadi restoran dan bistro 24 jam sehingga mampu menyaingi restoran makanan segera.

Masa depan kedai atau restoran nasi kandar juga dilihat cerah jika sambutan hari ini diambil kira, namun sampai bilakah keadaan itu mampu bertahan?

Wartawan S2, AZHARI ZAINOODDIN, AZELI ALI dan MOHD. FIRDAUS ISMAIL serta jurugambar, ISMAIL KAMADIN dan MALINDA ABDUL MALIK menyingkap populariti nasi kandar yang sudah menjadi sebahagian budaya masyarakat hari ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131109/re_05/Penangan-nasi-kandar#ixzz2kF96JONw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...