Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 20 December 2013

20 tahun tragedi Highland Towers


EMPAT hari lagi genap 20 tahun peristiwa hitam negara iaitu tragedi Highland Towers apabila satu daripada tiga blok kondominum berkenaan runtuh mengorbankan 48 penghuni di dalamnya.

Ketika laporan mengenai tragedi itu dipancarkan menerusi televisyen, seluruh negara terpaku seolah-olah tidak mempercayai sebuah bangunan setinggi 12 tingkat di Taman Hillview, Hulu Klang jatuh menyembah bumi.

Walaupun sudah dua dekad berlalu, tragedi pada pukul 1.30 petang, 11 Disember 1993 itu masih segar dalam ingatan mangsa dan rakyat, apatah lagi jika menyaksikan baki dua bangunan kondominum berkenaan yang terbiar sejak kejadian itu.

Disifatkan sebagai tragedi bangunan runtuh terburuk negara, ia juga terus diselubungi pelbagai isu sama ada tentang pampasan, hak dan perundangan serta kisah-kisah tahyul.

Perkembangan mutakhir menyaksikan pemilik hartanah berkenaan awal minggu ini membuka tender bagi membolehkan pembida berminat membeli kawasan hartanah berkenaan yang dianggarkan seluas 60,224 meter persegi.

Mungkinkah langkah itu akan menamatkan perjalanan kisah sedih tragedi berkenaan? Hanya masa menentukannya.

Apa yang pasti, dalam tinjauan S2, baru-baru ini, kawasan yang dulunya dipenuhi dengan semak-samun sudahpun dibersihkan oleh pihak berwajib. Namun suasana pilu, sedih dan sunyi masih lagi menyelubungi kawasan itu seolah-olah peristiwa itu baharu sahaja berlaku.

Ikuti laporan wartawan S2, MOHD. FAUZI MOHAMAD SUHAIMI bersama jurugambar, RUSHDI SALLEH yang menjejak individu yang terbabit dengan peristiwa hitam 20 tahun lalu serta generasi kini yang lebih gemar kepada unsur mistik bangunan tersebut berbanding kisah sebenarnya.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...