Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 20 December 2013

Saat-saat cemas keluar dari rumah

TRAGEDI Highland Towers yang mengorbankan 48 nyawa penghuni di blok A pada 11 Disember 1993.

BERMULA dengan bunyi seperti dentuman guruh yang amat kuat telah menimbulkan rasa cemas dan perasaan takut ibu dan adik saya yang berada di rumah pada saat getir itu.

"Tanpa berfikir panjang, ibu mula menarik adik saya berlari keluar dari rumah di tingkat tiga dalam bangunan yang runtuh itu melalui tangga. Sebaik sahaja tiba di tingkat bawah iaitu di parkir kereta, ibu ternampak struktur bangunan mula merekah, lantas dia terus berlari keluar dari bangunan tersebut.

"Dalam masa berlari sambil menoleh ke belakang, dia melihat bangunan Highland Towers mula runtuh secara perlahan-lahan menyembah bumi. Di saat itu, dia mula membuka langkah berlari ke penghujung jalan kerana khuatir akan terkena serpihan batu runtuhan tersebut."

Begitulah pengalaman cemas dan menggerunkan Annette Bashir yang diceritakan kepada anaknya Sasha Bashir, 33, yang pada ketika itu usianya mencecah belasan tahun.

Menurut Sasha, peristiwa tersebut akan menjadi kenangan paling pahit dalam kamus hidupnya biarpun tiada di antara keluarganya yang terkorban.

"Saya dapat bayangkan keadaan cemas ibu dan adik saya yang berada di dalam bangunan ketika itu. Siapa yang tidak cemas tatkala melihat struktur tapak bangunan merekah, selain dapat melihat sendiri tragedi tersebut berlaku.

"Sememangnya kita tidak mampu menyangkal bahawa kejadian tersebut boleh terjadi di negara ini, tetapi hakikatnya sudah tercatat dalam sejarah Malaysia," ujarnya.

Perasaan terkejut, terkesima, dan seakan-akan hidup pada separuh sedar serta tidak mampu untuk mempercayainya selepas menyaksikan bangunan yang berdiri teguh hampir puluhan tahun sebelum ini boleh tumbang dalam masa kurang lima minit sahaja.

"Mak saya tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa, hanya duduk termanggu sejenak memikirkan apa yang patut dilakukan. Selepas itu, mak mula terfikir untuk memberitahu ayah saya yang pada ketika itu berada di luar bersama kawannya.

"Mak terus bergegas ke rumah jiran berdekatan untuk meminjam telefon. Mak saya menelefon saya dan ayah saya menceritakan perkara sebenar serta meminta ayah pulang ke rumah secepat mungkin,"ceritanya lagi.
Kelainan nada suara ibunya seolah-olah berada dalam kesusahan dan keresahan dapat dirasainya biarpun ibunya memintanya untuk bertenang.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131207/re_11/Saat-saat-cemas-keluar-dari-rumah#ixzz2o41WRPyv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...