Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 4 December 2013

P. Ramlee : Hulk Hogan’ peminat P. Ramlee

'Hulk Hogan'

DISEBABKAN terlalu berminat dengan hero-hero filem Melayu terutamanya P. Ramlee, remaja berusia 17 tahun, Jumahat Abu Bakar (gambar) sanggup berbasikal dari Geylang ke Jalan Ampas sebelum duduk menunggu di hadapan pintu pagar Studio Jalan Ampas semata-mata mahu melihat kelibat artis pujaannya secara dekat.

Biar pun tidak bersapa, Jumahat berasa puas apabila dapat melihat P. Ramlee bersama rakan-rakannya bersarapan di kedai kopi di hadapan studio.

Tanpa disangka, 52 tahun kemudian iaitu pada 1 Mei 2011, Jumahat rupa-rupanya kembali semula ke studio berkenaan. Kali ini, bukan lagi untuk menatap wajah artis kesayangan sebaliknya bertugas sebagai penjaga studio tersebut.

“Saya seronok bertugas di sini. Sudahlah tempat ini amat nostalgik di mana legenda-legenda seni Malaysia dan Singapura mencipta nama, majikan pula amat mengambil berat dan sudah seperti kawan baik.

“Dahulu saya selalu ke sini melihat pelakon seperti P. Ramlee dan Jins Shamsuddin. Pagi-pagi datang, terintai-intai sama ada kereta kedua-duanya sudah sampai atau belum.

“Tanpa disangka, sekarang saya menetap di sini pula kerana diamanahkan menjaga studio ini. Itulah jodoh namanya, tak dapat jadi pelakon, dapat jadi penjaga di sini pun cukuplah," katanya.

Berperwatakan menarik ala Hulk Hogan, Jumahat atau nama ‘popularnya’ Joe Hogan memberitahu, pelancong dari Malaysia merupakan yang paling ramai berkunjung ke situ.

“Selain itu, ada juga pelancong dari Amerika Syarikat dan Jepun. Paling mengujakan ada dalam kalangan mereka mengenali P. Ramlee dan tahu apa jasanya terhadap filem-filem Melayu," katanya.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...