Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 17 December 2013

MENJAWAB PENYELEWENGAN SEJARAH MELAYU...

MENJAWAB PENYELEWENGAN SEJARAH MELAYU OLEH SAUDARI SIVAGAMI DEVI 


Bagi printscreen yang nombor satu. Saya ingin menegur saudari Devi dalam penghujahan beliau mengenai sejarah Melayu. Banyak kesalahan faktanya mengenai apa yang cuba disampaikan. Saya tak tahu daripada mana fakta dan hujah yang cuba dibawa oleh saudari Devi bahawa Tamadun Lembah Bujang itu adalah didirikan oleh mereka dari India adalah suatu keyataan yang tidak berasas sama sekali.  Mengenai kenyataan bahawa orang India Tamil sampai ke Kedah pada tahun 100 SM, sebenarnya kenyataan itu saya pasti adalah bersandarkan serangan Rejendra Chola menyerang Srivijaya pada 1025 dan ketika itu Kedah menjadi pusat pemerintahan Srivijaya. Jauh sekali beza jangkaan masa Chola tiba ke Kedah dengan usia berdirinya Kedah, Lembah Bujang dan Langkauska ini. Kita juga perlu tahu bahawa serangan Chola adalah bersifat penjarahan, bukannya penjajahan kerana selepas rekdo itu, tiada bukti bahawa Chola berkuasa penuh ke atas Kedah dan Srivijaya. China masih mencatatkan Srivijaya terus menerus menghantar ufti kepada negaranya dan tidak menyebut langsung mengenai Chola menjajah Srivijaya. 

Dalam buku Early Kingdoms Of The Indonesian Archipelago and The Malay Peninsula tulisan Paul Michel Munoz di mukasurat 163 dengan jelas mengatakan bahawa Kerajaan Cholas hanya mampu serang dan lari dengan niat mahu merampas harta kekayaaan yang dimiliki oleh Empayar Srivijaya. Bahkan sehingga ke hari ini, tidak langsung kelihatan Prasasti di Kedah yang dipahatkan di dalam bahasa Tamil, sebagai bukti kukuh bahawa Lembah Bujang pernah berada di bawah kekuasaan Tamil. Sebenarnya ada kenyataan yang perlu dibetulkan mengenai Lembah Bujang adalah sebuah tempat kuil hindu adalah kenyataan yang boleh kita sangkal sama sekali. 

Antara ciri-ciri binaan di Lembah Bujang yang boleh kita gunakan untuk menyangkal lembah bujang itu adalah tamadun yang didirikan oleh orang Hindu dari Selatan India adalah seperti berikut. Setiap candi di India Selatann tidak diperbuat daripada batu-bata bakar sebaliknya ia dibina dari potongan-potongan batuan gunung seperti batu kapur, laterit dan granit, berbeza dengan apa yang kalian boleh jumpa di Lembah Bujang. 

Di Lembah Bujang juga kita mendapati bahawa kebanyakan candi-candi di lembah bujang itu menghadap ke arah timur, berbeza dengan apa yang kita jumpa pada candi yang dibina oleh pengganut Hindu yang menghadap ke barat. Apa yang ajaibnya, ianya menyerupai seni bina yang diaplikasikan pada lembah bujang. Menurut pengkaji sejarah yang bernama William Bell Dinsmoor, beliau mengatakan bahawa kuil-kuil di Greece adalah menghadap ke Timur kesemuanya kerana mahu menghadap arah matahari terbit. Kalau anda perhatikan layout-layout yang terdapat pada candi di lembah bujang, akan menjumpai bahawa layout tersebut sebenarnya sangat menyerupai Yunani. Perhatikan link yang saya beri. 




Sekarang, saya mahu ajak kalian berfikir. Lihat dan bandingkan, candi lembah bujang itu sebenarnya lebih dekat kepada siapa? Benda ini sebenarnya tidak hairan dalam sejarah orang Melayu kerana Hikayat Merong Mahawangsa, yang menceritakan mengenai pengasas Langkasuka itu dari keturunan Alexander The Great kerana Langkasuka dan Lembah Bujang dipercayai adalah entity yang sama. Seterusnya saya ingin menemplak dakwaan yang mengatakan bahawa “TAMIL SANSKRIT” adalah asal usul kepada nama Malaya yang digunakan kepada Malaysia. Perkataan “TAMIL SAKSKRIT” yang digunakan oleh saudari devi itu pun sebenarnya sudah salah dalam bidang linguistic. Tak pernah sepanjang saya mengkaji mengenai lingusitik dan sejarah, saya menjumpai istilah ini. Bahasa Tamil adalah daripada keluarga Dravidian, iaitu sebuah bahasa untuk bangsa yang menghuni selatan India. Bendanya senang: Dravidian = Kannada, Tamil, Telugu, Malayam. Manakala bahasa Sanskrit adalah daripada KELUARGA BAHASA yang sangat berbeza dengan Tamil. 

Bahasa Sanskrit adalah bahasa yang mempunyai kastanya tersendiri. Hanya mereka berkasta tinggi seperti Brahmin dan Kstaria sahaja yang boleh belajar Sanskrit ini membuatkan bahasa ini sedang mengalami kepupusannya sekarang. Sanskrit dalam keluarga bahasa Indo Eropah, di bawa oleh orang Aryan yang menyerang tamadun Lembah Indus sambil membawa agama Hindu dari Iran. Memaksa bangsa Dravidian lari ke selatan India. Kalau nak kenal bahasa Indo Eropah ini adalah seperti di bawah. Indo Eropah = Sanskrit, Hindi, English, Latin, Germanic. Mahu lagi specifik, di bawah Indo Eropah itu ada sub keluarga yang khas untuk penduduk Utara India yang adalah dari bangsa dan bahasa yang berbeza dengan mereka yang di selatan. Istilah untuk sub keluarga itu adalah Indo-Aryan kerana bahasa penduduk India utara adalah datang daripada bangsa Aryan yang menyerang Utara India dan memaksa mereka orang Dravidian ke selatan. 

Jadi, hipotesis anda mengenai "TAMIL SANSKRIT" adalah tidak logik sama sekali. Ianya cuba mengatakan bahawa bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris itu adalah dalam keluarga bahasa yang sama. Dan dakwaan anda mengatakan nama Malaya itui datang daripada gelaran seperti Himalaya dan sebagainya adalah satu dakwaan yang tak berasas. Malaya ada slangga yang digunakan dalam bahasa Inggeris untuk merujuk kepada Tanah Melayu, nama yang digunakan untuk Malaysia sebelum penubuhan nama Malaysia itu sendiri. Ya, Kedah dikenali sebagai Kadaram. Tetapi Kadaram itu adalah himpunan nama yang digunakan oleh bangsa luar untuk merujuk kepada Kedah. Terdapat banyak nama lagi yang digunakan merujuk kepada Kedah dan sebagai contoh, Kataha, Ketha, Keto, Quedah, Lang-ya-Shu, Lang-His-Sia, dan Lang-Chia Shu merujuk kepada Kedah dan juga Langkasuka. Anda mahu menggunakan hujah ini mengatakan bahawa Kedah itu didirikan oleh orang Tamil? 

Kalau macam tu, saya alu-alukan orang Parsi, Arab dan China untuk turut menggunakan hujah yang lebih kurang apa yang dikatakan oleh saudari Devi itu sendiri. Kalau anda menggunakan hujah nama-nama Hindu yang digunakan oleh raja-raja Melayu yang memerintah Kedah itu untuk mengatakan bahawa Kedah itu adalah didirikan orang Tamil, rasanya pengetahuan anda sangat dangkal dalam membicarakan hal sejarah. Tolonglah faham... nama dan agama tidak melambangkan bangsa. Analoginya senang, saya bernama Helmi Effendy, apakah saya adalah orang arab? Saya beragama Islam, apakah saya ini orang arab? Tidak! Saya tetap Melayu!!! Nak betulkan di sini, agama hindu dan buddha di Nusantara adalah sangat berbeza mazhabnya dengan yang berada di Selatan India sana. Nak lihat bayangan Hindu di Nusantara, sila ke Bali sana. Apakah orang Bali Indonesia itu India? Tidak, mereka tetap kaum dalam rumpun Nusantara. Saya berani jamin, sami india di Malaysia ini kalau ke Bali sana pun, tak akan faham dan memahami ritual dan ajaran Hindu di Bali sana. Saya harap penjelasan saya di atas dapat mematahkan segala dakwaan saudari Devi mengenai sejarah Melayu. Saya adalah pecinta sejarah Melayu dan pantang bagi saya melihat sesiapa pun menyelewengkan fakta sebenar sejarah Melayu itu. -HE-

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...