Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 1 February 2014

AGENDA SALIBIAH - BHG II

Perang Salib Moden bermatlamatkan 3G - Gospel, Gold & Glory - Penyebaran risalah kristianisasi, merampok kekayaan umat Islam & kemenangan kristian atas Islam!
 (Agenda Salibiah Bahagian II - sambungan daripada Agenda Salibiah Bahagian I)


RUMUSAN

Jelas daripada perbincangan panjang lebar diatas, penggunaan perkataan atau istilah Allah oleh penganut kristian hanyalah sekadar soal penterjemahan perkataan 'God' dalam bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Ianya bukan soal agama, iktikad atau kepercayaan mereka.

Dalam konteks itu, jaminan kebebasan beragama yang diperuntukkan didalam Artikel 3 dan Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan tidak relevan dan tidak terpakai langsung dalam kemelut penggunaan perkataan atau istilah Allah oleh penganut kristian. Sebaliknya ianya hanyalah soal bahasa, soal linguistik.

Persoalannya ialah pendakyah kristian telah, samada secara sengaja atau dalam keadaan jahil, menterjemahkan perkataan God kepada Allah. Ini adalah satu kesalahan dan kesilapan penterjemahan. Perkataan atau istilah yang lebih tepat bagi perkataan God ialah Tuhan bukannyaAllah.

Pendakyah kristian cuba menegakkan benang basah mempertahankan hak menterjemahkan secara salah perkataan God kepada Allah menggunakan pelbagai alasan dan helah. Antaranya kononnya orang arab kristian juga menggunakannya.

Kalaupun benar orang kristian arab menggunakannya, ia digunakan dalam bahasa arab. Kalau merea mahu gunakan perkataan Allah sebagaimana kristian arab, maka mereka perlu dan wajib menggunakan bahasa arab sepenuhnya, bukan hanya ambil cebis-cebis. Contohnya kristian arab menggunakan perkataan Yasu bila merujuk kepada Jesus. Mengapa pendakyah kristian disini tidak bertegas mahu guna perkataan YasuI dalam menterjemahkan perkataan Jesus ke bahasa Melayu? Mengapa hanya mahu terjemah perkataan God kepada Allah, tidak Jesus kepada Yasu?

Lagipun, perkataan God ada tercatat didalam kitab bible dalam bahasa asal Jesus iaitu Adonai, Eli, Eloi atau Elohim. Mengapa pendakyah kristian disini tidak mahu gunakan perkataan-perkataan ini bila menterjemah perkataan God ke bible versi bahasa Melayu?
Kedua, pendakyah kristian menghalalkan penterjemahan perkataan God secara salah kepada perkataan Allah kononnya atas alasan mereka telah lama menggunakannya. Konon cerita terjemahan secara salah perkataan God kepada Allah dalam versi bahasa Melayu bermula sejak abad ke 16>

Kita semua tahu bahawa abad ke 16 merupakan permulaan serangan dan penaklukan negara umat Islam oleh penjajah Eropah beragama kristian terutamanya daripada British, Sepanyol, Belanda dan Portugis. Mereka ini adalah negara yang membentuk pasukan tentera salib yang berperang dengan umat Islam selama hampir 300 tahun di abad ke 11, 12 dan 13 sehinggalah ditewaskan oleh Almarhum Sultan Salahuddin Al-Ayubi yang berjaya membuka semula Kota Baitul Maqdis dan membebaskan Masjid Al-Aqsa.

Dendam kesumat tentera salibiah ini berkekalan sehinggalah mereka berjaya menumbangkan Kerajaan Islam Andalusia yang memerintah di bumi Sepanyol pada tahun 1492. Sejak tumbangnya Kerajaan Islam Andalusia dan lemahnya pemerintahan khilafiah akibat persengketaan dan perpecahan sesama sendiri, dan negara-negara umat Islam sudah hilang perlindungan Khalifah; maka bermulalah ekspedisi penyerangan dan penaklukan keatas bumi umat Islam.

Dan siri serangan dan penaklukan yang membawa kepada penjajahan ini didasarkan kepada Matlamat 3G - Gospel, Gold & Glory.

Gospel sebagai penyebaran agama kristian, Gold untuk mengaut hasil masyhul dan kekayaan umat Islam, dan Glory sebagai kemenangan keatas agama Islam dan umat Islam sebagai menebus kekalahan mereka dalam Perang Salib.

Pengakuan mangsa dakyah kristianisasi
Dalam konteks itulah kita perlu memahami strategi penggunaan istilah atau perkataan Allah daripada perkataanGod bila menterjemahkan bible mereka ke bahasa Melayu. Kerana mereka tahu bangsa Melayu beragama Islam dan mempunyai iktiqad dan aqidah mempercayai ketuhanan ALLAH sebagai Tuhan Yang Maha Esa. Sebab itu penterjemahan perkataan God kepada perkataan Allahhanyalah kedalam bible versi bahasa Melayu, manakala didalam bible versi bahasa lain perkataan atau istilah Allahtidak digunakan.

Bermakna penterjemahan perkataan God kepada Allahdalam bible versi bahasa Melayu adalah satu strategi pendakyahan gerakan kristianisasi yang dilakukan secara unilateral semasa era penaklukan dan penjajahan kuasa kristian Eropah dalam mencapai matlamat 3G mereka!

Oleh itu, desakan pendakyah kristian dibumi Malaysia kini untuk hak menterjemahkan perkataanGod kepada Allah dalam bahasa Melayu bukan sahaja tidak ada kena mengena dengan soal penganutan atau pengamalan agama kristian; bukan sahaja ianya adalah satu kesalahan penterjemahan dari segi bahasa dan linguistik; malah yang lebih besar, ianya sebenarnya merupakan satu agenda gerakan kristianisasi sebagai penerusan kepada Perang Salib yang bermatlamatkan 3G itu tadi.

Dan mereka tidak akan berhenti. Mereka akan gunakan Mahkamah, mereka akan gunakan forum antarabangsa, mereka akan gunakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mereka akan gunakan forum Sidang Hak Asasi Kemanusiaan, mereka akan gunakan tekanan ekonomi dan perdagangan, mereka akan gunakan politik, mereka akan gunakan sistem demokrasi, dan mereka akan gunakan pelbagai cara dan helah untuk mencapai matlamat mereka memurtadkan umat Melayu-Islam.

Pendakyah-pendakyah kristian ini nampak kelemahan sistem pilihanraya berdemokrasi kita; iaitu kebergantungan parti-parti politik dan calon-calon kepada undi, termasuk undi daripada mereka dalam menentukan kemenangan dan membentuk Kerajaan. Dan mereka tahu jika mereka dapat menguasai parti yang menyokong atau mirip kepada tuntutan mereka, maka cita-cita mereka untuk bukan sahaja memurtadkan umat Melayu-Islam, malah menukar negara ini daripada negara Islam kepada negara kristian akan berjaya.

Sebab itu kita mendengar pendedahan oleh bekas aktivis kanan DAP saudara Razali Rahman bagaimana adanya upacara sumpah di Pulau Pinang melibatkan paderi-paderi dalam dan luar negara untuk menubuhkan sebuah negara kristian.

Sebab itu kita melihat sendiri bagaimana para pastor, paderi (dalam dan luar negara) dan gereja terlibat secara langsung dengan aktif dalam kempen Pilihanraya Negeri Sarawak dan dalam PRU-13 lepas.

Sebab itu kita mendengar kisah yang didedahkan oleh seorang pendakwah Melayu-Islam Ustaz Muhammad Al-Amin yang terjumpa Deklarasi Negara Pelangi yang ditinggalkan oleh rombongan penganut kristian daripada Malaysia yang menyentuh mengenai PRU-13 dan pembentukan kerajaan semasa beliau membawa rombongan menziarahi Masjid Al-Aqsa.

Saya percaya dan yakin para pendakyah kristian ini akan terus menerus mencetuskan pelbagai isu dan mehnah melibatkan penggunaan kalimah Allah dan lain-lain untuk memberi gambaran bahawa Kerajaan BN pimpinan UMNO ini sebagai zalim dan menganiaya kaum minoriti kristian di Malaysia; manakala pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS yang sudah duduk dibawah tapak kaki mereka sebagai alternatif terbaik untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dalam PRU-14 nanti.

Bagi mereka, strategi besar sekarang ialah govern those who govern. Mereka gagal menguasai atau mempengaruhi kerajaan dan pimpinan UMNO, maka pilihan terbaik mereka ialah menguasai dan mempengaruhi pembangkang DAP-PKR-PAS.

Sebab itu saya melihat senario ini dengan satu kegusaran. Kalau Kerajaan UMNO-BN hampir tumbang dalam PRU-13 akibat tsunai Cina, apakah Kerajaan UMNO-BN akan tumbang dalam PRU-14 akibat tsunami kristianisasi?

Na'uzubillah min zalik.

Namun kita umat Islam wajib ingat amaran Allah didalam Surah Al-Baqarah 2:120, 'sesungguhnya Yahudi dan Kristian adalah musuh kamu yang sekali-kali tidak akan redha dan setuju dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut kehendak dan cara kehidupan dan agama mereka'.

Tetapi Allah memberikan kita jalan keluar dengan meneruskan firman, 'katakanlah kepada kuffar ini bahawa cukup Al-Quran sebagai petunjuk yang benar bagi kami'. Maka kita wajib berpegang kepada Al-Quran, yang antara lain menyeru kita supaya 'wa' tasimu bihablillah hijami'aa, walaa tafarroquu - bersatulah kamu dengan berpegang kepada tali Allah (iaitu Al-Quran), dan janganlah kamu bercerai berai'.

Tetapi njika enggan dan ingkar, Allah memberikan amaranNya, 'jika kamu memilih untuk bersama dan mnuruti kuffar Yahudi dan Kristian ini, walaupun setelah datang kepada kamu peringatan daripada Al-Quran, maka perbuatlah sedemikian (iaitu turutilah kamu kuffar Yahudi dan Kristian ini), namun ingatlah Allah tidak akan lagi membimbing dan memimpin kamu'.

Ya Allah, persaksikanlah bahawa sesungguhnya aku telah pun menyampaikan amaran dan peringatan Mu. Peliharalah iman dan aqidah diriku, anak-anak dan isteriku, ibu ku, kaum keluargaku, dan seluruh umat Islam yang masih lagi beriman dan bertaqwa kepada Mu, yang masih mengharapkan belas ihsan, rahmat dan kasih sayang Mu, yang masih mendombakan petunjuk dan hidayah Mu. Masukkanlah kami kedalam golongan yang berjiwa tenang, masukkanlah kami dalam golongan yang meredhaiMu dan Kau meredhai kami, masukkanlah kami dalam golongan hambaMu, dan masukkanlah kami dalam SyurgaMu. Ameen ya robbal 'aalameen.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
15 Rabi'ul Awal 1435
17 Januari 2014

http://zul4kulim.blogspot.com/2014/01/agenda-salibiah-bhg-ii.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...