Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 1 February 2014

Tempat-Tempat Berhantu Di Malaysia

1. Highland Tower
Highland Tower
Pada 11 Mac 1993, salah satu blok Highland Tower runtuh. Seramai 48 orang terkorban. Berikutan kejadian tersebut, 2 lagi blok dikosongkan sejurus sahaja selepas kejadian. Terdapat sumber yang mengatakan bahawa jumlah mangsa lebih daripada 48 orang hanya segelintir sahaja mayat yang dijumpai dan selebihnya masih lagi terkubur di kawasan itu.
2. Banglo Mona Fandey
banglo mona fandey
Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis yang juga merupakan seorang bomoh. Beliau dan suaminya serta pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan seorang ahli politik, Mazlan Idris di Temerloh, Pahang yang telah menggemparkan negara. Mayat Mazlan Idris ditemui tertanam di dalam sebuah bilik/stor berdekatan dengan banglo itu. Pada tahun 2001, Mona dan 2 orang lagi dijatuhi hukuman gantung sampai mati dan hukuman tersebut dilaksanakan pada 2 November 2001 di Penjara Kajang.
3. Villa Nabila
Villa Nabila
Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak itu, banyak penemuan-penemuan mistik di sekitar kawasan tersebut. Ianya terletak berdekatan dengan Bukit Serene, berhampiran Straits View Hotel menghala ke Dataran Johor Bahru. Pelbagai versi kisah tentang banglo ini namun, tiada satu pun yang dapat mengesahkan kisah sebenar banglo ini.
4. Amber Apartment
amber apartment
Sebuah apartment usang yang terletak di Genting Highland, sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung yang berkunjung ke sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat itu. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia terjun dari tingkap bangunan itu dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat itu.
5. Kemayan City Mall
kemayan city mall
Sebuah kompleks membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama terletak di daerah Johor Bahru, bersebelahan dengan Jalan Skudai. Kompleks tersebut telah menjadi tempat tinggal pelbagai jenis makhluk halus.
6. Lebuhraya Karak
lebuhraya karak
Lebuhraya yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Pahang. Suatu masa dahulu pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna di lebuhraya ini. Lebuhraya ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.
7. Penjara Pudu
penjara pudu
Penjara Pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu. Ini dibuktikan bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan bermacam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah turut mengganggu pegawal penjara yang sedang bertugas. Kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah dirobohkan untuk tujuan pembangunan.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...