Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 15 March 2014

Bayangan nahas Air France dan Adam Air makin 'mengusik' pencarian MH370

Jika ambil kira apa kes kehilangan Air France di Laut Atlantik pada 2009 dan Adam Air di Laut Sulawesi 2007 kemungkinan  itu sudah terbayang.

Mahu tak mahu semua orang wajar membuat jangkaan masing-masing tentang daya tahan pasukan pencari dan penyelamat (SAR) yang kini melibatkan 12 buah negara dan berpuluh kapal terbang dan kapal.

Komitmen kerajaan Malaysia untuk cari sampai dapat pesawat B777-200 milik MAS itu dengan 227 penmpang dan 12 anak kapal itu cukup jelas.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah berkali-kali menegaskan SAR akan diteruskan sampai pesawat itu ditemui.

Kini seluruh dunia berharap dan berdoa agar sesuatu keajaiban berlaku segera.

Samaada pesawat itu terhempas di laut apa sekalipun berlaku...misteri disebalik kehilangannya mulai awal pagi Sabtu lalu perlu satu jawapan.

Siapa yang tidak hairan ia tiba-tiba boleh lenyap di udara begitu saja tanpa sepatah isyarat kecemasan.

Paling pelik dan amat membingungkan semua pakar industri penerbangan bagaimana transponder,alat yang boleh pancar lokasi pesawat 'mati'.

Ketiadaan signal dari transponder itu yang kini amat menyulitkan usaha mencarinya.

Lojik akal ia hanya tidak berfungsi jika dimatikan secara manual - yakni ditutup oleh orang dalam pesawat itu sendiri.

Ini yang membangkitkan segala macam spekulasi termasuk kemungkinan ia dirampas dan unsur paksaan lain.

Bayangkan balik bangkai Air France cuma ditemui dua tahun selepas penemuan secebis serpihannya seminggu selepas nahas berlaku.

Adam Air pula selepas 10 hari nahas baru cebisan serpihan ditemui oleh nelayan dan tujuh bulan kemudian baru kotak hitamnya pula.

Apapun bangkai penuh pesawat tambang murah Indonesia itu yang berkubur nun jauh di dasar laut tidak ditemui sampai ke hari ini.

Dalam era teknoloji pesawat 'fly by wire'  canggih dengan segala peralatan perhubungan elektronik kes kehilangan dua pesawat itu boleh dijadikan bahan renungan mengenai nasib MH370.

Bagi keluarga dan sanak saudara terdekat penumpang dan anak kapal ia mungkin menjadi satu derita dan mimpi ngeri sepanjang hayat.

Namun jika kita menyingkap balik realitinya kedua nahas itu makin hari makin lenyap pada ingatan orang dalam tempoh sebulan ia berlaku selepas pencarian demi pencarian tidak mendatangkan hasil.

Letih menang letih.Rungutan yang macam orang hilang harapan sudah kedengaran dikalangan petugas media yang hari demi hari menunggu ' berita besar' penemuan apa saja yang mengesahkan tentang pesawat itu.

Ini belum lagi ditinjau keluhan dikalangan petugas tentera pelbagai agensi SAR yang perlu teropong ke serata pelusuk laut luas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

Pokok pangkalnya tiada siapa boleh menyalahkan siapa misalnya apa yang berlaku pada Air France dan Adam Air berulang pada MAS.

Ini bukan cerita dongeng.Sejarahnya sudah ada.


http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/03/bayangan-nahas-air-france-dan-adam-air.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...