Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 22 March 2014

Imej Objek Dipercayai MH370 Dari Satelit Firma Colorado...Adusss Bukan Nak Tunjuk Siapa Canggih Ni...

WASHINGTON 21 Mac - Sebuah firma imej satelit berpangkalan di Colorado berkata gambar dua objek yang terapung di Lautan Hindi yang ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang adalah miliknya.

Selepas menemui objek berkenaan, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott membuat panggilan kepada Perdana Menteri Malaysia untuk memaklumkan mengenai imej berkenaan.

Ketika mengumumkan pada sidang media, Abbott tidak memberitahu dari satelit mana imej berkenaan namun DigitalGlobe mengeluarkan kenyataan bahawa firma berkenaan yang memberikan imej berkenaan.

"Kami boleh mengesahkan bahawa DigitalGlobe memberikan imej berkenaan kepada pegawai penyelamat di Australia, dan kami dimaklumkan oleh pegawai kerajaan Australia bahawa imej firma inilah yang dirujuk oleh Abbott," kata jurucakap firma berkenaan hari ini.

"Imej satelit berkenaan dihasilkan pada 16 Mac lalu menerusi satelit WorldView-2 dengan resolusi kira-kira 50 cm. Bekerjasama dengan pelanggan kami, DigitalGlobe akan terus mengumpulkan imej di kawasan yang luas itu termasuk di sekitar perairan yang terdapatnya objek yang dimumkan semalam," kata kenyataan itu. 


http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/03/imej-objek-dipercayai-mh370-dari.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...