Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 22 March 2014

Kalau betul itu serpihan MH370....pelik memang makin pelik

Macam mana pesawat MH370 boleh sampai ke 'hujung dunia' - Selatan Lautan Hindi,2,500 kilomiter ke Baratdaya Perth,Australia yang dianggap kawasan laut yang sepi,selalu bergelora dan jarang dilalui oleh kapal dan kapal terbang.

Inilah yang membingungkan semua orang termasuk pakar penerbangan - jika betul - nanti penemuan dua objek oleh satelit diumum oleh Perdana Menteri Australia,Tony Abbott itu serpihan dari pesawat MAS Boeing 777-200.

Kenapa halanya ke situ yang hanya laut lepas,tidak ada darat maupun sebarang lapangan terbang?

Bayangan tentangan kedalaman laut kawasan dekat apa yang dikenali orang sebagai 'Roaring Forties' antara 3,000 hingga 7,000 miter sudah cukup untuk buat siapa sapa naik remang bulu roma.

Untuk pesawat sampai ke kawasan itu dari Perth saja sudah ambil masa tiga empat jam.Ini belum masuk berlegar untuk mencari dan kemudian nak berpatah balik.

Hanya pesawat jenis jarak jauh saja boleh digunakan kerana faktor minyak dan sebagainya.
mas-map-ausxx
Kapal pula ambil masa dua tiga hari untuk sampai ke situ dari Perth.

Melihat senario kawasan itu dan faktor cuaca nampaknya pencarian MH370 di kawasan itu bukan mudah.

Ada yang kata ia mungkin ambil masa paling awal tiga empat hari baru satu kepastian boleh dibuat.

Sepanjang pencarian oleh pesawat tentera udara Australia dan Amerika Khamis tidak menghasilkan apa-apa.

Pencarian itu diteruskan pagi ini.Setakt pagi Jumaat cuaca dilaporkan baik berbanding berkabus teruk semalam.

Macam-macam teori kini bermain tentang - jika betul - bagaimana MH370 bila sampai ke destinasi yang amat pelik itu.

Ada yang bermain dengan andaian mungkin juruterbang dan pembantu juruterbang pengsan selepas sesuatu berlaku atas pesawat itu masa di udara Laut China Selatan - lokasi terakhir juruterbang berhubung dengan menara kawal -  dan ia terbang secara auto pilot hingga habis minyak dan menjunam ke dalam laut di situ.

Ada juga cakap-cakap mungkin orang yang memandu pesawat itu memang merancang untuk terbang terus ke kawasan yang siapa pun tidak tahu itu.

Untuk ke kawasan itu dari Utara Sumatra selepas melintasi semenanjung Malaysia ia perlu lalui ruang udara Indonesia.

Bagaimana pesawat itu boleh menyorok dari radar Indonesia?

Jika ambil kira teori pesawat terbang secara autopilot kerana juruterbang dan pembantu juruterbang tidak sedarkan diri pasti ia dapat dikesan oleh jangkauan radar Indonesia.

Bukan sejam dua tetapi lebih lima jam penerbangan perlu untuk sampai ke kawasan Selatan Lautan Hindi itu.Kawasan itu sudah mengarah ke Antartica.

Lojik akal berkata jika tidak dapat dikesan radar tentunya pesawat itu terbang amat rendah dan membuat pelbagai lencongan.Ini tidak mungkin dapat dilakukan menerusi auto pilot.

Teori yang boleh diterima akal ia mesti dipandu oleh seseorang...yang sudah set destinasi ke situ.

Soalan yang paling membingungkan tentunya...kenapa mahu ke situ? 


http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/03/kalau-betul-itu-serpihan-mh370pelik.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...