Antara reaksi kalangan keluarga penumpang China MH370 yang berkumpul di sebuah hotel di Beijing pada berita imej satelit Australia nampak objek macam serpihan pesawat itu terapung di Selatan Lautan Hindi ...ialah mereka berharap ia tidak betul.
Mereka lebih berharap MH370 kena hijack.Bagi mereka jika pesawat itu kena rampas dan mungkin mendarat di mana-mana maka masih ada harapan penumpang hidup.Ini sudah cukup untuk mengambarkan betapa berkecamuk perasaan mereka menghadapi misteri MH370.Mereka seolah tidak tahu apa yang mereka mahu.Pada ketika mahu pesawat itu ditemui segera oleh pasukan pencari dan penyelamat mereka 'mahu apa yang mereka mahu saja'.
Semua orang memahami perasaan di saat-saat getir ini.Penumpang dari China adalah paling ramai atas MH370 yakni seramai 153 orang.Malaysia kedua paling ramai.Penumpang dan anak kapal semua 50 orang.
Sekalipun tumpang sedih dengan ketidaktentuan misteri ini kini semakin ramai yang sudah naik marah dengan gelagat dan tindak tanduk keluarga penumpang China baik di Beijing maupun yang bawa ke sini.
Sikap ini tidak timbul dikalangan keluarga penumpang lain termasuk Malaysia yang terus menunggu dengan sabar khabar rasmi apa jadi pada pesawat itu.Kita tidak dengar pun keluarga penumpang dari India atau Amerika yang mengamuk tuduh itu ini.Semua orang tahu bagaimana pasukan antarabangsa 26 negara yang diketuai Malaysia sedang berusaha bersungguh-sungguh mencari pesawat itu.
Namun di celah-celah ini sikap kalangan penumpang China yang ' meronta-ronta' mahu tahu segara itu ini telah mencetuskan senario dan persepsi seolah Malaysia tengah goyang kaki makan angin.
Hari-hari sidang akhbar diadakan untuk update apa yang berlaku.Namun ada saja tidak kena dikaca mata mereka.Geram juga melihat kalangan mereka yang melakak dan menjerit marah-marah kepada kakitangan MAS dan kedutaan yang mengurus mereka di Beijing.
Begitu juga apa berlaku di pusat media di KLIA pada Rabu.Ini bila sebahagian keluarga penumpang China yang ada di sini merempuh masuk ke bilik itu,bawa sepanduk segala macam untuk menuntut nak tahu segera apa jadi pada pesawat itu.
Ia diburukan lagi dengan laporan media Barat mengenai insiden itu lebih menjurus dari sudut yang boleh bagi gambaran salah.Antara yang diberi tumpuan tindakan pengawal keselamatan tarik mereka keluar dari bilik itu.Macam kasar sangatlah pada orang yang sedang sedih.
Sudah menjadi tugas pengawal itu memastikan tiada siapa yang menggangu bilik sidang akhbar berkenaan.
Isunya di sini apa yang mereka harap nak dapat dengan bertindak meronta-ronta desak itu ini begitu.
Selain dari MAS telah beri layanan baik...bayangkan dicelah kesibukan usaha mencari dan menyelamat pihak kerajaan terpaksa menghantar delegasi peringkat tinggi ke Beijing semata-mata untuk tenangkan keluarga penumpang China.
Ibarat kata tengah susah...nak menyusahkan orang lagi.Kalau tidak jumpa pesawat itu tetap tidak jumpa sekali pun berpuluh-puluh buah kapal dan kapal terbang 26 negara sedang berlegar cari.Ini bukan kisah main sorok-sorok.Kata orang nak sorok apa.Seperti kata Pemangku Menteri Pengakutan Datuk Seri Hishamuddin Husssein matlamat utama sekarang ialah mencari pesawat itu.
Kalau jumpa pesawat dan kotak hitam...mungkin segala misteri apa jadi pada pesawat itu akan terungkai.
Hairan juga ada pemimpin pembangkang tempatan seperti tak reti bahasa ...nak tumpang semangkuk ambil kesempatan dakwa Malaysia lemah dalam urusan pencarian itu.Bodoh sangat ke mereka macam tidak tahu pencarian Air France di Lautan Atlantik yang jatuh dan hilang pada Jun 2009 ambil masa dua tahun manakala Adam Air,Indonesia hilang di Laut Sulawesi pada 2007 bangkainya tidak ditemui sampai hari ini.
Agak-agaklah kalau nak cakap lebih-lebih.Ini bukan soal politik.Insiden ini juga bukan salah BN atau UMNO.Tragedi pesawat terhempas atau hilang boleh jadi dimana-mana dalam dunia atas macam-macam sebab.Lagipun rekod keselamatan MAS diakui semua pihak cukup cemerlang.
Kemarahan orangramai pada gelagat keluarga penumpang China sudah dizahirkan di laman-laman sosial.
http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/03/mh370apa-yang-keluarga-penumpang-china.html

No comments:
Post a Comment