Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 17 March 2014

Keluarga Kapten Zaharie 'hilang' sehari sebelum insiden #MH370?

Keluarga Kapten Zaharia Ahmad Shah, juruterbang pesawat MH370 dilaporkan telah berpindah dari rumah mereka di Laman Seri sebelum kejadian pesawat hilang yang terjadi pada Sabtu minggu lepas.

The Malay Mail telah melawat rumah keluarga berkenaan semalam tetapi mendapati tiada sesiapa berada di situ kecuali pembantu rumah mereka yang berusia 38 tahun.

"Isteri Kapten Zaharie dan tiga orang anaknya telah berkampung di rumah kedua mereka di Subang sehari sebelum insiden tersebut," kata Norhayati Wahiduddin.

"Mereka hanya pulang untuk mengambil baju dan hanya bertanya keadaan rumah."

Norhayati juga menafikan pihak polis telah menyerbu dan menggeledah rumah berkenaan kecuali yang berlaku baru-baru ini.

"Tiada siapa yang datang," katanya sambil menambah isteri Kapten Zaharie dan tiga anaknya sudah keluar dari rumah tersebut.

"Anak sulong sudah bekerja, yang kedua pula baru sahaja menamatkan pengajian di Australia manakala yang ketiga masih lagi belajar."

"Mereka tidak rapat dengan kejiranan kearan mereka jarang berada di rumah ini," katanya lagi.


[petikan diatas adalah sebelum pihak Polis serbu rumah Zaharie] 

http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/03/berani-membuat-pilihan_17.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...