SEPANG: Pasukan siasatan kes kehilangan pesawat MH370 masih memeriksa rekod syarikat telekomunikasi berikutan dakwaan ada ahli keluarga berjaya membuat panggilan ke telefon bimbit penumpang pesawat MAS itu.
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya berkata, setakat ini belum ada petunjuk penumpang pesawat MH370 dapat dihubungi rakan atau saudara ketika pesawat berkenaan melintasi ruang udara Semenanjung Malaysia selepas melencong dari laluan ke Beijing, 8 Mac lalu.
Menurutnya, aspek berkenaan sebahagian daripada siasatan namun setakat ini masih belum ada syarikat telekomunikasi yang tampil memberi laporan.
"Pasukan siasatan masih memeriksa rekod syarikat telekomunikasi jika ada sebarang cubaan oleh penumpang untuk berhubung menggunakan telefon bimbit.
"Sudah pasti ia akan mengambil sedikit masa kerana membabitkan jumlah rekod yang banyak," katanya pada sidang media di Hotel Sama-sama, di sini, petang tadi.
Sementara itu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikerah hari ini bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) di koridor selatan (sekitar Lautan Hindi).
Menurutnya aset tempatan dihantar ke koridor selatan terlebih dulu kerana kawasan berkenaan tidak membabitkan banyak negara.
http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/03/berani-membuat-pilihan_17.html

No comments:
Post a Comment