Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 14 March 2014

Keluasan 90 Ribu KM Persegi....Hendak tahu seluas mana pencarian MH370... mari cuba ini

Macam mencari jarum tengah padang bola, akhbar Washingtonpost menyiarkan satu info grafik di laman webnya, mahu orang ramai mencuba sendiri seluas mana kawasan pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu.

Apa yang perlu dilakukan oleh orang ramai adalah menekan ditengah-tengah kotak biru itu, sampai nampak pesawat, dengan nota khas 'Putting the size of the search area in perspective'

Siapa yang berminat, boleh cuba sendiri, seluas mana lautan yang kini diredah pasukan penyelamat berbagai negara, untuk mengesan pesawat yang hilang itu.

Sehingga kini operasi mencari dan menyelamat itu diperluaskan sehingga 27,000 batu nautika melibatkan perairan Laut China Selatan (14,440 batu nautika) dan Selat Melaka (12,425 batu nautika).

Secara keseluruhan untuk operasi hari ini sebanyak 42 kapal dan 39 pesawat telah digunakan untuk mengesan kedudukan pesawat MH370.

Sebanyak 12 negara turut terbabit dalam operasi tersebut dan yang terbaharu melibatkan penyertaan India, Jepun dan Brunei. 


http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/03/keluasan-90-ribu-km-persegihendak-tahu.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...