Amerika Syarikat (AS) mendedahkan mempunyai "petunjuk" pesawat MH370 mungkin terhempas di Lautan Hindi dan sedang menggerakkan kapal USS Kidd ke kawasan tersebut untuk mencarinya, lapor stesen televisyen ABC News awal hari ini.
Pegawai kanan Pentagon memberitahu stesen televisyen AS itu pihaknya memerlukan masa 24 jam untuk menggerakkan kapalnya ke kawasan itu."Kami ada petunjuk pesawat itu terhempas di Lautan Hindi," kata pegawai kanan berkenaan dipetik berkata mengenai pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang pada Sabtu.
Pegawai itu berkata, mereka ada petunjuk pesawat itu terbang empat atau lima jam selepas hilang daripada radar dan mereka percaya ia terhempas ke dalam laut. Tetapi pihak berkuasa Malaysia menolak teori itu semalam dengan kedua-dua Malaysia Airlines dan Rolls Royce berkata, data mengenai enjin berakhir pada 1:07 pagi pada Sabtu, kira-kira 20 minit sebelum hilang daripada sistem radar awam.
AS mempunyai pangkalan tentera di Diego Garcia yang terletak di Lautan Hindi.Tindakan AS dilakukan beberapa jam selepas pegawai tertinggi Malaysia berkata mereka memperluaskan misi mencari dan menyelamat ke Laut Andaman dan meminta bantuan India untuk mencari Boeing 777-200ER dan 239 penumpangnya yang hilang.
Penyiasat juga berkata pegawai AS memberikan sebab untuk terus mencari di kawasan perairan di sebelah barat Malaysia, lebih jauh daripada laluan pesawat Malaysia Airlines itu.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata “tumpuan utama pencarian adalah Laut China Selatan” di sebelah timur Malaysia yang merupakan laluan pesawat dari Kuala Lumpur ke Beijing itu.
Tetapi misi pencarian diperluaskan awal minggu ini ke kawasan perairan sebelah barat Malaysia selepas radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merekodkan pesawat berpatah balik ke semenanjung Malaysia ke arah Laut Andaman.Tetapi sehingga kini masih belum disahkan sama ada pesawat yang dikesan itu merupakan MH370 yang hilang pada 8 Mac.
"Kita sedang bekerjasama rapat dengan FAA dan NTSB tentang isu kemungkinan patah balik itu," kata Hishammuddin, merujuk kepada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS.Dalam sidang media pada Khamis, Hishammuddin menafikan laporan awal rakaman satelit dari China yang menunjukkan objek di Laut China Selatan yang berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang membuat tinjauan ke kawasan berkenaan kemudian mendapati laporan itu tidak benar. Kedutaan China juga kemudiannya memaklumkan imej satelit itu dikeluarkan tanpa kebenaran serta tidak menunjukkan serpihan daripada MH370.
Malaysia turut menyangkal dakwaan media asing bahawa pesawat MH370 yang masih hilang, terbang untuk beberapa jam selepas lenyap daripada radar pada awal pagi 8 Mac, yang menyarankan kemungkinan adanya cubaan rampasan.
Sambil menyatakan laporan-laporan itu tidak tepat, Hishammuddin berkata, transmisi terakhir daripada pesawat itu adalah pada 1.07 pagi dan ia menunjukkan bahawa semuanya normal.
The Wall Street Journal melaporkan pegawai mencegah keganasan AS sedang memeriksa sama ada MH370 "secara sengaja mengubah haluan" daripada laluan yang dirancang dengan "hasrat untuk menggunakannya kemudian bagi tujuan lain."
Laporan itu juga dipetik sebagai menyatakan bahawa transponder pesawat itu sengaja ditutup untuk mengelak daripada dikesan radar.
Hishammuddin berkata, berikutan laporan mengenai dakwaan itu, MAS bertanya kepada Rolls Royce dan Boeing Company secara khusus mengenai data itu, dan syarikat itu berkata laporan itu tidak tepat.
Hishammuddin berkata, isu itu juga tidak pernah dibangkitkan oleh pasukan Rolls Royce dan Boeing, yang berada di Kuala Lumpur sejak Ahad lalu untuk membantu penyiasatan itu.
Pesawat itu, yang menuju ke Beijing, dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang setelah sejam berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi, 8 Mac.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Pada hari keenam semalam, misi mencari pesawat hilang itu masih gagal menemuinya walaupun muncul sedikit harapan apabila satelit China merakamkan imejan kemungkinan serpihan pesawat itu di Laut China Selatan. – 14 Mac, 2014.
http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/03/prayformh370-kini-amerika-ada-petunjuk.html

No comments:
Post a Comment