Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 27 March 2014

MH370: 122 objek berpotensi serpihan pesawat dikesan satelit

Gambar satelit Airbus Defence and Space bertarikh 23 Mac lalu yang diteliti Agensi Remote Sensing Malaysia menemui 122 objek berpotensi serpihan pesawat di selatan Lautan Hindi.

Menurut pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.objek-objek yang bertebaran di kawasan seluas 400 kilometer per segi itu terletak 2,557 kilometer dari Pearth, Australia.

Jelas beliau, sebahagian objek satelit Airbus UK berukuran semeter hingga 23 meter panjang dan kelihatan bersinar.

"Perancis, China dan Australia sudah keluarkan data imej satelit yang berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370.

"Semalam 25 Mac, Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) terima data imej terbaru dari satelit Pertahanan dan Angkasa Airbus UK yang berpangkalan di Perancis di mana imej berkenaan dikesan pada 23 Mac.

"MRSA sudah analisis objek berkenaan... di satu kawasan di Lautan Hindi seluas 400 kilometer persegi yang mana 122 objek dikesan di kawasan berkenaan" katanya.

Hishammuddin berkata, MRSA dengan segera menghantar laporan berkenaan kepada Pusat Koordinasi Kecemasan Australia di Perth semalam, namun tidak dapat disahkan objek berkenaan ada kaitan dengan MH370.
mh-imejmosti
"Bagaimanapun, ia adalah petunjuk baharu dalam misi mencari bangkai pesawat MH370," katanya

Menjawab soalan wartawan asing yang membangkitkan soal keluarga penumpang dari China yang tidak puas hati dan menyalahkan Malaysia.

Kata Hishamuddin, bukan hanya keluarga dari China yang kehilangan orang tersayang, keluarga dari Malaysia dan negara-negara lain juga mengalami perkara sama, tetapi mereka rasional.

"Saya ayah, abang dan anak, saya memahami apa yang mereka hadapi. Masa akan menyembuhkan emosi yang sekarang ini sedang memuncak, kita memahaminya.

"Bagi rakyat China mereka juga perlu faham Malaysia juga kehilangan orang tersayang. Ada banyak negara yang juga kehilangan orang tersayang," jelas Hishammuddin.

Hishammuddin yang bercakap dalam sidang akhbar hari ke-19 kehilangan MH370 berkata, ada keluarga dari negara lain yang rasional terhadap insiden tersebut dan tidak menyalahkan kerajaan Malaysia.

"Saya melihat imej dari Austarlia yang sangat rasional, memahami bahawa ini adalah kesan global dan tidak menyalahkan secara terus kepada Malaysia kerana kita koridinasi insiden yang tidak terduga ini.
mh-imejmosti1
"Sehingga kita jumpa serpihan yang boleh disahkan berkaitan dengan MH370, soalan yang mereka kemukakan, kita mahis belum ada jawapan,' kata HishammuddinMenjawab mengenai pencarian kotak hitam pesawat, jelasnya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) akan menggunakan teknologi dan pendekatan berbeza selepas tamat 30 hari jangka hayat bateri pada kotak hitam pesawat MH370 yang hilang.

Dalam sidang media harian di PWTC itu, Hishamuddin memberitahu lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke China pada Mei depan diteruskan manakala Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dijadualkan melawat Malaysia pada April ini.

Dipermulaan sidang medianya, Hishamuddin berkata, Australia akan membahagikan operasi mencari pesawat MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi kepada dua sektor iaitu sektor Timur dan sektor Barat

Beliau berkata, pencarian di kawasan berkenaan disambung semula pada Rabu selepas operasi dan menyelamat (SAR) ditangguhkan pada Selasa berikutan cuaca buruk.

Menurut Hishammuddin, setiap sektor pencarian itu akan melibatkan enam aset bagi operasi SAR.

"Bagi sektor Timur di kawaan pencarian, operasi mencari akan dikendalikan oleh satu pesawat milik Australia P3 Orion dan tiga pesawat awam, satu pesawat Ilyushin IL-76 dan satu pesawat New Zealand PE Orion.

"Bagi sektor Barat, operasi mencari akan dikendalikan oleh satu pesawat Amerika Syarikat P8 Poseidon, satu pesawat Korean P3 Orion, satu pesawat Jepun P3 Orion, dua Australia P3 Orions dan satu pesawat awam," katanya pada sidang media harian mengenai MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, Rabu.

Beliau menambah, pencarian di kawasan berkenaan turut melibatkan dua kapal.

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/03/mh370-122-objek-berpotensi-serpihan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...