Kalau rajin masuklah ke mana-mana perpustakaan.Selak balik sejak zaman merdeka sampai hari ini.Belum pernah suatu kejadian di Malaysia yang dapat liputan sebegini meluas di seluruh dunia berhari-hari lamanya.
Seorang wartawan veteran beritahu Agendadaily seingat dia liputan antarabangsa yang paling hangat zamannya ialah peristiwa Japanese Red Army (JRA) tawan bangunan AIA di Jalan Ampang,Kuala Lumpur pada 4 Ogos,1975.Tebusan dalam bangunan itu ialah seramai 53 orang.
Bangunan AIA menjadi sasaran kerana pejabat Kedutaan Amerika ketika itu berada di situ.
Insiden berakhir bila Jepun menghantar sebuah pesawat DC-8 Japan Airline bersama lima ahli JRA yang dibebaskan sebagai memenuhi tuntutan.Pesawat itu terbang ke Tripoli,Libya pada 8 Ogos bersama mereka serta dua pegawai Malaysia.Presiden Muamaar Ghadafi telah beri perlindungan pada JRA.
Perdana Menteri waktu itu ialah Allahyarham Tun Abdul Razak.
Semuanya berlalu dalam masa empat hari saja.
Waktu itu tidak ada CNN,Aljazerra dan pelbagai stesyen televisten serta media seperti sekarang.
Tiada siapa yang tahu istilah facebook,twitter,chat dan sebagainya waktu itu yang boleh buat satu berita itu tersebar pantas macam roket.
Peristiwa kapal terbang penumpang terhempas seburuk mana pun yang berlaku dari masa ke semasa juga jarang menjadi 'media event' .Paling tidak liputan empat lima hari habis.
Misteri kehilangan MH370 memang lain macam.Bukan saja menjadi tumpuan media antarabangsa malah jika rajin layari internet kita boleh tengok hari-hari disiar di akhbar-akhbar kecil di daerah-daerah terpencil baik di Amerika,Russia,Australia,Eropah,Afrika dan Timur Tengah.
Yang pasti kisah sedih bagi rakyat Malaysia ini tidak terhenti menjadi tumpuan dunia setakat pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin malam bahawa penerbangan MH 370 ' berakhir' di tengah Selatan Lautan Hindi.
Tumpuan kini beralih pula pada pencariannya yang menjadi usaha gotong royong antarabangsa.
Misteri ini adalah satu misteri yang belum pernah berlaku dalam sejarah penerbangan dunia.
Seperti kata Najib jawapan pada misteri ini hanya tersimpan dalam kotak hitam MH370. Alat yang merakam segala pergerakan dalam pesawat itu kini mungkin berada di dasar laut yang kedalamannya hingga nunh 7,000 meter.
Berbeza dengan peristwa Air France 2009 di Lautan Pasifik dan Adam Air Indonesia 2007 di Laut Sulawesi punca kejadian diketahui.Dua insiden itu berlaku dalam cuaca buruk.
Ia lebih dianggap nahas biasa dan tidak masuk kategori ' satu misteri' sekalipun pencariannya juga jenuh.
Misteri pada MH370 ialah apa yang sebenarnya berlaku sehingga pesawat Boeing 777-200 yang sepatutnya menghala ke Bejing boleh tukar haluan ke kawasan laut Selatan Lautan Hindi.
Siapa yang pandu pesawat itu ke situ?
Kalau pakar-pakar penerbangan antarabangsa sendiri bingung apa lagi kita orang tepi jalan ini.
Banyak sangat persoalan yang perlu dijawab.Teori hanya akan kekal sebagai teori selagi kotak hitam tidak ditemui.
Malah ada yang kata dunia pasti belum dapat lelap tidor selagi misteri MH370 belum terjawab.
http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/03/mh370teka-teki-yang-satu-dunia-tunggu.html

No comments:
Post a Comment