Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 17 March 2014

MH370: Apa Kah Pilot Dibawa Ancaman?

KETIKA mengucapkan All Right Goodnight secara bersahaja kepada menara Subang, kerana pesawat akan memasuki ruang udara Vietnam, maka pada masa itu, alat komunikasi kedua pesawat diputuskan secara mutlak, mengakibatkan pesawat MH370 hilang daripada radar trafik Subang secara tiba-tiba. Berasaskan data awal, bahawa transponder pesawat dimatikan secara berpingkat, yang mana transponder pertama tertutup pada 1.07 pagi dan kedua 1.21 pagi, selang 14 minit.

Apa kah pesawat dikuasai perampas? sebaik sahaja pesawat mengudara? Kalau pesawat dikuasai perampas, mengapa tiada panggilan kecemasan daripada pilot, seperti mana kebiasaan dilakukan oleh juruterbang, kalau pesawat dirampas. Ini yang muskil, atas sebab itu, anggapan kuat, bahawa juruterbang itu sendiri merampas pesawatnya. Fakta itu disokong oleh cara juruterbang itu bercakap dengan menara Trafik Udara Subang.

Pada jam 1.30 pagi, sebuah pesawat laluan Narita Jepun yang berada di ruang udara Vietnam yang berjaya menghubungi pesawat malang itu menggunakan saluran kecemasan menggambarkan bahawa keadaan dalam kokpit pesawat malang itu sungguh bising, sehingga percakapannya dengan co-pilot tidak jelas, kemudian terputus.

Selepas pesawat itu hilang, dikatakan pesawat secara tiba-tiba terbang ketinggian 45,000 kaki sambil berpusing ke arah barat, kemudian turun pada paras 23,000 kaki, kemungkinan berlaku pergelutan dalam kokpit. Apa kah co-pilot bergelut dengan pilot? sehingga pesawat melakukan pergerakaan seperti itu? atau pilot dan co pilot bergelut dengan perampas? Persoalannya, bagaimana perampas memasuki kokpit? Pintu kokpit, jika dikunci daripada dalam untuk membukanya memerlukan kuasa yang kuat seperti bom. Kalau pintu kokpit diletupkan, sudah tentu pilot masih punya masa membuat panggilan atau menghantar kod rahsia atau mayday.

Misteri kehilangan pesawat selama seminggu, atas sebab tiada sebarang clue daripada pesawat malang itu. Hanya pada hari ke-8, data satellite digunapakai sebagai asas untuk operasi menyelamat dan mencari, yang kini diperluas di utara dan selatan, masing-masing meliputi 2,200 batu nautika. Kalau laluan utara, minyak pesawat boleh didaratkan di negara-negara bekas Soviet Union, kalau laluan selatan, pesawat boleh mendarat di wilayah barat Australia termasuk Pangkalan tentera Amerika Diego Garcia.

Laluan utara akan melalui daratan yang dipenuhi radar bumi, termasuk radar negara India, namun jika ke utara laluan hanyalah laut dan pulau-pulau kecil. Jika perampas mahu mengelak dikesan radar, seperti tindakan mematikan semua peralatan komunikasi, maka perampas tidak akan mengambil laluan utara, keculai pesawat itu dikawal oleh pesawat yang mampu melakukan tindakan anti radar. Kemampuan itu hanya ada pada kuasa besar seperti Amerika atau China atau Isreal.

Pesawat didapati memberi isyarat sekurangnya 7 jam selepas hilang daripada radar, ertinya pesawat masih intake. Isyarat terakhir jam8.11 pagi Sabtu 8 Mac 2014, waktu malaysia. Ertinya pesawat telah berjaya mendarat dengan selamat, atas sebab tiada isyarat daripada ULB= underwater locator Beacon dan ELT=Emergency Locator Transmitter kalau terhempas di atas air; di mana alat itu akan teraktif, kalau pesawat terhempas. namun jika pesawat didaratkan selamat, alat2 itu tidak akan mengularkan sebarang signal.

Pencarian semakin mencabar bagi mengesan pesawat malang itu, atas sebab data satellite tidak menunjukkan lokasi. Atas sebab itu, pasukan pencari dan menyelamat yang diketuai Malaysia akan melibatkan 25 negara, entah berapa ratus asset yang terlibat. Keadah mencari menggunakan satellite, seperti mencari jarum daripada tumpukan sampah yang menggunung. Namun, peralatan pengesan yang ada pada Amerika, sebenarnya mampu mengesan pesawat itu dengan mudah, sebabnya Amerika biasa dengan operasi "drone"; kecualilah negara adi kuasa itu merupakan dalang kepada kehilangan misteri MH370.

http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/03/apa-yang-tersirat_17.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...