Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 25 March 2014

MH370 Berakhir: ‘Hakikat yang perlu saya terima’


Putrajaya – “Saya terima dan reda dengan apa saja yang ditentukan Allah,” kata Selamat Omar, 60 bapa kepada seorang penumpang pesawat MAS MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Bapa kepada Mohd Khairul Amri, 29 berkata, dia dimaklumkan pihak MAS kira-kira jam 9.30 malam supaya mengikuti sidang media Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Mereka meminta kami supaya bertenang. Saya tak ada apa nak fikir panjang. Hidup atau sebaliknya… Itu sahaja.
“Hakikat yang perlu saya terima. Tapi saya akan menunggu pengumuman lanjut esok,” katanya ketika ditemui di Hotel Everly, di sini, sebentar tadi.
Selamat berkata, menantunya Erni Marsila Mustafa berada di kediamannya di Shah Alam, Selangor.
“Dia akan datang sini tapi tak pasti bila,” katanya yang mengambil masa lebih satu jam untuk menenangkan diri.
Difahamkan, terdapat enam keluarga berada di hotel ini termasuk keluarga Mohd Razahan Zamani, 23; Suhaili Mustafa, 31; Mohd Khairul Amri Selamat, 29 dan Teoh Kim Lun, 36. 


http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/03/mh370-berakhir-hakikat-yang-perlu-saya.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...