Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 25 March 2014

PM SAHKAN... MH370 terhempas di selatan Lautan Hindi


Selepas pencarian hampir separuh dunia selama 17 hari, tepat jam 10.00 malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa berdasarkan maklumat baru yang beliau perolehi, pesawat MH370 kali terakhir terbang di tengah-tengah Lautan Hindi di Barat Perth, Australia.

Beliau mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas di PWTC sebentar tadi.

Menurutnya, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Sementara itu, Skynews memetik sumber keluarga penumpang China bawa MAS akan menerbangkan semua ahli keluarga terapat dengan pesawat sewa khas ke Australia.

Difahamkan, berdasarkan pengumuman PM tadi, pesawat itu terhempas selepas kehabisan minyak di tengah-tengah Lautan Hindi.

BERIKUT KENYATAAN PENUH PERDANA MENTERI

Malam ini saya telah diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB).

Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan, telah menjalankan kiraan lanjut ke atas data berkenaan.

Menggunakan sejenis analisis tidak pernah digunakan dalam satu penyiasatan seperti ini, mereka dapat menentukan dengan lebih jelas laluan penerbangan MH370 itu.

Berdasarkan analisis baru mereka, Inmarsat dan AAIB telah menyimpulkan bahawa MH370 terbang di koridor selatan, dan bahawa kedudukan terakhir adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.

Ini adalah lokasi yang jauh, jauh dari mana-mana tapak pendaratan (yang berkemungkinan).

Oleh itu, dengan kesedihan yang mendalam bahawa saya mesti memberitahu anda, menurut data terbaru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Maklumat lanjut akan diberitahu dalam satu sidang akhbar esok. Sementara itu, kami mahu memberitahu anda mengenai perkembangan terbaru ini pada kesempatan pertama.

Kami berkongsi maklumat ini kerana kami komited kepada keterbukaan dan rasa hormati kepada ahli keluarga yang terlibat, dua prinsip yang menjadi amalan dalam siasatan ini.

Malaysia Airlines telah memberitahu keluarga penumpang dan anak kapal mengenai perkembangan terbaru ini.

Bagi mereka, beberapa minggu lalu cukup menyayat hati, saya tahu berita ini pasti lebih sukar lagi. Saya menggesa media untuk menghormati privasi mereka, dan memberikan mereka ruang yang diperlukan pada masa yang sukar ini. 


http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/03/pm-sahkan-mh370-terhempas-di-selatan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...