Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 21 March 2014

MH370: Cara Co-Pilot "sign Off" Mencurigakan

Cara co-pilot Pesawat malang B777-200ER MH370 Fariq Abdul Hamid "sign Off" dengan bersahaja dengan kata-kata "All Right, Goodnight" kepada menara kawalan trafik udara Subang, mengundang persoalan. Mungkin kod itu, sesuatu sedang berlaku dalam kokpit pesawat. Selain itu, keadaan kokpit yang sungguh bising apabila juruterbang sebuah pesawat lain laluan Narita jepun berjaya berkomunikasi dengan co-pilot menggunakan saluran kecemasan mengatakan bahawa suara co-pilot itu yang tidak jelas (mumbling), seolah-olah pilot sedang bergelut dengan perampas. 

Pada kebiasaannya, sign off dilakukan oleh pilot, bukannya co-pilot. Inilah clue yang mencurigakan terhadap pesawat MH370 yang hilang secara misteri hingga kini.

Pergerakan pesawat sebaik sahaja terputus hubungan dengan radar awam akan tetapi berjaya dimonitor radar tentera, bahawa pesawat malang itu terbang sehingga 45,000 kaki atas permukaan laut, sambil berpusing ke arah barat, seolah pesawat dipandu tanpa pilot, atau perampas dengan sengaja melakukan tindakan itu untuk "knock out" semua krew termasuk penumpang. Pesawat kemudian turun dikatakan sehingga 5,000 kaki atas permukaan laut. Semasa dikesan radar tentera Malaysia, pesawat itu berada di utara Pulau Pinang pada jam 2.40 pagi.

Berasaskan clue daripada co-pilot, pergerakan pesawat, dan transponder pesawat dimatikan atau malfunction, akibat tekanan yang melampau apabila pesawat diterbangkan atas limit yang dibenarkan, kemudian pesawat diterbangkan melalui kaedah "terrain masking" bertujuan untuk mengelak radar. Cara menerbangkan pesawat semacam itu, hanya boleh dilakukan oleh seseorang yang mempunyai latihan menerbangkan pesawat pejuang.

Kehilangan pesawat malang MH370 yang dikaitkan dengan juruterbang pesawat itu,namun melalui teori baru ini, pilot dan krew serta penumpang merupakan mangsa kepada perampas berpengalaman.

http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/03/apa-yang-tersirat_18.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...