Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 15 March 2014

MH370: Mengapa Temuan Awal TUDM Dinafikan?


Kini terjawab bahawa temuan awal TUDM sepertimana dinyatakan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Rodzali Daud bahawa pesawat B777-200ER MH370 dikesan berpatah balik selepas hilang daripada radar Kawalan Menara Trafik Udara Subang pada pukul 1.30 pagi kurang sejam selepas  lepas landas daripada KLIA pada pukul 12.41 pagi 8 Mac 2014, laluan Kuala Lumpur Beijing, China.

Mengapa temuan itu dinafikan? sehingga Jeneral itu pada 11 Mac terpaksa berdiplomasi, dengan berkata bahawa radar TUDM memang ada megesan pergerakan pesawat berpatah balik, hampir sama ketika pesawat malang MH370 tiba-tiba hilang, tetapi terpaksa menukar tune dengan ayat "tidak pasti" apakah pesawat itu MH370. Jeneral itu juga mengulas, mengapa TUDM tidak memintas, atas sebab pesawat itu adalah pesawat komersial.

Selepas seminggu, barulah temuan TUDM itu digunapakai, bagi menjawab kehilangan pesawat B777-200ER MH370 yang masih hilang secara misteri.

Selepas seminggu, baru kini diyakini, selepas pesawat hilang daripada radar Trafik Subang dan radar TUDM, bahawa pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 krew telah meneruskan sekurang-kurangnya 5 jam penerbangan. Penerbangan selama itu, boleh meliputi 2,200 batu nautika, dan destinasi kemungkinan pesawat itu boleh sampai termasuk North west Australia, Diego Garcia (lautan Hindi), Mongolia, kawasan berhampiran atau bahagian Timur Pakistan.

Pesawat malang itu melalui laluan yang biasa dilalui untuk sektor Asia barat dan Europa. Hanya penerbang yang biasa dengan penerbangan antarabangsa sahaja megetahui laluan itu. 
 
Selepas seminggu operasi mencari dan menyelamat di kawasan laluan asal pesawat itu Laut China Selatan dan kemudian dikembangkan di pantai Barat Semenanjung Selat Melaka, kerana teori awal, bahawa pesawat mengalami kemalangan, atas sebab kehilangan pesawat malang sesuatu yang amat misteri, kerana tiada-tiada tanda-tanda yang boleh digunapakai sebagai punca pesawat malang itu secara tiba-tiba hilang. Tiada panggilan kecemasan daripada juruterbang, tiada panggilan mayday, tiada data yang dihantar oleh sistem komunikasi pesawat, bahawa pesawat dalam kecemasan. Teori yang ada pada pasukan SAR bahawa pesawat mengalami kemalangan, untuk itu digunakan lebih 100 asset termasuk kapal laut, pesawat, radar dan kapal selam untuk mengesan pesawat malang itu. Namun selepas 7 hari, barulah digunapakai temuan awal TUDM bahawa pesawat berpatah balik.

Satu-satunya clue yang menyatakan pesawat itu tidak mengalami kemalangan apabila data satellite menunjukkan bahawa pesawat meneruskan penerbangan sekurang-kurangnya 5 jam selepas hilang daripada radar jam 1.30 pagi Sabtu.

Data yang diterima satellite juga menunjukan, bahawa alat komunikasi pesawat sebaik sahaja pesawat mengudara menuju Timur Semenanjung diputuskan dengan sengaja. Transponder pesawat yang diputuskan memerlukan beberapa minit untuk terputus secara mutlak. Data satellite menunjukkan bahawa transponder pertama terputus pada pukul 1.07 pagi dan ke dua pada pukul 1.21 pagi sebaik sahaja pilot mengucapkan selamat malam kepada Menara Trafik Subang dengan bersahaja dengan kata-kata "All Right, Good Night".

Pasukan SAR dan penyiasat dan pakar penerbangan gagal menginterpresi gaya juruterbang semasa mengucapkan selamat berpisah dengan Menara Trafik Subang yang bersahaja, kemudian pesawat hilang, merupakan satu sandiwara daripada juruterbang itu sendiri, bahawa dia mneyembunyikan tindakannya bahawa beliau ingin mengawal pesawat sehingga pesawat hilang misteri hingga kini.

Dalam kejadian yang berlaku pada pesawat malang itu, suspek yang paling dekat adalah pilot itu sendiri, atas sebab tiada sesiapa yang boleh memasuki kokpit pesawat, apatah lagi pesawat  masih sedang naik semasa hilang secara tiba-tiba daripada radar.
 
kesilapan tetap satu kesilapan. Atas sebab tiada siapa yang tahu apa yang berlaku terhadap pesawat yang tiba tiba hilang, kerana pada kebiasaannya, apabila pesawat hilang secara tiba-tiba  pesawat itu mengalami kemalangan. Kalau dirampas diudara, biasanya pilot mampu menghantar mayday; namun apa yang berlaku pada MH370, semua kebiasaan itu tidak berlaku. Atas sebab itu, kehilangan pesawat MH370 adalah satu misteri paling besar dalam dunia penerbangan abad ini.

Kini, suspek utama penyebab kehilangan misteri MH370 adalah juruterbangnya sendiri. Atas sebab itu, sehingga kini, tiada apa-apa permintaan, tetapi apa yang belum pasti, apa kah pilot itu berjaya mendaratkan pesawat itu dengan selamat, atau pesawat itu tidak pernah sampai ke destinasi sesuai dengan hasrat beliau, sama seperti pesawat itu tidak pernah sampai ke destinasi asal Beijing, yang sepatutnya mendarat pada pukul 6.30 pagi 8 Mac, namun sehingga kini tidak pernah sampai.

http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/03/apa-yang-tersirat_15.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...