Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 27 April 2014

Fizz Fairuz & Almy Nadia Selamat Bernikah


PETALING JAYA: Pelakon Fizz Faizruz sah bergelar suami kepada aktres Almy Nadia dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang di adakan di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang pada petang Sabtu.

Majlis akad nikah yang berlangsung kira-kira pukul 6 petang disempurnakan olehPendaftar Kanan Perkahwinan, Penceraian Dan Rujuk Orang Islam Negeri Pulau Pinang, Ustaz Norazli Mat, berwalikan hakim.

Pada majlis itu Fizz atau nama sebenarnya  Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 35, menyerahkan mas kahwin bernilai RM1001 manakala wang hantaran sebanyak RM20,000 kepada pengantin perempuan.

Pihak lelaki turut memberikan sembilan dulang hantaran antaranya minyak wangi, beg tangan, sejadah, sirih junjung, kek dan cincin.

Ia dibalas sebelas dulang hantaran oleh pengantin perempuan antaranya seperti sirih junjung, buah-buahan, Al-Quran, jam, kasut iPad Mini dan cincin.

Fizz melahirkan rasa syukur dengan pernikahan itu dan berharap rumah tangga mereka akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

"Alhamdulillah, akhirnya kami disatukan selepas pelbagai rintangan yang dilalui.

"Saya harap kali ini kami dapat hidup bersama sehingga akhir hayat, InsyaAllah," katanya kepada mStar Online.

Fizz dan Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, telah menjalinkan hubungan cinta selama lapan tahun.

Sepanjang tempoh percintaan itu mereka pernah putus dan menjalinkan hubungan semula. Dalam pada itu, Almy turut memiliki seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya, 5. 


http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/04/fizz-fairuz-almy-nadia-selamat-bernikah.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...