Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 27 April 2014

Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, ciri-ciri komponen parti pakatan pembangkang itu sememangnya berteraskan kepimpinan dinasti tegar.


SHAH ALAM: Penarikan diri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada bertanding jawatan presiden yang bertujuan untuk mengekalkan dinasti keluarganya dalam parti itu, adalah bukan sesuatu perkara baru.

Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, ciri-ciri komponen parti pakatan pembangkang itu sememangnya berteraskan kepimpinan dinasti tegar.

"Itu perkara lama, memang semua orang nampak. Sebelum ini apa alasan dia nak bertanding dengan Azizah? Nak tunjukkan demokrasi sahaja, tak kira suami isteri pun boleh bertanding.

"Tapi, sebenarnya dia bertanding atau tidak kita semua tahu bahawa daripada jawatan Presiden (mak-Wan Azizah), Ketua Umum (bapa-Anwar Ibrahim) sampai Naib Presiden (anak-Nurul Izzah) terdiri dari anak-beranak," katanya kepada Antarapos.        

Ramlah berkata, 'dinasti keluarga' ini turut berlaku kepada rakan sekutunya DAP membabitkan keluarga mendiang Karpal Singh dan Lim Kit Siang.

"Kalau BN dia orang bising kata itu tak betul, ini tak betul tapi orang ramai pula bila dia orang buat macam itu tak ada masalah pula. Dia orang terima pula. Boleh pula dalam pakatan pembangkang ada suami, isteri, bapa dan anak ada jawatan penting," ujarnya.

Namun, jelas Ramlah jika perkara ini dipersoalkan pakatan pembangkang akan segera memberikan alasan ini negara demokrasi.

Bagaimanapun, ujar Ramlah 'dinasti keluarga' tidak terpakai untuk Umno.

Jelas Ramlah, ini kerana pakatan pembangkang khususnya PKR sangat hipotesis.

"Tapi kenapa pula tak boleh digunapakai pada Umno-BN misalnya, kenapa Najib tak boleh bawa masuk anak dia? Mahathir tak boleh, tunggu sampai berhenti baru boleh? soalnya.

"Kenapa? Sebab orang kata hipotesis dan segala macam. Itu Anwar Ibrahim, tapi bila dia buat boleh pula. 

Malah, beliau berkata keadilan ini hanya ada pada Anwar sahaja.

"Keadilan hanya adil pada dia (Anwar) saja, pada orang lain tak boleh adil. Keadilan itu hanya untuk dia orang punya nafsu saja tapi pada orang lain keadilan itu tak ada," katanya.   

Mengulas lanjut soal demokrasi yang dipermainkan PKR ekoran penarikan diri Anwar, Ramlah berkata, ketua pembangkang itu akan mempermainkan apa saja demi kepentingan politik beliau.

"Bukan demokrasi saja, dia mainkan semua orang. Kalau mahkamah pun dia boleh main-main, kalau keputusan SPR pun dia boleh main-main, Suruhanjaya Di Raja yang berkepentingan pun dia boleh main-main, jadi bagi saya dia sentiasa guna pendekatan begitulah sepanjang masa dia terlibat dengan politik," katanya.

Katanya, Anwar tidak memperdulikan peraturan kerana baginya peraturan hanya untuk orang lain.

Malah, Ramlah juga mempersoalkan mengapakah semua pihak khususnya pengikut setia Anwar begitu akur dengan setiap tindak tanduk ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

"Misalnya dalam pilihan raya kita diberi tempoh tertentu untuk tarik diri, lebih dari itu kita tak boleh tarik diri sebab poster dah cetak dan segala macam. Dalam Umno pun begitu.

"Tapi kenapa semua orang boleh akur? Kenapa pada dia (Anwar) semua tak bleh akur? soalnya.

Bahkan, Ramlah berkata tindakan Anwar itu memperlihatkan beliau lebih kebal dari institusi di raja.

"Jadi, bagi saya dia akan sentiasa begitu selama-lamanya sebab dia rasa kebal. Bukan raja yang kebal, dia lagi kebal.

"Sebab kalau dia buat apa-apa salah sekali pun orang yang percaya pada dia akan sokong dia habis-habis, twitter, media sosial pun akan sokong dia habis-habis dan akhirnya yang nampak jahat adalah orang lain," tambahnya.


http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/04/profesor-datuk-dr-ramlah-adam-berkata.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...