Serban dan kopiah putih masih lagi dalam keadaan elok walaupun sudah tertanam sejak 22 tahun lalu ditemui semasa kerja penggalian 11 kubur di perkarangan Masjid Jamek Al-Abidi, Simpang Tiga Pasir di Merbok, Sungai Petani.
Kopiah hanya terkoyak sedikit di bahagian atas manakala serban masih lagi tidak terjejas dan melilit dalam bentuk asal.
Kerja penggalian semula kubur berkenaan dipantau Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) untuk dikebumikan semula di tanah perkuburan lain di dalam kawasan masjid berkenaan, sekali gus memberi laluan kepada pembesarannya.
Serban dan kopiah itu adalah milik Allahyarham Shamsudin Abas yang meninggal dunia ketika berusia lebih 80 tahun iaitu pada 1992 dan dikebumikan di perkarangan masjid berkenaan yang dibina pada 1942.
Cucu ketujuhnya, Rohana Shamsudin, 48, berkata arwah datuknya dikebumikan bersama serban dan kopiah kerana sakit tua.
http://www.blogammar.com/serban-kopiah-masih-elok-walaupun-sudah-tertanam-selama-22-tahun/
No comments:
Post a Comment