Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 14 April 2014

Tok Kadi Jenaka

tok kadi
Tok kadi jenaka itulah gelaran yang diberikan kepada Penolong Pendaftar Nikah Daerah Batu Pahat, Mohd Assubhi Sidon, 36, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Suboh.
Gelaran itu diberikan selepas Mohd Assubhi gemar berjenaka ketika ingin menikahkan pengantin hingga menimbulkan suasana lucu kepada hadirin sepanjang majlis berlangsung.
Mohd Assubhi menjadi semakin popular selepas rakaman video beliau menikahkan pasangan pengantin dimuat naik ke laman YouTube yang bertajuk “Tok Qadi-Best Ever Seen In Batu Pahat Johor” disusuli tersebar di laman sosial Facebook dan Twitter sejak akhir Januari lalu.
Rakaman selama 3 minit 10 saat itu dimuat naik di YouTube pada 15 Januari dan hingga kini sudah ditonton kira-kira 300,000 pengunjung.
Boleh dikatakan hampir keseluruhan komen yang ditinggalkan mengenai rakaman video itu memuji kaedah yang digunakan oleh Mohd Assubhi yang berasal dari Parit Besar, Jalan Kluang kerana membantu pengantin lelaki menenangkan diri sebelum dinikahkan.
http://www.blogammar.com/tok-kadi-jenaka/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...