Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 16 April 2014

Kampung Bunohan tidak sekejam nama


SUATU ketika dahulu, tidak ramai rakyat Malaysia mengetahui tentang kewujudan Kampung Bunohan di Tumpat, Kelantan.

Lebih-lebih lagi, nama perkampungan yang menakutkan itu membuatkan sesiapa sahaja teragak-agak untuk menjengah ke sana biarpun terletak kira-kira 30 kilometer dari Kota Bharu.

Sehinggalah, filem Bunohan yang mengangkat isu kemanusiaan sejagat tetapi pada masa yang sama sarat dengan identiti budaya setempat ditayangkan, nama kampung itu menjadi bualan ramai.

Biarpun filem tersebut mencatat jualan kutipan tiket yang tidak memberangsangkan di negara sendiri, siapa sangka karya tempatan ini mampu menjelajah dunia menerusi penyertaan di Festival Filem Antarabangsa Toronto ke-36 (TIFF) dan Golden Horse Film Festival (Taiwan) 2011.

Malah karya itu turut menyertai Festival Filem Antarabangsa Sao Paolo 2011, Festival Filem Antarabangsa Palm Spring, Festival Filem Asia 2011 di Bali, Fantastic Feast 2011 di Amerika Syarikat dan Festival Filem Antarabangsa Rotterdam 2012.

Kejayaan filem arahan dan karya Dain Said itu, serba-sedikit memberi tempias kemasyhuran kepada Kampung Bunohan apabila orang ramai mula menunjukkan minat mahu mengetahui sejarah perkampungan tersebut.

Ramai tertanya-tanya adakah penggunaan nama Bunohan berpunca daripada kejadian bunuh membunuh seperti digambar dalam filem berkenaan atau ada peristiwa lain yang menyebabkan muncul nama unik itu.

Bagi mengetahui sejarah di sebalik nama Kampung Bunohan, wartawan S2, SITI NURAZLINA JAMALUDIN, YATIMIN ABDULLAH bersama jurugambar ROSNI MASRI dan IRWAN MAJID mengunjungi perkampungan yang tersohor sehingga ke serata dunia itu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20140412/lk_01/Kampung-Bunohan-tidak-sekejam-nama#ixzz2z6IVhIuD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...