Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 16 April 2014

Umpama duta kecil

SETIAP kali menyatakan saya berasal dari Kampung Bunohan, pasti akan kelihatan kerutan pada setiap wajah yang mendengarnya.

“Malah, kebanyakan orang akan meminta saya mengulang semula nama kampung yang disebut itu bagi memastikan mereka tidak tersalah dengar.

“Ragam mereka itu membuatkan saya lebih gemar menyatakan diri menetap di Tumpat sahaja terutama kepada orang luar (bukan penduduk Kelantan)," kata Siti Amiera Johari, 17.

Malah lebih teruk, kata Siti Amiera, dia juga acap kali mendengar usikan nakal yang melabelkan kawasan penempatan dia itu sebagai tempat pembunuhan orang setiap kali mahu memperkenalkan diri kepada kenalan baharu.

Setelah menginjak usia belasan tahun, gadis tersebut mengakui, dia tidak lagi berasa terkesan apabila melihat mahupun mendengar reaksi negatif orang ramai tentang kampungnya itu, malahan kini berbangga menjadi sebahagian daripada warga Kampung Bunohan.

Melalui cerita asal-usul Kampung Bunohan yang diketahui daripada guru di sekolah, pelajar tingkatan lima itu akan menjelaskan kepada kenalan baharu untuk mengubah persepsi negatif mereka tentang tempat tersebut.

“Apabila ada yang bertanya, saya akan menjelaskan kepada mereka bahawa nama kampung ini tidak mempunyai kaitan dengan kisah pembunuhan seperti yang disangka kebanyakan orang.

“Setahu saya, nama kampung ini dikatakan mempunyai kaitan dengan minat penduduk di sini dahulu yang gemar menangkap ikan di sebuah lubuk lalu ‘membunoh’ hasil tangkapan mereka di situ juga," katanya.

Tambah Siti Amiera, walaupun filem Bunohan telah mempopularkan kampung itu namun kisah itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan asal-usul tempat kelahirannya itu.

“Penduduk di sini juga hidup dalam keadaan harmoni, aman dan tenteram. Sama sekali berbeza dengan jalan cerita dalam filem Bunohan tersebut.

“Saya berharap orang luar tidak tersalah anggap bahawa cerita rekaan itu adalah gambaran kepada sejarah asal-usul Kampung Bunohan," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20140412/lk_07/Umpama-duta-kecil#ixzz2z6LHoxrg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...