Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 16 April 2014

Bunga Lalang tajuk asal filem

MESKIPUN pernah membesar di daerah Tumpat, Kelantan namun pengarah filem Bunohan, Dain Iskandar Said mengakui tidak mengetahui tentang kampung tersebut sehingga diberitahu penduduk tempatan.

Cerita Dain, dia hanya mengetahui tentang kewujudan Kampung Bunohan semasa menemui beberapa orang yang berasal dari Kelantan sebagai penyelidikan sebelum menerbitkan karya yang mengungguli anugerah Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) itu.

“Ketika membuat serba-sedikit penyelidikan mengenai karya saya itu, baru saya tahu tentang kewujudan Kampung Bunohan.

“Mereka (penduduk tempatan) mencadangkan saya ke Kampung Bunohan tetapi macam tidak percaya wujud nama kampung sebegitu," katanya ketika dihubungi S2 baru-baru ini.

Setelah melawat Kampung Bunohan, kata Dain, dia merasakan tempat tersebut sesuai untuk dijadikan lokasi penggambaran kerana menepati jalan cerita yang diketengahkan dalam filem yang mahu diterbitkan.

Walaupun telah merancang mahu menggunakan tajuk ‘Bunga Lalang’ bersempena nama panggilan Adil dalam gelanggang tomoi, ujarnya, namun judul tersebut kemudian ditukar dengan menggunakan nama kampung yang menjadi lokasi penggambaran filem terbabit.

Bagaimanapun, pemenang Anugerah Pengarah Terbaik FFM25 itu menafikan karya yang diilhamkan itu mempunyai kaitan dengan asal-usul nama Kampung Bunohan biarpun mengangkat tema pembunuhan.

“Dalam filem Bunohan, saya cuba mengangkat tema pembunuhan moral dan fizikal yang sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan nama kampung terbabit.

“Judul Bunohan lebih bersesuaian dengan tema tersebut selepas mengambil kira tentang keunikan nama kampung di daerah Tumpat itu," jelas Dain.

Filem Bunohan membolot lapan anugerah di FFM25 termasuk Filem Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pengarah Filem Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan, Faizal Hussein.

Filem terbitan Apparat Sdn. Bhd. ini juga mendominasi kategori Anugerah Cipta termasuk, Penataan Seni Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik.

Garapan pengarah ini juga menerima pengiktirafan dalam festival filem peringkat antarabangsa, Anugerah Golden Hanoman dalam Netpac Asian Film Festival (JAFF) ketujuh di Yogyakarta, Indonesia.

Malah, filem ini turut ditayang di Festival Filem Antarabangsa Toronto dan dipilih Universal Pictures untuk diedar di luar negara termasuk United Kingdom (UK), Perancis, Jerman, Australia serta New Zealand.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20140412/lk_06/Bunga-Lalang-tajuk-asal-filem#ixzz2z6L3bfPE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...