P76
Teluk Intan mempunyai 60,483 pengundi berdaftar, pecahan kaum adalah
Cina 42%, Melayu 38% dan india 19%. Politik Teluk intan selama ini
menyaksikan pertembungan kaum melayu dan cina tetapi yang menjadi
penentu adalah kaum india. Bagaimanapun dengan pepecahan ketara kaum
melayu dalam era 2000 telah memberikan kaum cina mendominasi politik
teluk intan. Ini dapat dilihat dalam tsunami politik 2013, pada ketika
itu kaum india telah beralih sokongan kepada BN kerana MP sebelum itu
dari kaum india (DAP-M.Manogaran) gagal menjalankan tugasnya dengan
baik. Bagaimanapun BN tetap kalah kerana sentimen kaum cina yang mahu
kerajaan dibawah penguasaan orang cina (DAP). Sentimen kaum cina
memainkan peranan yang signifikan dalam PRU13 di Teluk intan.
Pada
PRK Teluk Intan 2014 berikutan kematian MP Teluk Intan Seah Leong Peng
(DAP), berlaku pertembungan satu lawan satu antara DAP dan BN.
DAP
telah meletakkan calon luar dan dari kaum melayu iaitu Dyna Sofya.
Penulis ada mendengar khabar tindakan DAP ini telah menyebabkan
penentangan dari Ahli DAP Teluk Intan kerana membelakangkan pemimpin DAP
tempatan. Tambahan pula calon yang diketengahkan ini terlalu muda pada
usianya dan juga dalam berpolitik. Berikutan daripada itu ada bilik
gerakan DAP yang ditutup kerana tidak mahu memberi kerjasama kepada DAP
pusat dalam berkempen. Selain itu penyokong pemimpin DAP yang tidak
dicalonkan itu juga tidak mahu memberikan undi kepada DAP. Terdapat juga
khabar yang mengatakan DAP Teluk Intan telah memberi kata dua kepada
PAS teluk Intan supaya tidak terlalu berkempen untuk DAP, atas alasan
mereka tidak berkempen. Selain itu, disebabkan kurangnya pengalaman
dalam berpolitik, calon DAP menunjukkan kelemahannya dalam sesi soal
jawab dengan media, dan kelemahan ini telah digunakan oleh BN untuk
menunjukkan betapa lemahnya calon DAP sekarang ini.
Kaum
cina juga jelas tidak menyukai calon DAP kali ini. Selain dia dari kaum
melayu, calon ini juga tidak menunjukkan aura kepimpinan semasa
berkempen. Bagaimanapun DAP mengharapkan sentimen kaum cina terus
membiak dan diterjemahkan dalam bentuk undi. MP DAP pada 2008, gagal
melaksanakan tugasnya di Teluk Intan, banyak keluhan yang penulis dengar
dari kaum cina, india dan melayu. Pernah penulis mendengar org cina
berkata tidak akan undi DAP dlm PRU13. Sekiranya pengundi mengundi
berdasarkan prestasi memang pada PRU13 DAP akan kalah. Namun DAP tetap
menang kerana sentimen semata-mata. Pada PRK ini, DAP kelihatan angkuh
dengan kaum cina kerana meletakkan calon melayu seolah-olah undi kaum
cina sudah pasti kepada DAP dan sekarang mahu undi melayu kepada DAP.
DAP melihat kaum cina akan ikut sahaja keputusan DAP dan
merendah-rendahkan keupayaan kaum cina mempertimbangkan calon MP
terbaik.
Pendapat penulis tindakan DAP telah menyebabkan konflik dalaman DAP teluk intan dan juga mengguris perasaan kaum cina di Teluk intan.
melayu
telah menyebabkan orang melayu membenci calon melayu ini. Ia juga telah
dijadikan senjata untuk BN berkempen kepada orang melayu untuk menolak
calon melayu DAP ini. Mengapa mahu menyokong melayu yang menolak agama
dan bangsanya sendiri. Apa yang paling menyedihkan penulis adalah sikap
pemimpin dan penyokong PAS. Beberapa persoalan yang penulis tanya pada
penyokong PAS; adakah tidak memakai tudung itu berdosa?, berdosakah bagi
orang islam yang menolak hudud?.. jawapan yang penyokong PAS berikan
adalah putar belit politik bukan dari sudut agama. Pada PRK ini
menampakkan PAS menyimpang dari akidah islam semata-mata untuk
mempertahankan calon DAP ini. Pernah mereka memberikan pendapat yang
mengatakan dalam situasi begini, elok diberikan undi kepada orang yang
fasiq berbanding orang yang kafir. Tetapi bila penulis bertanya adakah
pendapat ini boleh digunakan di PRK bukit gelugor, mereka memberi
jawapan politik penuh putar belit mempertahankan undi Kafir DAP di Bukit
Gelugor.
Pendapat
penulis, pemilihan calon melayu DAP yang tidak bertudung dan menolak
hudud ini telah menyebabkan PAS ibarat cacing kepanasan dalam berkempen,
dan telah menampakkan mereka berjuang untuk politik semata-mata dan
bukan kerana agama.
Sekiranya
mengikut rekod perkhidmatan, boleh dikatakan DAP lemah pada penggal
2008-2013. Sekiranya mengikut sentiment kaum cina, Jelas DAP angkuh
dengan mengenepikan pemimpin DAP tempatan dan calon melayu DAP juga
jelas mengguris kaum cina yang mahukan pemimpin cina.
Menariknya
PRK Teluk Intan adalah persoalan adakah kaum cina meletakkan
pertimbangan rasional melebihi sentiment kaum, adakah mereka akan tutup
mata dan membiarkan DAP menjadi angkuh tetapi masih memberi undi kepada
DAP. Kaum cina adalah penentu pada PRK kali ini.
(analisa adalah pendapat peribadi penulis dan berdasarkan pengalaman penulis semasa di teluk intan)
(analisa adalah pendapat peribadi penulis dan berdasarkan pengalaman penulis semasa di teluk intan)
http://blog2-barisan.blogspot.com/2014/05/kembara-politik.html
No comments:
Post a Comment