Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 28 May 2014

TSUNAMI CINA PRU13 ..... APAKAH PUNCANYA?


Kenapa kaum Cina begitu marah dengan kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Malaysia sehingga hampir 98% mengundi pembangkang terutama sekali DAP? Ada sumber mangatakan kemarahan kaum Cina adalah disebabkan kerajaan BN telah menzalimi mereka. Begitulah khabar-khabar yang disebarkan oleh orang Cina kerakyatan Malaysia di luar negara.

Apakah kezaliman yang telah kerajaan BN lakukan terhadap kaum Cina? Jika melihat senarai 20 orang billionaire Malaysia, 16 orang adalah Cina, 3 Melayu dan seorang India. Kilang-kilang, bangunan-bangunan, pasar-pasaraya, syarikat2 besar dan lain2 adalah milik orang Cina. Yang berkereta besar dan mewah juga kebanyakkannya orang Cina. AP-AP import juga kebanyakkannya ramai orang Cina. Wujud juga sekolah2 jenis kebangsaan Cina yang tiada di negara lain yang bangsa Cina sebagai penduduk negara tersebut. Mereka juga bebas mengamalkan agama, budaya dan adat resam mereka. Begitu pembinaan tokong2 untuk mereka beribadah tidak disekat oleh kerajaan asalkan tidk melanggar peraturan. Situasi ini memeningkan kepala pemimpin BN sehingga terpaculnya ungkapan 'Apa lagi yang Cina mahu'.

Ada sumber mengatakan kemarahan mereka adalah disebabkan kerajaan BN telah merampas negeri mereka iaitu negeri Perak. Jika tidak kerana 3 ADUN berpaling tadah dari menyokong mereka, Perak menjadi negeri milik mereka selepas Pulau Pinang walaupun bukan mereka yang menjadi Menteri Besar. Jika tidak kerana 3 orang pengkhianat parti mereka, tentu 'The Chinese Belt sudah menganjur dari Pulau Pinang hingga ke Selangor. Impian mereka sepatutnya menjadi lebih mudah kerana Negeri Sembilan dan Melaka hanya menunggu masa memandangkan kedua-dua negeri ini tidak mempunyai majoriti 2/3.

Negeri terakhir 'The Chinese Belt' iaitu Johor sedang dalam usaha mereka untuk menghakis penguasaan kerusi BN yang menjadi kubu kuat UMNO dengan bantuan PAP dari seberang tambak. Nantikan perubahan yang akan berlaku pada PRU14. Adakah BN akan kekal menguasai Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor atau kehilangan 4 buah negeri tersebut dan DAP berjaya melengkapkan The Chinese Belt. Jika UMNO masih terus bercakaran sesama sendiri tidak mustahil kehilangan 4 buah negeri tersebut akan jadi kenyataan. Hendak mengharapkan MCA dan Gerakan, jauh panggang dari api kerana mereka pun sudah tidak boleh dipercayai.

Selepas itu, negeri pantai timur pula akan menjadi sasaran mereka walaupun dalam jangka masa yang panjang kerana majoriti penduduknya adalah Melayu. Perkara ini tidak mustahil akan berlaku dengan bantuan PAS dan PKR. 

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/05/tsunami-cina-pru13-apakah-puncanya.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...