Apa itu selfie?
Secara ringkasnya selfie bermaksud mengambil gambar atau wajah sendiri tanpa bantuan orang lain. Perkataan “selfie” itu sebenarnya berasal dari perkataan bahasa inggeris “Self Potrait Photography”. Selalunya individu yang suka “berselfie” akan memuatnaik gambar selfienya di laman sosial seperti instagram dan facebook. Mungkin mereka merasakan gambar selfie mereka itu comel atau mereka yakin gambar itu adalah gambar terbaik.
Walaupun selfie dilihat sesuatu perkara biasa yang menjadi rutin anak muda sekarang tetapi selfie juga mempunyai kesan yang buruk. Apakah mengambil gambar pun boleh memberika keburukan kepada diri? Ya, betul. Berselfie juga mempunyai kesan buruk kepada diri sendiri.
Kesan buruk berselfie
Hasil kajian dari Jabatan Kesihatan Mental Thailand mendapati bahawa trend popular “selfie” boleh mendatangkan ketagihan kepada individu. Selain itu, individu yang kerap berselfie juga akan hilang keyakinan diri. Kesan negatif ini boleh mendatangkan keburukan kepada negara kerana selepas ini mungkin ramai anak muda tergolong dalam kalangan “kurang keyakinan diri”.
Jadi kita seharusnya peka dengan hal ini walaupun dilihat sesuatu yang remeh tetapi jika tidak dikawal mungkin akan memberi kesan yang buruk kepada diri sendiri.
http://www.blogammar.com/apa-itu-selfie/
No comments:
Post a Comment