Punca Sebenar Kematian Aziz Satar 6 Mei 2014
Awal pagi tadi(6/5/2014) Malaysia dikejutakan dengan satu berita kematian Seniman terkenal tanahair Datuk Aziz Sattar. Aziz Satar atau nama sebenar Datuk Abdul Aziz Sattar, 89 meninggal dunia di Pusat Perubatan KPJ Kajang kira-kira 2 pagi.
Punca sebenar kematian Aziz Sattar adalah akibat sakit jantung. Sebelum ini iaitu pada malam Ahad lalu Allahyarham dikejarkan ke pusat perubatan berkenaan akibat serangan jantung tetapi keadaan dilaporkan stabil dan ditempatkan di Unit Rawatan Korinari(CCU).
Berita kematian Aziz Satar disahkan sendiri oleh anak perempuannya, Sadakiah Aziz. Sadakiah memberitahu, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.
Berita kematian Aziz Sattar turut disampaikan melalui akaun twitter milik cucunya iaitu Abu Ubaidah A. Ishak.
Difahamkan jenazah akan dikebumikan sebelum zohor pada hari ini. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Cheras Perdana.
http://www.blogammar.com/punca-sebenar-kematian-aziz-satar/
No comments:
Post a Comment