Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 31 May 2014

Ashraf Muslim - Ajar isteri sifat sederhana

KENANGAN pertama kali bergelar raja sehari dengan Dayana pada 2011.

SEDAR akan tugasnya yang besar dalam melayari bahtera poligami, Ashraf Muslim perlu berusaha gigih untuk memantapkan portfolio kerjayanya agar menjamin kestabilan ekonomi sekeluarga.

Apatah lagi, dengan kehadiran ahli keluarga yang baharu iaitu Sarah Ashraf, ia menuntut jejaka yang berkemahiran merawat penyakit menerusi rawatan Islam itu berusaha lebih keras dan gigih, bagi memperoleh sumber kewangan yang mencukupi.

Memahami hakikat tersebut, Ashraf menyusun strateginya yang tersendiri supaya kesejahteraan hidup berkeluarga yang dikecapi kini mampu dinikmati sehingga akhir hayatnya di sisi dua isteri, Dayana dan Sakinah.

Penubuhan syarikat produksinya terdahulu, Al-Hidayah Productions menjadi tunjang utama kepada sumber pendapatan Ashraf dengan menerbitkan pelbagai karya seni terutamanya penerbitan drama dan rancangan televisyen yang lain.
Terbaharu, saya ada menerbitkan sebuah telefilem berjudul Mentari Terbit Lagi untuk siaran TV AlHijrah. Ia adalah karya arahan pengarah baharu, Anjeli.
Tidak menampilkan barisan pelakon ternama selain Adam Corrie, saya percaya telefilem ini mampu menarik peminatnya tersendiri memandangkan bakat pendatang baharu yang diketengahkan seperti Sharisa Haris dan Akid Ieman tidak kurang hebatnya," jelasnya yang sebelum ini pernah menerbitkan beberapa rancangan untuk siaran rangkaian televisyen milik Media Prima Berhad.

POTRET pernikahan dengan Sakinah.

Pada masa yang sama, di bawah syarikat konsultan Uwaes Sdn. Bhd. miliknya, Ashraf bergandingan dengan beberapa organisasi dalam menyediakan khidmat berkaitan promosi dan publisiti.

Menerusi syarikat tersebut, Ashraf berkata, ia sedikit sebanyak membantu memenuhkan ‘poketnya' bagi memastikan segala keperluan keluarga tidak diabaikan.
Saya tidak mengejar kemewahan, tetapi perlu diingati, keperluan setiap ahli keluarga adalah tanggungjawab saya sebagai suami. Saya tidak mengajar isteri-isteri saya hidup macam orang kaya, sebaliknya mengenal erti kesederhanaan.
Sesekali, jika ada rezeki lebih daripada Allah, saya cuba penuhi pula kemahuan atau kehendak mereka selepas memastikan keperluan utama dilengkapkan," tambahnya bercerita mengenai pengurusan kewangannya.

Selain itu, Ashraf sehingga kini masih lagi aktif dalam dunia perubatan secara Islam, tetapi ia dilakukan sebagai kerja sambilan.
Saya tidak boleh terus meninggalkan perkhidmatan ini. Orang ramai sedia maklum mengenai kebolehan saya ini, maka secara tidak langsung kenalan terdekat akan meminta bantuan daripada saya untuk merawat mereka.
Jadi, saya teruskan juga membantu mereka selagi ilmu yang ada di dada dapat dicurahkan ke jalan yang baik dan diredai-Nya," ujarnya menamatkan sesi fotografi yang berakhir lewat senja itu.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...