Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 31 May 2014

APA DOSA UiTM KEPADA BONEKA LIM KIT SIANG? Bacalah....

Oleh : Nor Azizuddin Abdul Manan

1. Saya mulai artikel ini dengan persoalan berikut ; Apa dosa UiTM kepada Dyana Sofya Mohd Daud ? [Tajuk dalam blog ini ditukar] . Adakah hanya kerana UiTM membuka laluan pendidikan tertiari untuk anak-anak bangsa Melayu dan Bumiputera menjadi dendam kesumat buat Dyana Sofya Mohd Daud ?. Jika begitu analogi Dyana Sofya Mohd Daud, kenapa tidak Dyana Sofya Mohd Daud mengkaji berapa peratuskah enrolmen anak-anak Melayu di pusat-pusat pengajian tertiari seperti di UTAR, TARC, New Inti, New Era, Southern University College, Nilai UC, KDU UC, Taylors U, KBU dan pelbagai IPTS yang lain ?.

2. Saya tak fikir Dyana Sofya tidak tahu apakah matlamat utama DAP dalam aspek pendidikan, apakah Dyana Sofya Mohd Daud tidak membaca sejarah Universiti Merdeka yang asalnya mahu menyambung kesinambungan Universiti Nanyang yang berpusat di Singapura, dalam ertikata lain, penubuhan Universiti China untuk bangsa Cina di Tanah Melayu. Mujur, kita bernasib baik, DAP gagal untuk merealisasikan impian tersebut, jika betul-betul terjadi, mungkin kita tidak dapat melihat kemegahan Universiti Malaya (UM) pada hari ini. Jangankan UM, belum tentu juga kita tidak dapat melihat UKM, UPM, UTM dan lain-lain IPTA lantaran penubuhan satu universiti sahaja di tanah watan ini. Apatah lagi mungkin juga anak-anak Melayu/Bumiputera hanya mampu menggigit jari melihat berbondong-bondong anak-anak Cina menjinjit beg pakaian ke kampus Universiti Merdeka di Lembah Pantai. Bersyukurlah Dyana Sofya, impian itu tidak menjadi kenyataan.

3. Namun, cita-cita DAP itu tidak terhenti selepas kegagalan penubuhan Universiti Merdeka. Mereka menubuhkan sebuah kolej tertiari yang diberi nama Kolej New Era yang dikonsolidasi secara bersama dengan DZJZ sebuah pertubuhan rasis lagi tercelaka. Kini, Kolej New Era beroperasi di Kajang. Kelayakkan diploma dan sijilnya diiktiraf pula oleh MQA dan JPA. Bermakna, Kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional juga tidak menanak-tirikan graduan-graduan New Era. Sekurang-kurangnya Dyana Sofya patut berterima kasih kerana graduan-graduan New Era masih boleh memohon untuk menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam di Malaysia, itu pun jika mereka memohon.

4. Saya juga tidak pasti, apakah hanya kerana dasar Destini Anak Bangsa (DAB) kelolaan UiTM sedikit sebanyak membuatkan Dyana Sofya mengetap bibir menahan amarah ?. Boleh jadi YA,pada persepsi saya. Tidakkah Dyana Sofya Mohd Daud mengetahui bahawa program Destini Anak Bangsa adalah satu-satunya program turun padang pihak pengurusan tertinggi UiTM ke ceruk-ceruk kampung, nun jauh di pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, mencari bakat-bakat luar biasa lagi berpotensi dikalangan anak-anak Melayu dan Bumiputera untuk digilap dan digarap agar satu hari nanti anak-anak ini akan kembali kepada masyarakat untuk menabur bakti, ilmu dan budi. Ibarat "Adat pulau limburan pasang". Kenapa perlu ada hasad dalam diri Dyana Sofya ?.

5. Saya yakin Dyana Sofya juga bukan tidak tahu sejarah "turun naik" UiTM yang bermula daripada sebuah pusat latihan vokasional berlarutan menjadi sebuah universiti. Tambah lagi daripada jumlah pelajarnya yang tidak sampai seribu orang pada awal penubuhan Dewan Latihan RIDA pada tahun 1950, kini UiTM boleh berbangga dengan angka pelajarnya hampir mencecah 200,000 orang dengan kekuatan kampus sebanyak 35 buah bertebaran di seluruh negara. Hebatkan sejarah UiTM. Untung juga Dyana Sofya berjaya menjadi salah seorang anak kandung UiTM.

6. Oh ya, dendam kesumat Dyana Sofya hanya kerana UiTM tidak membuka peluang untuk anak-anak Cina, India dan lain-lain bangsa selain Melayu dan Bumiputera. Tidakkah Dyana Sofya Mohd Daud mengetahui bahawa Kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional hari ini juga mengiktiraf ijazah-ijazah daripada universiti-universiti Taiwan dan tanah besar, China. Bukan satu dua universiti yang diiktiraf tetapi lebih 20 buah universiti, setepatnya 9 buah universiti di China dan 20 buah universiti di Taiwan. Anak-anak Cina lebih berminat menyambung pengajian di negara-negara terbabit, walaupun dengan pembiayaan sendiri. Bukankah pengiktirafan ini juga membuktikan Kerajaan Persekutuan Malaysia tidak pernah meminggirkan pendidikan anak-anak bangsa Cina. Saya tidak mahu mengulas pengiktirafan ijazah universiti-universiti di India, tak terbaca pula Dyana Sofya Mohd Daud nanti.

‪#‎Dasar_Meritokrasi‬

7. Dasar ini mula diperkenalkan pada bulan Mei 2001 masyarakat Malaysia dikejutkan dengan isu sistem kuota pengambilan pelajar memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA).Orang Melayu secara umumnya membantah sekeras-kerasnya dengan sistem meritokrasi ini. Sebenarnya tanpa mereka sedari sistem ini telah diguna pakai sejak lama dahulu.Jika kemasukkan pelajar bukan berdasarkan kecemerlangan (meritokrasi) dalam akedemik mereka,cara apakah yang kita gunakan sekarang?.Oleh itu sistem ini adalah yang terbaik untuk membuktikan para pelajar hasilan Malaysia adalah berkualiti tanpa mengharapkan kuota semata-mata.

8. Melalui dasar ini jugalah berbondong-bondong anak-anak Cina, India dan lain-lain bangsa selain bangsa Melayu dan Bumiputera masuk ke universiti-universiti Awam, walaupun setiap universiti awam tidak mengambil lebih 30%-40% pelajar selain bangsa Melayu tetapi adakalanya Kerajaan Persekutuan masih bermurah hati membuka ruang yang lebih untuk anak-anak ini, itupun dek kerana desakan MCA (lihat attachment). Tidak mengapalah, asalkan semua pihak berpuas hati walaupun dikalangan pemimpin Melayu masih menahan sabar dan bertoleransi atas perkara ini.

‪#‎Hanya_di_Malaysia‬

9. Untuk makluman Dyana Sofya Mohd Daud, hanya di Malaysia yang mana satu-satunya negara yang mengamalkan dasar liberalisasi dalam pendidikan tertiari dimana setiap organisasi berasaskan kaum-kaum utama diberikan peluang untuk menubuhkan pusat pengajian tertiari sendiri seperti MCA dengan TARC dan UTAR, MIC dengan AIMST University di Semeling dan Kolej TAFE di Seremban, Gerakan dengan Wawasan Open University, DAP/DZJZ dengan Kolej New Era, Foong Yew dengan Kolej Universiti Selatan. Jesteru itu, mohon kepada Dyana Sofya Mohd Daud, nyatakan dimanakah pusat pengajian tertiari milik UMNO sepenuhnya ?. Tidak wujudkan ?. Walaupun ramai pihak mengatakan Unitar itu adalah milik UMNO, tetapi lihatlah sejarah penubuhan universiti terbabit, jangan semberono menuduh.

‪#‎Pendidikan_tertiari_Malaysia_ke_Mercu_Kecemerlangan‬

10. Penutup kepada bicara saya kepada Dyana Sofya Mohd Daud, pada hari ini Kerajaan Persekutuan Malaysia lebih mengutamakan konsep perpaduan kaum dalam pendidikan, tetapi tidak sedikit pun Kerajaan Persekutuan Malaysia menafikan pendidikan Vernakular walaupun pada dasarnya ia menyanggahi konsep integrasi dan kebersamaan dalam pendidikan di Malaysia yang bermatlamat menyatupadukan rakyat berbilang bangsa dan kaum dengan satu aspirasi nasional, nampaknya gagasan ini tidak mendapat tempat dihati pemimpin parti Dyana Sofya Mohd Daud sendiri, mungkin kerana intuisi Nanyang masih menebal dihati mereka sementelah itulah juga perjuangan untuk menyempitkan apa yang telah diperluaskan oleh Kerajaan Persekutuan hari ini menjadi agenda perjuangan parti kebanggaan Dyana Sofya Mohd Daud sendiri. Apa lagi yang boleh saya katakan lagi. Ibarat Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung. Begitulah keberadaan pendidikan di Malaysia.

‪#‎Kesimpulannya‬

11. Saya mengambil secebis ucapan Tan Sri Arsyad Ayub dalam ucapannya di Majlis Konvokesyen UiTM Terengganu ke 76, katanya, "Graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) perlu mempertahankan kedaulatan bangsa Melayu dan institusi itu kerana ia adalah satu-satunya universiti di dunia yang dikhususkan untuk satu bangsa iaitu Melayu dan bumiputera". Ternyata Dyana Sofya Mohd Daud gagal dalam perkara ini. Jika di Al Azhar, sudah lama ijazah akan ditarik balik jika mencemar nama baik universiti, cukuplah ibrah yang berlaku ke atas Ali Abdel Razziq, bukan setakat ijazah Ph.Dnya ditarik balik malah gelaran Syeikh turut dilucutkan oleh Syiekh Al Azhar. Maaf Dyana Sofya, anda graduan UiTM yang gagal sebenarnya.

Nota : Selamat Hari Guru !

Nor Azizuddin Bin Abdul Manan,
School of International Studies (SoIS)
College of Law, Government and International Studies (COLGIS)
Universiti Utara Malaysia, Sintok.

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/05/apa-dosa-uitm-kepada-boneka-lim-kit.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...