Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 31 May 2014

Dr Haron Din Bakal Letak Jawatan Timbalan Mursyidul Am PAS?

Kuala Lumpur – Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din di jangka akan membuat pengumuman berhubung perletakkan jawatannya di dalam parti itu.

Menurut sumber yang rapat beliau, keputusan itu dibuat ekoran beberapa isu antaranya masalah kesihatannya yang tidak beberapa baik sejak kebelakangan ini.

“Setelah mengambil kira beberapa faktor seperti masalah kesihatan dan sering uzur, Tuan Guru akhirnya membuat keputusan untuk meletakkan semua jawatannya di dalam parti.

“Tambahan pula, sejak kebelakangan, beliau telah beberapa kali dimasukkan ke hospital dan dinasihatkan untuk banyak berehat” ujarnya kepada wartawan Suara.TV sebentar tadi.

Beliau yang enggan dikenali itu berkata, mengikut perancangan awal, Harun Din dijangka akan mengumumkan hasratnya itu ketika Muktamar Tahunan PAS ke-59, November ini.

“Sekiranya keadaan tidak mengizinkan, Tuan Guru mungkin akan membuat pengumuman awal, saya akan maklumkan sekiranya ada sebaranag perkembangan berhubung perkara ini” ujar lagi.

Menurut sumber yang lain, Haron Din telah lama ingin melepaskan jawatannya di dalam parti namun terpaksa membatalkan hasratnya.

“Nak berhenti dah lama, tapi ramai yang datang berjumpa dan memujuknya agar menangguhkan hasrat tersebut.

“Ia bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang mungkin akan menjejaskan parti” ujarnya.

Beliau yang dihubungi sebentar tadi menjelaskan, Haron Din kecewa dengan beberapa keputusan parti yang sejak kebelakangan ini telah lari dari hala tuju yang asal.

Namun kerana sayangkan PAS, beliau terpaksa menerimanya atas semangat ukhwah dan adap berjemaah.

“Ada beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan hala tuju asal parti, seperti kalimah Allah, pendekatan tahaluf siyasi dan yang terbaru cadangan perlaksaaan hudud di Kelantan yang turut ditentang oleh calon DAP di Teluk Intan, Dyana Sofea Mohd Daud.

“Atas sebab itu, Haron Din mungkin merasakan ada baiknya beliau berundur diri dari” katanya.

Walau bagaimanapun keputusan untuk berundur itu hanya melibatkan jawatan parti.

“Setakat yang saya tahu, Tuan Guru hanya akan mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Mursyidul Am sahaja, dan bukannya keluar terus dari PAS” jelasnya lagi 
 
http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2014/05/dr-haron-din-bakal-letak-jawatan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...