Arkib : 11 Mei 2014
Berat mata memandang berat lg bahu memikul... mengata lebih mudah dari melaksana..
Berdiri tegak selama 2-3 jam tanpa bergerak,, di bawah panas matahari terik antara 36-40'C,, sambil pakai kasut hitam dan pegang rifle,, bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan oleh semua orang. Namun melihat komen-komen dalam satu portal berita mengenai kejadian ini, akhirnya admin terdetik nak bagitau beberapa perkara..
Jika anggota yang dalam pembarisan telah pengsan, tidak dibenarkan sesiapa anggota atau rakan berhampiran membantu anggota tersebut, kecuali atas arahan ketua pembarisan. Namun, kebiasaanya ia selalu berlaku dan anggota lain di luar pembarisan sudahpun bersedia dengan pasukan medik kerana kes sebegini sememangnya kerap berlaku terutama jika pembarisan terlalu lama atau panas terik..
Kalau tak merasa, jangan pernah berani mengata... Nak merasa? boleh sertai Wataniah atau RELA,, kerana hanya yang pernah merasa pengalaman sahaja tahu azab peritnya.
No comments:
Post a Comment