Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 4 May 2014

( TANDAS RUPA MASJID) Kubah didapati telah diturunkan


Sebuah tandas berbentuk masjid yang dikatakan dibina di Lotus Desaru Beach Resort, Johor didapati telah menurunkan kubah-kubah yang membentuk seperti sebuah masjid.

Berdasarkan gambar yang disebarkan di media sosial didapati kubah-kubah telah diturunkan.

Kelihatan juga bentuk kubah yang dicat pada dinding telah dipadamkam.

Tindakan mengecat bentuk kubah itu dipercayai bagi mengelakkan tandas tersebut menyerupai masjid.

Gambar tandas menyerupai masjid ini tersebar di media sosial beberapa hari lalu dan mengundang banyak kritikan daripada masyarakat.

Dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum dan agama, kefahaman dan sensitif terhadap kaum dan agama lain amat dituntut bagi mengelakkan berlakunya kekacauan yang boleh merosakkan negara.



KEMASKINI 

(Ada Melayu bangang yang mempertahankan tindakan resort tersebut meletakkan kubah di tandas. Malah ada yang membandingkan dengan masjid di Kelantan yang menggunakan senibina Cina. Malah ada yang menuduh gambar itu di edit bagi memburukkan orang bukan Islam. Bagi membuktikan gambar tersebut bukan edit, disertakan gambar kerja-kerja menurunkan kubah yang diambil daripada FB Afiq Kltown)


Komen-komen di atas merupakan komen pembaca blog Cucu Tok Selampit

Afiq KLtown
Alhamdulillah Kubah yang berada di atas tandas sebuah pusat peranginan di Johor telah pun dibuka petang tadi. Tahniah kepada korang semua kerana sama sama menyebarkan perkara ini sehingga ia diambil tindakan.

Pstt.. ramai yang cakap gambar sebelum ini adalah gambar edit. So admin masukkan gambar semasa kerja kerja menurun kubah tersebut.


http://celahgelegar.blogspot.com/2014/05/tandas-rupa-masjid-kubah-didapati-telah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...