APA ITU MALAM NISFU SYAABAN?
Tahukah anda apa itu malam Nisfu Syaaban? Mungkin antara kita sudah tahu apa itu malam Nisfu Sya’ban dan mungkin juga ada antara kita tidak tahu apa itu malam Nisfu Sya’ban. Semoga artikel ini dapat memberikan sedikit maklumat kepada kita semua mengenai “Apa itu malam Nisfu Syaaban”.
Nisfu dalam bahasa Arab bererti setengah dan manakalah Nisfu Syaaban pula bermaksud “Setengah Bulan Syaaban”. Malam Nisfu Sya’ban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu hari ke-14 pada siangnya. Mengikut pengiraan tarikh di dalam Islam, pertukaran tarikh berlaku pada selepas maghrib dan bukannya selepas 12 tengah malam seperti kalendar masihi.
Sebagai contoh mudah, jika hari ini(siang) bersamaan 14 Syaaban maka malam ini(selepas maghrib) tarikh akan menjadi 15 Syaaban. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang berkat dan ada yang menyatakan Malam Nisfu Syaaban adalah malam kedua termulia selepas Malam Lailatul Qadar. Pada Malam Nisfu Syaaban Allah mengampunkan dosa-dosa hambanya yang memohon keampunan melainkan dua golongan manusia iaitu golongan Musyrik dan Musyahin(Orang yang bermusuhan).
Pada malam Nisfu Syaaban segala buku cacatan amalan manusia selama setahun diangkat ke langit dan digantikan dengan buku cacatan yang baru. Cacatan pertama buku baru bermula apabila sebaik sahaja masuk waktu maghrib 15 Syaaban.
Maka menghidupkan malam Nisfu Syaaban sangat digalakkan di dalam Islam bagi memperoleh keberkatan di atas malam ini. Semoga amalan baik yang dilakukan pada malam itu diterima oleh Allah.
Pada tahun 2014 ini, Malam Nisfu Syaaban jatuh pada tarikh hari ini(12/6/2014) bersamaan 15 Syaaban.
Berkata Imam Syafie di dalam kitabnya(Al-Umm):
http://www.blogammar.com/apa-itu-malam-nisfu-syaaban/“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: malam Jumaat, malam Hari Raya Aidiladha, malam Hari Raya Aidilfitri, malam pertama di bulan Rejab, dan malam Nisfu Syaaban.
No comments:
Post a Comment