Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 16 June 2014

CARA SOLAT SUNAT TAUBAT

cara solat sunat taubat yang betul
CARA SOLAT SUNAT TAUBAT

Seluas-luas pintu di dalam Islam adalah pintu taubat. Allah S.W.T Maha Pengampun dan sentiasa menerima taubat dari hamba-Nya yang seringkali melakukan dosa. Islam tidak meletakkan perantaraan antara manusia dengan Tuhan. Bila-bila masa sahaja, siapa sahaja insan itu, bangsa apa dia, keturunan apa dia, siapa emak ayah dia, jika dia ingin berhubung dan kembali kepada Allah maka tidak pernah ada halangan.
Suatu hari orang datang kepada Nabi Muhammad S.A.W., Ma’iz Bin Malik mengaku dia berzina. Dia berkata “Aku berzina wahai Rasulullah, bersihkan aku”. Nabi Muhammad S.A.W tidak memandang wajah lelaki itu sebaliknya memusingkan kepala. Nabi Muhammad S.A.W memberi isyarat, Maiz pergilah. Tetapi Ma’iz berkata lagi “Aku berzina wahai Rasulullah, bersihkan aku”.
Rasulullah cuba memberi pengecualian kepada dia. Rasulullah bersabda “Boleh jadi kau cium Ma’iz, boleh jadi kamu raba-raba sahaja Ma’iz. Ma’iz menegaskan lagi “Aku berzina Rasulullah, takkan kau tak tahu aku berzina”.
Setengah riwayat mengatakan “Kau mabuk agaknya”. Tetapi Ma’iz terus mengaku dan setelah pengakuan itu berkali-kali diperkatakan maka hukuman dijalankan.
Islam suruh tutup(keaiban diri), Islam suruh manusia baiki diri dia, bila-bila masa sahaja. Islam tidak suruh dia pergi buat pengakuan untuk ceritakan keaiban diri dia. Allah suruh manusia meminta keampunan dari-Nya. Ceritakan segala dosa-dosa dan memohon ampun sepenuh hati kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Kamu berdoalah kepada Allah dengan keadaan kamu yakin Allah menerima taubatmu. Iblis minta supaya dipanjangkan hayatnya sampai kiamat, Allah perkenankan doa iblis itu, padahal derhaka betul iblis itu. Takkan hamba Dia yang sembahyang minta Dia tak bagi, tentu Dia bagi. Percayalah kepada Allah. Jangan pernah merasakan tiada lagi harapan dari Allah.
Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat :
Solat taubat sama seperti solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
1. Waktu – bila-bila masa setelah merasa berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim untuk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.
2. Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kepada pakar feqah)
3. Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana-mana ayat atau surah dalam al-Quran.
4. Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana-mana ayat atau surah dalam al-Quran.
5. Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
6. Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
7. Berdoa dengan Penghulu Istighfar,
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
8. Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Illahi.
*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;
Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:
1. Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.
2. Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah .
3. Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).
4. Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.
5. Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.
Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.
Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.
Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.
http://www.blogammar.com/cara-solat-sunat-taubat/

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...